B A B 8

221 20 2
                                    

Pantai yang tersidai indah itu dipandang penuh rasa. Indah sungguh ciptaan Maha Esa, tenang dirinya menikmati keindahan ini. Sesekali tangannya mengosok lembut lengan yang menahan sejuk. Angin sepoi-sepoi menampar tubuhnya.

Tiara Aulia termenung. Sejak kejadian butik itu, dia langsung tidak berhubung dengan tunangnya. Dia sendiri keliru jika mereka masih bergelar tunang? Sudah putus asakah lelaki itu pada dirinya? Dia mengambil keputusan bercuti di Pulau Pangkor, Perak untuk menenangkan diri. Sambil itu, dia juga mencari ilham bagi projek seterusnya. Dia memberi kepercayaan kepada pekerjanya untuk meneruskan perniagaannya.

"Awak dah benci saya ke Ziyyad? Besar sangat ke salah saya pada awak? 3 tahun kita berhubungan, awak masih tidak faham saya" baginya Ziyyad terlalu mengikut perasaan. Dia tidak berani bertemu lelaki itu sekarang. Biarlah kemarahan lelaki itu reda dahulu, dia kenal sikap lembut lelaki itu. Sangat mudah memaafkan dirinya.

Telefon bimbit dikeluarkan, sebuah mesej dihantar kepada lelaki itu. 3 minggu dia sudah pergi jauh daripada lelaki itu. Sebuah mesej ditaip kepada lelaki itu.

Selepas mesej itu dihantar, tumpuannya kembali ke pantai itu. Air jernih itu membuatkan dirinya tersenyum. Dia pernah bercuti kesini bersama keluarga Ziyyad tahun lalu. Kanak-kanak yang sedang berlari-lari dipandangnya. Cincin tunang dijari manisnya diusap.

Ziyyad memandang wajah gembira Uwais dengan pandangan tajam. Uwais mengangkat kening melihat ekspresi lelaki itu.

"Kau apahal? Jealous ke bro?" perli Uwais. Pasti Ziyyad cemburu melihatnya yang sedang bahagia membalas mesej daripada tunang kesayangannya, Farhana.

"Kau ini kan, sejak bertunang, makin over eh! Aku panggil pun kau palau. Memang terus lupa member!" mana dia tidak geram, Uwais yang beria mengajak lelaki itu keluar, namun fokusnya hanya pada gajetnya? Seperti patung Ziyyad menunggu lelaki itu.

Uwais ketawa. Telefon diletakkan diatas meja lalu tangannya memangku wajahnya.

"Aku tengah bahagia ini Ziyyad!"

"Apa kisah aku kau nak bahagia ke apa ke? Tapi jangan lupa kawan susah senang kau ini!"

Nampaknya Ziyyad sudah mula mengungkit. Mereka bersama-sama berjuang ketika menuntut ilmu di India dalam bidang perubatan. Pulangnya mereka ke Tanah Air, Uwais ditawarkan bekerja di klinik milik keluarga Ziyyad. Banyak jasa Ziyyad pada dirinya. Mana mungkin dia akan melupakan kebaikan sahabatnya itu.

"Yelah, aku minta maaf. Tak buat lagi dah lepas ini" Uwais mengelip mata memujuk Ziyyad yang merajuk. Macam budak kecil!

Ziyyad menjeling.

Ting!

Telefon bimbitnya diambil. Dia terkejut melihat gerangan yang menghantar mesej kepadanya.

Sayang🤍
-Saya minta maaf Ziyyad, Izinkan saya kuatkan diri sebelum bertemu awak Ya? Tunggu saya sayang. Besar harapan saya agar awak terus dengan saya. Tapi, saya perlukan waktu.

Mukanya berubah bengis apabila membaca setiap perkataan itu? Telefon dicampak diatas meja itu. Uwais tersentak melihat perbuatannya.

"Kau dah kenapa ini Ziyyad! Main campak je telefon macam itu! Tahulah kaya!"

Ziyyad mengurut pelilpisnya. DIA STRES!

"Kau baca apa perempuan itu hantar!"

Uwais terus mengambil telefon itu dan membaca mesej yang baru dihantar itu.

"Aku tak faham dengan dia Uwais. Sumpah aku tak faham! 3 minggu dia diam je sedangkan kesalahan yang dia buat itu bukan kecil! 3 minggu Uwais! bukan 3 hari! Dia ingat aku ini apa? Kau baca ayat dia! izikan dia kuatkan diri? Sekarang ini siapa yang mangsa? Aku ke dia? Sikap tidak matang dia yang buatkan semua ini terjadi!" hambur Ziyyad. Dia geram. Kenapa dia yang selalu dipersalahkan?

Milik Ziyyad MateenWhere stories live. Discover now