thirty

168 12 3
                                    

aku hanya memandang kesemua rakan yang sedang membuat kerja. katanya nak masak guna cara tradisional konon, nak guna kayu api. kayu apinya ilek.

"korang ni nak masak guna kayu api kan?"

"haah"

"yang kayu apinya mana?"

"haah kan. gyu, kau pergilah" yuqi menolak bahu mingyu.

"eh takpe. biar aku la pergi. aku nak jugak hirup udara segar dekat dalam hutan tu" aku menawarkan diri sendiri.

"takpe ke sorang?" jihoon pandang aku risau memandangkan dia tak boleh nak teman aku sebab dia ada kerja lain.

"biar aku ikut!" minju mengangkat tangan dan memandang aku sambil tersenyum.

aku tersenyum dan mengangguk.

"jom lah. biarlah dorang bertiga ni buat kerja kat sini"

"elok elok, sayang"

"yeee"

minju mengikut langkah aku lalu dia menyaingi langkahnya dengan aku.

"hawon"

"huh?"

"aku nak mintak maaf. aku banyak salah dengan kau. aku tahu aku tak patut suruh kau lepaskan jihoon sedangkan kau tak patut pun buat macam tu"

"aku faham sebab kau buat macam tu. jangan risaulah. salah kau ke salah siapa pun, aku dah lama maafkan. aku pun banyak jugak salah dekat kau"

"takdelah. mana ada"

aku hanya membalasnya dengan senyuman. kau tahu... minju ni takdelah teruk mana.

"kau dengan jihoon nampak serasi gila. serius"

"serius la? hahaha thanks"

semasa dalam perjalanan ke hutan, banyak yang kami borakkan. sedar tak sedar, hubungan kami dah menjadi agak rapat. sampai di hadapan hutan, kami buat keputusan untuk berpisah. lagi senang kot macam tu.

jadi aku dengan minju buat haluan sendiri.

-

no one pov

jihoon tak henti henti mengerling jam tangannya. kejap kejap, pandang. langit makin lama makin bertukar menjadi gelap. tapi hawon langsung tak muncul muncul.

"aku betul betul tak tahu dia kat mana. kitorang dah janji nak jumpa balik pukul 1. aku tunggu dia lama kat depan tu, dia langsung tak muncul muncul"

"kau dah balik sini dekat 4 jam yang lepas. mana hawonnya?! kau rasa logik ke kau pergi dengan dia berdua, lepastu kau sorang je yang datang balik? mana hawon?!" dada jihoon berombak kasar, menahan rasa marah dan risaunya dalam masa yang sama.

"kau benci sangat ke dengan dia sampai kau sanggup buat kerja kotor macam ni? macam ni ke perangai sebenar kau? apa yang kau tak puas hati sangat dengan dia?!"

"sumpah jihoon! aku tak tahu dia kat mana! berapa kali aku nak cakap?" hampir menangis minju dibuatnya.

"korang!" yuqi tercungap cungap mencari udara setelah berhenti daripada berlari. di tangannya, terdapat telefon milik hawon. jihoon kenal sangat telefon tu.

"mana kau jumpa tu?"

"kat dalam hutan tu la! aku tak nampak langsung tanda tanda hawon dalam tu. aku nampak telefon ni je" yuqi menunjukkan telefon di tangannya.

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now