B A B 1 7

255 11 16
                                    


Lena Zinnirah terganggu saat dia dapat merasakan ada tangan yang mencuit-cuit bahunya. Sayup-sayup suara garau Ziyyad menganggu lenanya.

"Sayang, bangun..." lembut sahaja suara itu. Zinnirah meneyeh mata menghilangkan rasa mengantuk.

Kelihatan Ziyyad yang berkata mata hitam dan sudah berdiri dihadapannya.

"Dah sampai ini, Jom..." tangan dihulur. Zinnirah yang masih blur kerana baru terbangun hanya menyambut huluran itu.

Kini mereka sudah tiba di Sabah. Mereka menolak bagasi pakaian keluar daripada lapangan terbang.

"Awak nak pergi makan dulu tak?" soal Ziyyad Mateen kepada isterinya yang sedang membaca pamplet sambil menunggu kereta sewa.

"Saya okay je. Follow awak." dia menjawab sambil matanya masih dipamplet.

Mereka melabuhkan punggung dibangku disediakan sambil menanti. Zinnirah merenung wajah suaminya yang sedang sibuk melihat skrin telefon.

"Handsomenya anak orang ini." bisiknya dalam hati.

Sedar dirinya diperhatikan, Ziyyad menlanggar bahu isterinya menggunakan bahunya.

"Skodeng orang ke? Tahulah kita ni kacak."

Zinnirah mempamerkan wajah jelik.

"Perasannya anak Fazli ini!"

Mereka ralit bersembang sehingga tiba-tiba telefon pintar Ziyyad berbunyi. Ziyyad meminta izin untuk pergi menjawab. Zinnirah hanya membiarkan lelaki itu pergi menjauh.

Pelik juga, setakat nak jawab telefon, perlu ke jauh 5 meter?

Dia angkat bahu lalu dia sambung pembacaannya.

"Sayang, saya rasa kita kena cancel honeymoon ini." ujar Ziyyad tiba-tiba. Wajah lelaki itu jelas riak kerisauan.

Terkedu Zinnirah mendengarnya.

"Awak ada kerja ke? Kalau macam itu tak apa. Lain kali saja kita bercuti." dia faham jika ada urusan mendadak menanti lelaki itu. Dia hormat pekerjaan suaminya.

Serba salah Ziyyad mengiakan. Dia tahu Zinnirah sangat teruja mengenai rancangan ini. Namun ada yang lebih penting untuknya pada ketika ini.

"Maafkan saya." katanya dalam hati.

Panggilan daripada Diana membangkitkan kerisauannya. Wanita itu mengkhabarkan Tiara Aulia dimasukkan ke dalam hospital kerana kekurangan nutrien.

Dia tahu dialah puncanya. Gadis itu dilanda kekecewaan selepas mendengar khabar berita perkahwinannya. Dia kenal seorang Tiara Aulia. Pasti gadis itu mogok makan. Hmm.

Disisi lain, Zinnirah sedikit tertanya. Mengapa Ziyyad kelihatan begitu risau dan gelisah?

Seminggu berlalu sejak kes percutian tak jadi mereka. Punyalah kalut sehingga mereka terpaksa menempah penerbangan balik hari. Seminggu juga dia tidak berjumpa Ziyyad.

Suaminya outstation manakala dia menetap dirumah mertuanya. Dia yang memilih untuk tinggal disana. Dia ingin merapatkan hubungan dengan keluarga itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Milik Ziyyad MateenWhere stories live. Discover now