14 TAHUN DAHULU...
Selesai sahaja urusan pengembumian Puan Adila dan Encik Zulkifli , Zinnirah Aisyah dan kakaknya,Tiara Aulia pulang ke rumah mereka dengan air mata yang masih mengalir sejak mendapat tahu tentang kematian permata hati mereka yang maut dalam perjalanan pulang dari menunaikan umrah. Tiara Aulia yang berasa sedih menoleh ke arah adiknya yang masih galak menangis. Dia segera mendekati adiknya lalu memeluknya bagi menyalurkan secebis kekuatan.
"Adik, adik tak boleh macam ni. Jangan lah nangis lagi. Ibu dengan Ayah tak tenang kalau adik terus menangis macam ni. Adik kena kuat! Kakak kan ada!" kata Tiara kepada adiknya lalu diusap kepala adiknya yang masih berbalut selendang.
"Adik nak ibu dengan ayah. Adik sayang diorang! kata Zinnirah.
"Adik kena ingat pesan ibu sebelum ibu pergi . Ibu suruh adik jadi seorang yang kuat dan tak akan terus lemah!"kata Tiara.
"Kakak kena janji! Yang kakak tak akan tinggalkan adik walau apa pon jadi!Sebab adik ada kakak je kat dunia ni!"kata Zinnirah dengan linangan air mata.
"Ya! Kakak janji! Dah dah jangan nangis!Jom kita pergi solat!" kata Tiara untuk menaikkan semangat si adik.
Zinnirah Aisyah mengelap air matanya lalu mengikut jejak kakaknya dengan hati yang hiba.
" ZINNIRAH! TIARA!"
Zinnirah yang sedang melihat ikan di kolam segera melihat ke arah gerangan yang memanggilnya.
"Ya, Mak Ngah!"sahut Zinnirah.
"Ni, mak ngah nak cakap sikit. Sebelum tu, mana kakak kamu?" tanya Maizura apabila menyedari ketiadaan Tiara.
"Kakak tengah main buaian dengan Pak Ngah kat halaman rumah."jawab Zinnirah sambil menunjuk kearah kakaknya.
"Panggil kakak sekejap. Ada perkara Mak Ngah nak bagitahu."
"Ok!"
"Kakak! Mak Ngah panggil!".
"Ya. Ada apa Mak ngah?"tanya Tiara kepada Maizura.
"Mak Ngah dah bincang dengan pak Ngah. Kami dah bersetuju nak hantar kamu berdua ke rum..."
"Zura! Kan abang dah cakap! Abang tak setuju! Ni anak buah abang! Anak adik lelaki abang! Arwah Zulkifli dah amanhkan mereka kepada Abang. Mereka tetap dibawah tanggungjawab abang Zura, abang sahaja waris mereka yang masih hidup! "potong Anwar.
"Saya tak kira! Saya tetap nak hantar budak-budak ni ke rumah anak yatim! Saya tak larat nak jaga ! Anak kita je dah 5 orang!" balas Maizura tanda tidak puas hati.
"Awak jangan nak biadap sangat! Sedar sikit dengan siapa awak bercakap ni!"Jangan sampai saya-"
"Mak ngah!! Pak ngah!!"
Kedua mereka segera menoleh kearah Tiara yang bersuara.
"Hantar saja kami kesana! Jangan Pak Ngah dan Mak Ngah gaduh kerana kami. Insya Allah kami boleh meneruskan kehidupan disana." kata Tiara untuk meleraikan pergaduhan yang terjadi.
"Kakak! Apa yang kakak cakap ni? "soal Zinnirah Aisyah.
"Adik, Selagi kita bersama, kita pasti bahagia. " bahu adiknya dipegang lembut.
"Tengok! Diorang pun setuju! Jadi abang nak fikir apa lagi? "kata Maizura meyakinkan suaminya.
"Tiara, betul ke apa yang Tiara cakap ni?"soal Anwar.
"Ya Pak Ngah. Lagipun ibu pernah pesan jangan susahkan orang." jawab Tiara.
"So, tunggu apa lagi? Pergi kemas barang sekarang. Mak ngah akan hantar kamu berdua petang nanti!" kata Maizura.
RUMAH ANAK YATIM DARUL IHSAN
Zinnirah Aisyah melihat bangunan usang yang berada dihadapan mereka dengan pandangan kosong.
"Dah sampai! Tunggu apa lagi? Turunlah!" kata Maizura dengan nada yang tinggi.
"YA!" jawab Zinnirah dan Tiara serentak yang sedikit terkejut.
"Mak Ngah dah daftar nama kamu jadi kamu boleh terus masuk. Jadi,semoga bahagia disini!" kata mak ngah sinis.
Zinnirah dan Tiara hanya mampu melihat kereta itu laju meluncur jalan dengan pandangan hiba.
" Jadi ni anak Adila si perampas tu?" kata seorang wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Assalamualaikum" kata Zinnirah dan Tiara lalu mengulur tangan kearah wanita tersebut. Namun huluran mereka ditepis.
"Tak payah berlagak baiklah! Sama macam mak kau!"tambah wanita itu.
"Tak sangka ni anak Adila si perampas kekasih orang! Kalau bukan sebab mak kau, aku takkan kehilangan Zulkifli!
Zinnirah dan kakaknya hanya mampu menundukkan kepala meskipun mereka tidak mengerti apa-apa. Tangan mereka saling digenggam. Wanita itu berlalu masuk meninggalkan mereka yang masih kaku.
"Masuklah! Apa lagi kau tunggu?! Nak tunggu aku seret ke? Menyusahkan!" jerit wanita bernama Rozita itu.
Zinnirah menoleh kearah kakaknya. Namun kakaknya hanya mampu membalas dengan anggukan kepala.
"Bersyukur adik. Kita masih ada tempat tinggal." kata Tiara. Meski umur mereka berbeza hanya 2 tahun, namun Tiara Aulia lebih matang. Dia sedar dia lebih dewasa, adiknya perlukan bantuan dirinya.
"Hanya kakak je keluarga adik sekarang yang masih ada. Adik sayang kakak!" ucap Zinnirah Aisyah tulus lalu tubuh kakaknya dipeluk erat. Ya, Tiara Aulia sumber kekuatannya.
"KORANG MEMANG NAK KENA KE?!AKU SURUH MASUK!"
"BAIKLAH!!" balas mereka serentak.
~~~~~~~~~~~~
Author note-Hi, I nak share that I continue this story again, if ade yang pernah baca before, it's known as ZINNIRAH AISYAH. I dah ubah plot cerita, few nama watak and nama books. Thanks in advance!
YOU ARE READING
Milik Ziyyad Mateen
RomancePemergian ahli keluarga diusia kecil benar-benar meruntun jiwa seorang ZINNIRAH AISYAH. Tahun berganti tahun dia bangkit meneruskan hidup seorang diri demi satu tekad dan hasrat. Dia harus menjejak kembali dimana keberadaan satu-satunya ahli keluarg...