nineteen

113 14 0
                                    

"hawon!!"

oh mungkin inilah lelaki kiriman tuhan buat aku.

oh park jihoon. kaulah yang bakal menyelamatkan hidup aku. aku pandang jihoon yang makin mendekati aku dan erm.. boleh aku panggil makcik tak?

"jihoon?"

"omma?"

"hah?" melongo aku seketika.

eh senario apa ini? makcik yang aku katakan ni... omma jihoon? wow patutla mulut dia pun lebih kurang je macam mulut jihoon masa mula mula kenal dulu. degil pun ye jugak.

"anak omma!" terus tubuh jihoon dipeluknya.

weh ni dah kes lain ni. ni bukan menyelamatkan aku namanya. tapi nampak gayanya jihoon menolak pelukan ommanya.

"omma buat apa kat sini?" tanya jihoon sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

"nak buat apa lagi? nak jumpa anak omma la. tapi ni ha budak ni jalan tak reti pandang depan! sibuk berangan pasal boyfriend dia macamlah ada orang nak"

"omma!"

"apa? salah ke omma cakap?"

"macam mana kalau jihoon cakap jihoon ni boyfriend dia?"

jelas riak terkejut di muka aku, apatah lagi muka perempuan yang melahirkan jihoon ni.

"e- ey"

"omma jangan cakap macam tu dengan girlfriend jihoon boleh tak? dia dah minta maafkan? apa yang susah sangat? sebab ni jihoon tak suka omma datang sini kalau setakat omma nak malukan jihoon"

ah sudah aku pulak yang rasa serba salah. sebab aku, dia pulak marah marah mak dia.

hujung baju jihoon aku tarik, suruh hentikan pergaduhan. tak mahu la sampai berlanjutan. orang ramai pun dah pandang kan?

dia toleh pandang aku sebentar sebelum mengeluh kecil. pandangan ditalakan kepada ommanya semula.

"omma ikut jihoon. jom. hawon pergi dulu, nanti aku datang"

aku jadi serba salah nak bagi dia pergi. walau tak suka mana pun aku dengan onma dia sebab tadi, tapi tu tetap omma dia kan.

arghhhh matila akuuuu.

-

aku buka pintu bilik lalu melangkah masuk dengan lemah longlai. tak bersemangat aku dibuatnya duk terfikirkan si jihoon tu.

beg aku letakkan di atas kerusi dan baru aku menapak ke tilam, aku terkebelakang beberapa tapak dan menjerit.

"eo? dah balik? annyeong"

lantas tangan aku memegang dada. aku fikir perempuan mana la yang duduk atas tilam aku tu.

"eonnie buat apa kat sini?"

"eh menghalau ke?"

aku berjalan mendekati chungha eonnie yang sedang pegang telefon. mungkin meneliti telefon tadi. lalu tubuh aku dibaringkan disebelahnya.

"mana ada. mood hawon tak okey sikit"

"lah, kenapa pulak?"

walaupun dah 7 saat berlalu, tetap aku tak bersuara.

"tidur dah ke apa budak ni?"

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now