5.40 a.m
Mereka berjalan menuju ke luar pagar sekolah. Satu badan terasa penat dan lemah. Pada hari itu juga lah, hari yang tak dapat di lupakan. Hari yang penuh dengan seksaan dan penderitaan. Apa yang mereka alami pada hari itu, hanya mereka sahaja yang tahu. Mulut harus di zip rapat2.
Keesokan Harinya...
Ramai pelajar yang berkerumun betul2 di hadapan tiang bendera. Ada yang menjerit ketakutan dan ada yang berdiri terpaku.
Setibanya mereka sampai, mereka kehairanan. Apa yg sedang berlaku sehingga menimbulkan kekecohan
Allah!
Mereka tersentak apabila terlihat beberapa sosok tubuh yang tidak bernyawa terikat di tiang bendera.
"W..weyh..hh.. t..tu... b..bu..kan ke.." soal Fatin tergagap
Hanya jasad sahaja yang terikat lgi tidak bernyawa di tiang bendera itu. Pucat dan mengerikan. Darah mereka seolah olah telah di hisap keluar dari tubuh badan.
Dan...
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluh nya hati ibu bapa mereka apabila pihak polis datang ke rumah dan memberithu bahawa anak mereka tiada lagi di dunia iniSelepas beberapa minggu kemudian, tiada apa2 lgi peristiwa menyeramkan yg mengganggu mereka. Semuanya baik seperti sediakala cuma..
Ada kekurangan..
Tiada lgi kumpulan lelaki yang menjengkelkan
Tiada lagi permainan bodoh yang menyusahkan hidup
Dan..
Tiada lgi nyawa yg akan terkorban..
Cukup.
Cukup lah pengalaman mereka yg begitu pahit.