Ziyyad menarik nafas panjang sebelum pintu kereta dibuka. Inilah harinya. Puan Fatimah juga turun daripada kereta itu dan terus menuju ke butik pengantin yang besar itu meninggalkan dirinya yang masih tidak tenang. Jujur dia berharap akan kehadiran Tiara Aulia hari ini. Dia sudah mengambil cuti pada hari ini dan sanggup tidak menyertai acara pembukaan cawangan baru kliniknya di Damansara demi hari ini. Hubungannya lebih penting daripada kerjayanya. Dia hanya menghantar Uwais mewakili dirinya. Dia melangkah ke butik pengantin itu. Jam dikerling. Masa menunjukkan pukul 9 pagi, ada lagi 1 jam sebelum Tiara Aulia perlu hadir untuk janji temu itu.
"Cepatlah Ziyyad! Sementara kita tunggu Lia datang, kita boleh tengok-tengok dulu yang mana menarik." pujuk Puan Fatimah yang menyedari anaknya itu masih tidak bergerak. Ziyyad tidak menjawab namun terus memasuki butik itu. Hatinya berdebar-debar memikirkan apa bakal terjadi hari ini.
Tiara Aulia sedang sibuk berbincang dengan pekerja nya berkenaan rekaan terbaharu mereka. Mereka bercadang ingin menambah baik material shawl sulam mereka serta sesekali tangannya melakar corak bunga pada kertas itu. Itulah rekaan baharunya. Dia mendapat idea itu daripada bunga sakura yang dilihatnya ketika bercuti di Korea beberapa bulan dahulu. Menyedari jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi, dia segera menamatkan perbincangan dan mengemas mejanya. Butik pengantin itu ingin dituju. Dia memilih Ziyyad, bukan hatinya. Dia sangat berharap kejayaan hubungannya bersama Ziyyad.
"Cik Tiara jangan lupa, hari ini Cik Tiara ada pertemuan dengan client, Puan Safira berkenaan kerjasama jenama kita dan mereka." Alisa, pekerjanya berkata apabila menyedari Tiara Aulia hanya mengambil beg tangan namun meninggalkan fail berkenaan pertemuan itu. Mungkin gadis itu terlupa mengambil fail lakaran dan maklumat penting itu.
Tiara Aulia tersentak. Bagaimana dia boleh lupa dengan perkara itu? Mesyuarat itu tidak boleh ditinggalkan kerana melibatkan nama baik jenama nya. Dia termangu. Tiara Aulia hanya menganggukkan kepala dan membenarkan Alisa keluar daripada bilik pejabatnya.
"Apa aku nak buat ini? Kerja atau Ziyyad?" soalnya sendiri. Dia tersepit. Bagimana dengan dirinya.
Marie's Bride Boutique
Ziyyad tetap menunggu dengan sabar. Sudah 7 jam berlalu, dia juga sudah ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Zuhur. Puan Fatimah juga sudah dia hantar ke rumah. Dia kasihan melihat wanita itu yang terpaksa menunggu lama. Akhirnya, dia mengalah.
"Sampai hati awak Lia! Berkali-kali saya sabar dengan awak!" katanya perlahan lalu keluar daripada butik itu dengan hati yang membara. Malu dirinya dengan Puan Fatimah kerana wanita itu menunggu lama akan kehadiran Tiara Aulia. Namun, benarlah Tiara Aulia sudah tidak endah. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Dia berdecit. Dia sengaja tidak menelefon Tiara Aulia untuk bertanya kenapa tidak hadir kerana awal pagi lagi dia sudah mengingatkan gadis itu tentang janji temu ini. Dia juga tidak membenarkan Puan Fatimah menelefon Tiara kerana dia ingat melihat ketulusan gadis itu. Dia memohon ampun kepada Puan Maria kerana sudah membazir masa ibu saudaranya itu.
"Kesian aunty tengok Ziyyad ini. Dah kali ke berapa Lia buat macam ini. Kasihan dengan kamu yang terlalu tulus ini." luah Puan Maria. Sudah acap kali perkara ini berulang. Dia kasihan dengan lelaki itu.
Ziyyad Mateen hanya tersenyum dan berkata.
"Tidak mengapalah Aunty mungkin Ziyyad yang terlalu berharap. Ziyyad balik dulu ye Aunty"
Hancur hati tua itu mendengar tutur kata anak saudaranya itu. Dia hanya mampu melihat jejaka itu berlalu menuju ke keretanya.
"Semoga Allah hadirkan seseorang yang lebih baik dan ikhlas untuk kamu Ziyyad"
Semua gambar dan barangan pemberian Tiara Aulia kepadanya diletakkan didalam sebuah kotak. Benar dia sudah tidak mampu meneruskan hubungan ini. Tiara yang memilih jalan ini.
YOU ARE READING
Milik Ziyyad Mateen
RomancePemergian ahli keluarga diusia kecil benar-benar meruntun jiwa seorang ZINNIRAH AISYAH. Tahun berganti tahun dia bangkit meneruskan hidup seorang diri demi satu tekad dan hasrat. Dia harus menjejak kembali dimana keberadaan satu-satunya ahli keluarg...