bab 14

61 10 3
                                    

2 hari kemudian..

Gambit safehouse, Gurgestan

PAGI itu kanvas langit sangat cerah. Ruang angkasa bercahaya keemasan yang menyilaukan mata. Dari ufuk timur, sang fajar menyimbah bumi dengan sinaran yang menyegarkan. Menghasilkan sebuah potret semulajadi yang mengkhayalkan ibarat candu. Siutan burung-burung berterbangan di udara memeriahkan suasana dinihari. Turut sama mereka-mereka yang sudah bersiap untuk keluar bagi meneruskan kehidupan pada hari baharu.

Di dalam banglo setinggi empat tingkat, Lisa di meja makan berbentuk bujur berkerut-kerut membaca surat khabar keluaran media massa Titantua. Secangkir kopi yang berwap nipis pada celahan jemari, dibiar tergeletak dengan norma tetap kepada baris-baris perkataan akhbar. Sepasang bibir yang dioles gincu langsung melopong luas. Telapak tangan kiri menampar permukaan surat khabar selajur berdiri tanpa melepaskan cangkir pada tautan jemari.

"KAK NANA!!"

"JACOB!"

"NOAH!"

"IYUL!"

"RATNA!"

"VEMPYE!"

"WAK!"

"ASAN!"

"MARIA!"

Suara Lisa ibarat petir yang berdentum! Menggegarkan seisi rumah. Membangkitkan sesiapa yang sedang tidur secara paksa seperti mendapat mimpi ngeri. Mematikan perlakuan seorang lelaki berambut merah yang sedang menyiapkan sarapan di dapur. Mengejutkan seorang gadis bertubuh kecil yang sedang berlatih menghayun pedang kayu di dalam bilik dan membantut Jacob yang sedang meneran di dalam tandas.

Di tingkat paling atas. Seorang gadis berambut hijau dan ber-pony tail, berpusu keluar dari bilik tidur tanpa menukar pajama pink yang masih tersarung pada tubuh. Ratna. Di belakangnya, Wak. Lelaki berwajah baru bangun tidur. Tidak berbaju, sekadar memakai seluar pendek dan berbut hitam. Mengeliat dengan penuh kemalasan sambil menguap. Bersama mereka, seorang wanita berambut merah yang berpakaian menjolok mata. Atau lebih tepat hanya berpakaian dalam yang sepadan dengan warna rambutnya. Maria. Dia tersenyum simpul sambil memaut leher Ratna sehingga wajah gadis itu tertenyeh kepada daging dadanya. Dengan penuh keriuhan, mereka bertiga beriringan turun ke tingkat bawah.

"Apehallah Lisa ni. Pagi-pagi dah terjerit-jerit macam orang tak betul. Suara dah macam petir," gerutu remaja lelaki botak yang mencangkung di jendela sambil menghadap luar dengan rokok terjepit pada jari. Sinaran matahari menyinar kulitnya yang agak gelap. Iyul.

Di sebelah kirinya, seorang remaja lelaki berkerudung hitam bersandar pada dinding dengan dua tangan dalam kocek seluar. Tidak membalas keluhan Iyul sambil memandang Wak yang baru turun dari tingkat atas mendekati Iyul. Kemudian berkalih merenung gegaran dua ketul daging terdedah pada tubuh Maria yang menggiurkan. Lantunan dua daging tersebut diperhati dengan penuh teliti. Malah tahi lalat yang tersembunyi di tengah-tengah dada Maria dapat dikesan oleh normanya.

"Asan! Tengok apa tu!" sergah Ratna dari sebelah kanan remaja tersebut. Mengejutkan sekujur tubuh dengan sergahan tersebut.

"Tengok apa? Aku tak tengok apa-apalah," bidas Asan dengan wajah yang merah kerana malu. Namun tetap diusik oleh Ratna yang cuba menyelak kerudung Asan.

Maria tertawa kecil dengan kelakuan mereka berdua yang dianggap seperti adiknya.

"Ratna. Biarlah dia tengok. Kamu cemburu ke?" tutur Maria dengan gaya menggoda sambil menggoyang dua daging montok miliknya.

Asan menoleh kepada Maria dengan norma bersinar sambil bertanya 'betul ke?'. Ratna pula tidak membalas, sekadar menjuih lidah kepada Maria. Sebelum berlalu, dia sempat meluku belakang kepala Asan.

Hikayat Sang Pelindung: Perang TitantuaWhere stories live. Discover now