Hari semakin gelap. Terlihat seseorang sedang berjalan kearah mereka berempat dipintu pagar sekolah yang terkunci itu. "Asal kau lambat? Kau yang beria plan bagai nak main benda ni, kau yang datang lambat!" marah Dhia. Benda yang dimaksudkan oleh Dhia adalah spirit spirit of the coin. Mainan yang popular pada masa kini dimana kita boleh berhubung dengan makhluk ghaib. "Hehe chill lah sis, lambat 5 minit je" ujar Mia. "Ok lah, jom mula kan!" semangat Elly membara bercampur teruja.
Mereka memanjat pagar sekolah itu dan menuju ke koridor sekolah. Hanya cahaya bulan dan lampu suluh yang dibawa mereka sahaja yang menerangi kegelapan itu. Sekali sekala, Fatin terlihat sesuatu sedang bergerak. Bayang2 itu menghampiri mereka. "Weyh, menyorok. Ade benda kt depan tu!" bisik Fatin perlahan lahan kearah mereka yang lain. Terlihat, sekumpulan pelajar yang digelar geng Habakus sedang berjalan melalui koridor itu.
"Ha buat apa!?" jerit Mia ingin membuat kan mereka terkejut
Opocot mak cik kau terbang!
Mereka berlima ketawa terbahak melihat reaksi pelajar2 lelaki itu.
"Kauorang buat ape malam2 buta kat sini?" soal Faiz kehairanan."Kitaorang ada plan ni. Nak main spirit spirit of the coin. Korang nak join?" soal Elly. Terkedu muka Irman dan Ikhfan mendengar jawapan Elly.
"Berani pulak kauorang nak main benda tu" singgung Herman yang dari tadi berdiam diri. "Berani lah. Bukan mcm kau. Btw, kauorang buat ape kat sini?" soal Nadia yang pelik melihat kehadiran Geng pelik bernama Habakus disitu. "Actually, kitaorang pun nak buat benda yang sama mcm yang korang buat tu" celah Ikhfan, musuh lama Elly yang memberi persahabatan palsu kepadanya.
Sekali sekala, Elly melihat Ikhfan Terasa muak dan benci pun ada! Tetapi disudut hatinya itu dia masih merimdui persahabatan mereka