3

345 13 0
                                        

1.35 a.m

Mereka berjalan ke arah kelas kosong yang tidak digunakan lagi yang dikatakan bahawa terdapat seorang pelajar tingkatan 4 telah bunuh diri
"Kau sure ke kita nak main benda ni kat kelas puaka ni?" soal haikal yang ketakutan. "Kalau kau tak nak, baik tak payah ikut kitaorang tadi!" marah Fatin. Mereka meletakkan sekeping kertas yang terdapat tulisan di atasnya. "Korang tahu kan macamana main benda ni?" senyuman sinis terukir di bibir Mia. Dhia dapat merasakan sesuatu yang tidak senang. Dia melihat Mia berperangai pelik sejak mereka berjalan menuju ke kelas itu tetapi andaian nya itu di ketepi kan jauh2.
Mereka memulakan permainan itu.
"Spirit2 of the coin, segala roh yang ada disini, kami alu- alukan datang kepada kami~" seruan itu diulang beberapa kali sehingga kilat menyambar diiringi angin yang bertiup kencang.
Tiba tiba kerusia rosak yang ditempatkan dibelakang mereka itu bergerak. Mereka tersentak! "Ingat, jangan sesekali lepas kan jari kau dari duit syiling ni!" arah Dhia yang tiba tiba menjadi serious. "Siapa nama kau?"soal Herman. Duit syiling itu bergerak dengan sendiri menuju ke huruf, R-I-A-N-A. "Macamana kau boleh mati?" soal Faiz pula.
B-U-N-U-H-D-I-R-I. Mereka terperanjat. Nadia pula bertanya,"Kenapa kau bunuh diri?" Duit syiling itu bergerak sehingga lah menjadi perkataan. Dicurangi. "Ape yang terjadi pada kau?" soal Arfiz terketar ketar. Sekali lagi duit syiling pada papan itu bergerak menjadi 1 perkataan iaitu, DICURANGI. Fatin yang sudah hilang kekuatan, tiba tiba bangun dan lari dari situ. Fatin! Jerit kesemua mereka.
"Kita kena cepat habis kan game ni lepastu cari Fatin" kata Elly dengan cemas. Mia dari tadi hanya terdiam seribu bahasa. Entah apa yang serabut kan kepala Dhia sehingga dia berfikiran yang Mia asyik berperangai pelik.
"Spirit2 of the coin, pulang lah ke tempat asal kau!" arah Nadia. Dia mengulangi semula dan tiada sebarang respon dari Papan itu. Nadia naik berang lalu melepaskan jarinya dari duit syiling itu dan segera bangkit dari tempat duduknya. "Ape kau buat ni?!"bentak Elly. "Kita kena cari Fatin, sekarang!" tegas Nadia. Mereka segera bangkit dari tempat duduk dan keluar dari kelas itu untuk mencari Fatin. Ikhfan dan haikal yang ditinggalkan oleh rakannya yang lain itu, cepat2 mengemaskan barang mereka untuk beredar. Apabila haikal hendak mengambil papan itu, tiba2 duit syiling itu bergerak dengan sendiri. Haikal memanggil Ikhfan untuk melihat duit syiling yang membentuk 1 perkataan, MATI. Mereka saling berpandang antara satu sama lain. Tiba2 pintu seolah dihempas seseorang sehinggakn tertutup rapat seolah olah terkunci. Kipas terbuka dengan sendirinya sedang kan bekalan eletrik telah diputuskan ke kelas itu. Mereka dapat merasakan seolah olah badan mereka terapung ke udara.
Zap!
Kepala serta badan mereka terpisah lalu terjatuh ke lantai
Maka, tamat lah riwayat mereka. Terpisah lah antara jasad dengan tubuh.

Spirit Spirit Of The Coin(Malay)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang