Gambar daripada celah dompet ungu itu dikeluarkan dan ditatap penuh kasih.
"Adik rindu kita yang dulu. Adik rindu kakak" gambar dia dan kakaknya ketika bermain pasir itu ditatap. Gambar itu diambil oleh arwah ayahnya ketika mereka bercuti di pantai tanpa pengetahuan mereka. Hanya gambar ini dan gambar kahwin arwah ibu ayahnya dimilikinya. Itu sahaja kenangannya. Semua tinggalan keluarga telah dimusnahkan oleh Rozita kerana dendam. Dia sendiri tidak mengerti apa silapnya sehingga dibenci begitu.
Flashback
Tanpa mempedulikan penghuni lain, dua beradik itu hanya berada dalam dunia mereka sendiri. Album itu diselak bersama-sama. Sejak dahulu lagi keluarganya gemar mengumpul memori bersama dua beradik itu.
"Adik ini memang daripada kecil comot eh! Dahlah comel!" pipi Zinnirah dicubit lembut. Foto menunjukkan pipi Zinnirah comot dengan aiskrim dijadikan bahan jenaka. Gambar itu diambil ketika mereka berdua mengikut ayahnya ke kedai runcit tanpa pengetahun arwah ibunya. Kenangan!
"Adik ikut kakak! Kakak cantik, adik comel!"
Rambut lurus Zinnirah dielus lembut.
"Tapi kakak, kenapa tiada gambar kita bersama-sama masa kita baby? Dan tiada gambar kakak dengan ibu ayah ketika kakak masih baby?" mendengar soalan itu, Tiara juga menyelak album itu. Benar juga apa yang dikata Zinnirah. Sudah 3 kali dia menyelak daripada muka hadapan. Gambarnya bersama ibu ayahnya dan Zinnirah hanyalah sejak dia berumur 4 tahun.
"Mungkin gambar hilang?" Tiara menyedapkan hati.
"Mungkinlah juga. Ibu pernah kata rumah kita pernah banjir dulu. Mungkin hanyut." Banjir besar pernah melanda kampung mereka namun pada ketika itu mereka masih terlalu kecil. Dia hanya mendengar perkara itu daripada arwah ibunya.
Tiara juga setuju dengan kemungkinan itu. Baru sahaja dia ingin melihat album kahwin Ibu Ayahnya, satu tangan merampas. Kepala didongak.
"Apa ini Mak Ita, kenapa rampas album kami!" keras nada Zinnirah. Tiara hanya mendiamkan diri. Tidak berani melawan.
Rozita senyum sinis lalu tubuh Zinnirah ditolak kuat hingga terbaring. Tiara yang menyedari perbuatan itu cepat menangkap tubuh adiknya. Melindungi kepala kanak-kanak itu daripada terhentak diatas lantai simen itu.
"Auch, sakit!" Zinnirah mengadu sambil pinggangnya dipegang. Perit pinggangnya ketika ini. Tiara yang berasa geram melihat adiknya kesakitan terus bangkit lalu memukul badan besar Rozita dengan tangan. Berkali-kali dia memukul sebelum tangannya ditangkap oleh Rozita.
"Apa kau buat ini budak! Siapa kau nak pukul aku!" tubuh Tiara Aulia dipukul dengan menggunakan album tebal itu. Sakit hatinya dengan tindakan berani Tiara. Semua gambar yang berada dalam album itu berteraburan. Penghuni dan kakitangan lain Rumah Kebajikan itu hanya mampu memandang mereka. Mereka tidak berani melakukan apa-apa. Mereka sudah lali melihat dua beradik itu diseksa Rozita.
"Jangan pukul kakak!" Zinnirah cuba melindungi Tiara namun dia ditolak lagi.
"Hanya sebab Album dan gambar bodoh ini kau sanggup lawan aku ye! Dasar anak yatim tak sedar diri!" jeritnya kuat. Dia segera mengambil album dan gambar-gambar itu lalu dibawa pergi. Zinnirah sempat mengambil 2 keping gambar lalu disembunyikan.
"Mak Ita nak buat apa dengan gambar kami?!" Tiara mengejar langkah Rozita yang menghampiri taman diluar rumah. Zinnirah juga mengikut Tiara.
Semua gambar itu dicampakkan diatas rumput lalu dia mengeluarkan mancis daripada poket bajunya. Mancis dinyalakan. Dengan senyuman sinis, mancis itu dicampak dalam diatas timbunan gambar itu. Zinnirah dan Tiara yang menyedari perbuatan jahat itu cuba memadamkan api. Namun, api semakin marak.
YOU ARE READING
Milik Ziyyad Mateen
RomancePemergian ahli keluarga diusia kecil benar-benar meruntun jiwa seorang ZINNIRAH AISYAH. Tahun berganti tahun dia bangkit meneruskan hidup seorang diri demi satu tekad dan hasrat. Dia harus menjejak kembali dimana keberadaan satu-satunya ahli keluarg...