bab 6

83 16 0
                                    

GAMBIT berdiri di rooftop rumah agamnya dengan sebelah tangan dalam kocek. Sesekali menyedut putung rokok sebelum menghembus kepulan asap. Secara zahir normanya memerhati matahari yang sudah condong ke barat, namun ianya jauh melangkaui sempadan Gurgestan sehingga tiba ke Westland. Dia sudah mengagak hari ini pasti akan datang. Tapi tidaklah secepat ini.

'Cih. Cilaka kau, Pablord.'

Gambit melepas keluhan kasar.

Di halaman banglo, seorang lelaki berambut merah yang terlindung sebelah mata dengan uraian rambutnya mendongak kepada Gambit yang termenung. Tidak membuang masa, dia menapak satu langkah sebelum ghaib dan tiba di rooftop sekelip mata.

Kapten kesatria itu perasan akan kehadiran seseorang. Dibiarkan sahaja sambil terus tenggelam di dasar fikiran yang cuba mengait perkara-perkara yang sudah terjadi untuk membuat satu kesimpulan. Hujungnya dia yang seperti terbelit dalam informasi yang berselirat.

"Ah, sial!" Gambit melempar putung rokok ke lantai. Meluah rasa serabut yang bersarang di kepala.

Susuk tubuh di belakang sekadar menyepikan diri, tidak mahu masuk campur atau mencelah. Dia tahu, Gambit sedang memikirkan sesuatu dan seperti sedang tersangkut pada satu dahan yang menghalang pendakiannya ke atas. Dia lebih kenal kaptennya berbanding kesatria lain.

"Aku.. buntu, Noah." Suara Gambit kedengaran halus. Lalu berpaling memandang si lelaki berambut merah.

"Tidak, Gambit. Kau mungkin tersilap tafsir dalam setiap informasi yang kau peroleh." Lelaki bernama Noah berhati-hati menutur baris ayat agar tidak menyinggung perasaan Gambit.

"Maksud kau?" soal Gambit. Wajahnya kehairanan.

"Mana perginya instinct kau yang sangat tajam? Bukankah gerak hati kau selalu tepat." Noah mula bermain kata. Tidak mahu Gambit terus menerus serabut.

Decitan halus terluah daripada sepasang bibir Gambit. "Sebab itu aku buntu. Gerak hati aku berkata yang aku berada di jalan yang salah. Kerana itu aku cuba membuat kesimpulan dengan informasi dan pemerhatian yang aku jalankan sendiri!" bentaknya dengan sedikit bengang.

Noah diam seolah hilang nafsu untuk berkata-kata. Hanya sepasang mata yang terus-menerus menikam Gambit tanpa perasaan takut. Sengaja membiarkan keadaan hening menyelubungi mereka berdua untuk seketika waktu. Hanya deruan angin petang kedengaran diselangi keluh-kesah daripada Gambit yang diselimuti rasa serabut.

"Ada baiknya kau bertemu abang kau. Dia bukannya jauh dari sini," tutur Noah lantas memusingkan tubuh ke belakang. "Barangkali dia boleh membantu dengan kekusutan ini," sambungnya seraya melangkah.

Gambit terkelu. Imbasan wajah abang angkatnya yang hanya dua tahun lebih tua terbayang di benak. Lelaki itu yang telah banyak mengajarnya bertempur dan menyerlahkan kuasa dalamannya sehingga mencapai tahap tertinggi. Ramai menganggap Gambit paling kuat, tapi mereka tidak tahu abangnya adalah manusia paling kuat yang pernah ditemui sepanjang hidupnya.

"Jangan lupa, Raja Hadrian bertitah agar semua kapten datang ke istana segera yang mungkin," tambah Noah lagi tanpa menoleh.

Imbasan Gambit serta-merta lenyap. Dia menarik sebatang rokok dari kotak besi hitam dan meletaknya di antara celahan bibir. Selajur bibirnya tersenyum. Dalam hati, dia mengucap terima kasih kepada Noah - kesatria bawahannya merangkap rakan baik yang sudah terjalin semenjak memulakan karier sebagai tentera kerana telah memberi satu ilham kepadanya.

Satu semangat baru meresap ke dalam tubuh. Menjalar ke setiap adrenalin tubuh. Gambit kini seperti manusia baru. Rasa serabut sebentar tadi terus lenyap. Diganti dengan perasaan yakin dan jitu kepada diri sendiri. Dia menjulang tangan kiri sambil mengaju jari telunjuknya kepada matahari.

Hikayat Sang Pelindung: Perang TitantuaWhere stories live. Discover now