twenty six

118 10 0
                                    

"aku nak pergi tandas kejap" lantas aku bangun dari kerusi dan melangkah ke tandas yang disediakan.

lepas aku selesaikan apa yang patut, aku kembali keluar. aku pandang tempat kami tadi, kosong. aik mananya si jihoon ni?

mata aku meliar ke seluruh kedai makan untuk mencari jihoon. selepas beberapa ketika baru aku perasan yang dia tengah berjalan ke arah meja kami.

dia pergi mana tadi? aku pandang semula dari mana dia berjalan tadi, eh tu bukan mamat haritu ke?

jihoon tak perasan ke dia ada? bukan jihoon cam ke muka dia?

"pergi mana tadi?"

"hm? oh pergi jalan jalan kejap"

apa ke jadahnya jalan jalan dalam kedai? boyfriend aku ni okey ke tak?

"kau biar betul jalan jalan dalam kedai"

"yela. pusing pusing satu kedai kotkot ternampak awek cantik ke huhu"

"mengadanya" aku mencebik.

"kau tak peras-"

"dah kan? jom. aku taknak habiskan masa dekat kedai je" dia segera bangun dari kerusi. tak sempat nak kata apa, dia dah keluar dulu.

pahal lak dia ni? tetiba je.

aku hanya membontotinya tanpa banyak cakap. sampai di kereta-

oh aku pun tak tahu ni kereta siapa sebenarnya. so mari kita flashback perbualan aku dengan dia sebentar tadi.

"weh ni kereta siapa kau bawak ni?"

"jangan banyak tanyalah hawon. kata nak dating, harini kita special sikit"

"kita dating ikut kemampuan sudahla. tak payah la bawak kereta bagai kalau ye pun pinjam. aku suka je la naik pengangkutan awam"

"serius ni. kawan aku tak kisah pun"

"tapi aku kisah jihoon. lain kali tak perlulah macam ni"

"ye ye aku tahu"

dan ye sampai sekarang aku rasa tertanya tanya. yang kawan dia pun baik gila bagi pinjam kereta ni fuh kaya benarrrr.

-

balik je dating dengan jihoon tu, aku dapat mesej daripada yuqi. nak pinjam buku katanya, buku dia entah mana dia letak. dia pulak tak boleh keluar jadi dia suruh aku hantarkan. mujur rumah dia dekat la jugak.

sampai sana, aku ternampak satu kereta yang agak familiar. ni rasanya macam kereta yang jihoon bawak tadi.

"kawan dia tinggal sini ke?"

aku pandang kiri kanan, takde bayangan jihoon pun. oh dia dah pulangkan la tu.

aku naik lif untuk ke rumah yuqi. kat koridor, aku macam ternampak jihoon. aku baru je lepas keluar dengan dia tadi, takkan dah gila bayang sampai nampak dia kat sini kot?

aku kelip kelipkan mata aku. tetap juga nampak dia. buat apa dia kat sini? dia kata kat aku rumah dia jauh. kalau ye dia pulangkan kunci, takkan naik sampai depan pintu?

nak tegur, tak jadi bila dia mula bergerak masuk ke dalam lif dulu. apa dia buat kat sini ni hm.

sampai depan pintu yuqi, aku mengadu kat dia.

"tadi aku nampak jihoon kat sini"

"hah? kau biar betul? kau mengantuk kot sampai ternampak dia. buat apa la dia kat sini"

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now