twelve

137 17 0
                                    

"kita keluar.. nak?"

soalan yang meluncur keluar dari mulut jihoon buatkan aku menggigit kuku sendiri sambil fikirkan jawapan yang patut aku bagi. yang aku ni pun satu, tak tolak terus tu kenapa?

tapi.. just keluar je kan? bukannya dia ajak dating atau ajak aku bercinta. no no no. lagipun setakat jalan berdua, kitorang pun pernah buat bersama kan?

ha nampak tak ayat aku sekarang makin lama makin merepek? penangan apa ni?

"oi saeng"

"apa?"

lamunan aku terus terhenti. eh sibuklah mamat ni tak ketuk pintu pun tetiba tercegat depan muka pintu.

"asal cam ada masalah je?"

"kalau ada pun kenapa?"

"bagilah tahu oppa. mana tahu boleh tolong ke"

cehh konon.

"masalah sendiri dengan chungha eonnie pun takde penyelesaian, ada hati nak tolong hawon huh"

"ee taknak la oppa cakap dengan hawon lagi. sibuk nak cakap pasal eonnie dia tu"

"ha ye lah. oppa punya pasal la. nanti dah takde depan mata baru nak termengigau apa semua huh"

"ish!" terus dia pergi. ha tahu pun.

aku geleng gelengkan kepala. sumpah aku cakap aku taknak kahwin atau bercinta dengan anak orang kaya atau orang kaya dan seangkatan dengannya. buat menyusahkan je nanti.

okey sambung pasal masalah aku tadi. apa patut aku katakan pada dia?

setuju?

ataupun tak setuju?

kalau aku setuju pun nak pakai baju apakan? aku letakkan tangan di dada aku. yang berdebar sangat ni kenapa?!

-

dan akhirnya aku bagi jawapan yang aku okey je keluar dengan dia lepas dia call aku tiba tiba. ingatkan siapa call aku, rupanya dia. aku tanya mana dia dapat nombor aku, dia tak jawab. katanya, nantilah dia jawab. yang penting jawapan aku sekarang.

masa tu pulak aku buntu, tak tahu nak bagi jawapan apa. akhirnya yang keluar aku setuju. lepastu aku jugak yang kabut nak pakai baju apa nak buat apa hadehhh.

aku melangkah keluar dari pagar dan terus kaki aku berhenti melangkah.

"kenapa tunggu sini?"

"saja?"

"kita dah janjikan nak jumpa kat stesen bas sana tu je?"

"ye niat memang macam tu, tapi kaki ni sibuk nak datang sini"

aku jadi gugup tiba tiba. ye lah pakaian aku biasa biasa je. takdelah feminin mana pun. blouse putih, skinny jeans hitam dan kasut converse. rambut pulak aku memang sentiasa ikat. aku bukan macam perempuan zaman sekarang, memang nampak sangat ciri femininnya.

"so.. boleh pergi dah ke? ada pape tertinggal?"

aku gelengkan kepala.

"takde takde. jom"

mohon tak jadi benda pelik kat aku sudahlah.

-

tiba tiba harini aku jadi tak banyak cakap dengan dia. entah apa yang aku gugupkan. padahal dia aje pun.

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now