bab 21

58 9 0
                                    

DENGAN kelajuan sepantas bunyi, Jue tiba semula di ruangan stor senjata. Langsung keluar dan lantas meluru ke halaman sebelum terhenti bersama seraut wajah terkejut. Terkaku tubuhnya dengan kelopak mata membulat besar tatkala disajikan pandangan yang mengejutkan. Puluhan tubuh kesatria bawahannya terbaring bergelimpangan di persekitaran banglo dalam kecederaan parah. Ada yang tidak berkutik di atas lopak darah. Tidak diketahui apakah nasib mereka sama ada hidup atau sebaliknya.

Anak mata hijau Jue bergetar. Setelah rentetan kejadian tidak diingini berlaku terhadap negara, kini divisyennya pula menjadi sasaran. Dendam yang telah lama bersarang terhadap musuh negara menyalakan api amarah. Kian marak dengan kejadian yang telah mengancam nyawa kesatrianya. Perlahan-lahan normanya berkalih kepada seorang wanita bersut hitam ketat membalut tubuh. Sebilah pedang terggenggam kemas pada genggaman tangan kiri wanita itu. Tangan sebelahnya mencengkam leher seorang kesatria yang cedera pada setiap anggota tubuh.

"Kau!!" Jue melontar tubuh yang bersalut aura Mana ke hadapan bersama sekepal penumbuk.

Nona mengesan kehadiran ancaman selajur melepaskan mangsa. Sempat berkalih seraya menaikkan lengan separas wajah. Menahan penumbuk yang menghentamnya sehingga terseret beberapa meter. Jue menarik keluar pedang bercahaya oren dari bulatan magis sambil menerpa secara mendadak kepada lawannya.

Wajah bengis seorang wanita terpampang pada norma Nona sebelum berganti dengan libasan sebilah katana bercahaya oren. Garisan-garisan cahaya merah yang berselirat pada bilah pedang menyala bak bara. Nona lantas membengkok kedua lutut, mengelak hayunan yang berniat membunuh sebelum melompat ke kanan ketika satu libasan pedang tiba-tiba menghentam dari atas dengan kelajuan yang sukar dikesan. Tanah pecah menjadi batuan kecil tatkala libasan tersebut menghentam permukaan. Saat itu dia tersedar bahawa lawannya kini berbeza dengan kesatria lain.

Satu libasan pedang menerjah dari arah tepi. Nona memusingkan tubuh lalu menyilang pedang bagi menahan serangan. Namun, impak pertembungan membuat Nona tercampak ke belakang dan terguling beberapa kali sebelum terhenti dalam keadaan meniarap. Pantas Nona bangkit berdiri. Melihat kemaraan lawan yang sedang memecut.

"Mana Sword: Libas Maut!" Jue melibas pedang. Mencetuskan serangan aura bercahaya putih berbentuk sabit yang terus kepada musuh.

Nona melompat ke sisi, berguling beberapa kali lalu bangkit berdiri dengan pantas. Menafikan serangan Jue yang terus meluru ke pagar banglo lalu meledak.

"Mana Sword: Dark Slay," tutur Nona selajur menikam angin.

Serangan aura hitam berbentuk pedang meluru laju ke arah Jue yang turut melibas katana orennya. Mencipta deruan angin kencang yang langsung melenyapkan serangan tersebut sekali gus. Kelopak mata Nona terbuntang luas.

Sekelip mata Jue ghaib pada pandangan. Muncul betul di hadapan Nona sambil menghayun pedang dari bawah. Memaksa Nona berundur setapak. Mengelak libasan yang sipi mengenai dada. Jue mara ke hadapan selajur menikam ke arah musuhnya. Nona menunduk sebelum matanya membulat luas.

Dalam gerak perlahan, riak Nona berubah mendadak ketika bayangan penumbuk bersalut pusingan sfera angin terpampang betul di hadapan mata. Tiada apa yang sempat dilakukan ketika tumbukan tepat menghentam rahang kanan. Memaksa kepalanya tertolak ke sisi seiring percikan darah tersembur dari mulut. Serentak tubuhnya terangkat. Melayang jauh sebelum terhempas dan berguling pada tanah. Membuat genggaman pada pedangnya terlepas lalu tercampak entah ke mana. Kemudian terhenti dengan tubuhnya menghadap langit hitam.

Jue menghampiri Nona yang terbaring tidak berdaya. Sebelah kakinya diangkat tinggi sebelum menghempas tanah dengan impak kekuatan yang menyebabkan Nona terangkat ke udara. Selajur melepaskan sepakan padu kepada rusuk Nona. Untuk kesekian kali, wanita bersut hitam itu melayang sebelum belakang tubuhnya terhempas pada pagar konkrit sehingga retak menanti rebah. Membuat anak mata Nona bertukar putih bersama semburan air liur bercampur darah dari mulutnya.

Hikayat Sang Pelindung: Perang TitantuaWhere stories live. Discover now