6

275 16 7
                                    

3.30 a.m

Dari jauh, ade sepasang mata yang sedang memerhati kan sekumpulan pelajar perempuan itu. Mereka berasa letih dan penat sehinggakan tidak dapat berfikir tentang apa yang sedang berlaku.

Tiada angin, tiada ribut, tiba2 kilat menyambar. Mereka dapat merasakan seolah olah seseorang sedang menuju ke arah mereka.

Dup.. Dup.. Dup..

Bunyi tapak kasut sedang menghampiri mereka.

"Mia mana?!"

teriak Elly seakan cemas. Mereka tidak sedar yang mia baru sahaja hilang. "Tadi dia jalan kat sebelah aku! Mana dia pergi pulak ni?!" soal Nadia tidak berpuas hati.

Tiba-tiba satu sosok tubuh seorang perempuan sedang berjalan ke arah mereka

Mia! Jerit mereka.

"Weyh aku kat sini!"

Mereka menoleh setelah mendengar suara seseorang yang amat dikenali di belakang mereka

"Eh Mia! Syukur lah kau selamat!" keluh Nadia tetapi apa yang sedang mencelaru kan fikiran dia adalah, kalau Mia di belakang mereka, lalu,
SIAPAKAH YANG BERDIRI DI HADAPAN MEREKA SEKARANG NI?

Argh!
Teriak Mia apabila menyaksikan sesuatu yang diluar pemikirannya berlaku dengan mata sendiri!

Dengan pantas mereka menoleh ke hadapan semula.

Alangkah terkejut nya mereka apabila melihat Mia yang dihadapan mereka ,berubah menjadi mayat hidup. Badannya bertukar menjadi kurus kering. Gigi taring nya terjelopong keluar dan muka nya yang hodoh penuh dengan ulat, darah dan nanah!

Mereka kaku dan tidak dapat bergerak walaupun seinci.

"Erm.. tu..tumpang tanya.. patut ke kita lari... atau berdiri kat sini sampai besok?"
Soal Nadia yang sedang ketakutan walaupun dia tahu itu lawak hambar

Ini semua salah kau!

Suara yang garau itu teriak dengan penuh amarah serta menundingkan jari ke arah Mia dengan matanya yang kemerahan.

Kalau kau tak wujud, iqram tak akan curang dengan aku!

Mereka keliru dengan apa yang mereka saksikan kerana Iqram ialah boyfriend Mia. Mereka berdua berkenalan sejak awal tahun persekolahan lagi. Mana mungkin Iqram buat perkara macam tu!

"Kau tipu!" jerit Elly dengan nada tegas

Mereka seolah olah di bawa ke dimensi lain. Mereka menyaksikan lakon layar semula punca hal ini terjadi seperti menonton wayang 3D

Bersambung...

Spirit Spirit Of The Coin(Malay)Where stories live. Discover now