eleven

133 19 0
                                    

"dah berapa lama kawan dengan hawon?"

eh? soalan apa pulak omma tanya ni?

"baru je ahjumma"

"amboi saeng. baru kawan dah boleh ajak datang? lain macam je"

hah mula la tu si chae hyungwon nak berfikiran melalut.

"betul la. nak tipu apanya. lagipun bukan hawon yang ajak, dia yang tiba tiba muncul depan rumah"

"ye la lepastu awak yang taknak bagi dia masuk rumah tu kan?" omma jungkit kening kiri.

aku mencebik. bila pandang depan, ah menyampah betul kena tengok muka dia tengah sengih sengih macam kerang busuk.

"lain kali datang la lagi. jarang hawon nak bawak kawan lelaki dia datang. biasanya si mingyu tu je ha yang muncul"

berapa kali aku nak terangkan yang bukan aku yang bawak? lepastu yang omma mention nama mingyu ni haduh mood aku rasa nak melayang.

"ehh boleh je. tapi susah susah je ahjumma"

"eh takdelah. tak susah pun. suka je ada tetamu"

"yeobo, nak nasi" appa hulurkan mangkuk terus kepada omma.

terhenti perbualan tadi. omma bangun dan berlalu ke dapur selepas minta diri sekejap. wah, mungkin appa nak selamatkan aku?

"betul ke ni kawan je dengan hawon?"

jihoon mengangguk.

"tapi saya sedang usahakan untuk jadikan lebih daripada kawan"

damn! lawak apa niiii ya tuhan apa masalah mamat ni?

"kau buat apa ni?!" aku menjerit dalam bisik sambil sambil menjeling riak oppa yang terkejut dan appa yang hanya tenang.

eh wait. tenang?

"apa yang terkejut sangat ni?" omma muncul dengan mangkuk berisi nasi di tangan.

dup dap dup dap

mamat ni betul betul melampau. sampai mak bapak aku dia guna walhal dia pernah hina kot! bukannya aku tak ingat. ha baru tahu aku ni makan cukup ke tak sampai nak bagi aku telur lebih?

soalan omma aku biarkan berlalu pergi. biarlah appa atau oppa yang terangkan. malas aku nak bukak mulut.

-

"biar hawon hantar dia keluar"

omma tersenyum nipis sebelum mengangguk.

keluar je pagar, terus aku pandang dia tajam. dia buat macam dia tak rasa bersalah langsung duduk dalam rumah aku. dengan boleh dia kata macam tu. apa niat dia sebenarnya?

"takyah la teman. aku boleh je balik sendiri"

"apa masalah kau hah?"

"masalah apa?"

"yang kau pergi layan je omma aku tu kenapa? lain kali jangan sibuk sibuk nak muncul depan ni lagi" aku menyilangkan tangan di dada.

"kau patut bersyukur tahu tak sebab ada omma yang sporting dan family yang sayangkan kau"

eh ayat dia.. lain macam!

"tapi kau tak patut layan karenah omma aku tadi"

"kenapa pulak? tak salah pun. dia kelakar lah"

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now