Zinnirah dan Farhana sedang menikmati makan tengah hari di McDonalds kerana Farhana kata dia teringin makan Prosperity Burger. Zinnirah pun setuju maklumlah Prosperity Burger hanya dijual setahun sekali iaitu di awal tahun.
Tiba-tiba...
"Farhana..." panggil seseorang. Farhana segera menoleh kearah pemanggil tersebut. Zinnirah turut melihat kearah gerangan yang memanggil sahabatnya itu. Farhana tergamam.
"Uwais." sebut Farhana perlahan.
"Farhana. Bagi peluang kat Uwais nak terangkan. Please" pinta Uwais merayu.
"Tak ada apa yang perlu dijelaskan lagi. Apa yang Uwais buat dulu, Farhana masih ingat. " kata Farhana menahan tangis lalu dia segera menoleh kearah bertentangan kerana tidak mampu melihat wajah insan yang disayanginya itu.
Farhana tidak mampu berhadapan dengan Uwais kerana setiap kali dia melihat wajah itu dia pasti akan menangis kerana luka yang pernah lelaki itu tinggalkan untuknya.
"Please. Uwais nak jelaskan" rayu Uwais bersungguh
"Nana.."panggil Zinnirah
Zinnirah POV
"Aku rasa better kau dengar apa yang dia nak cakap"
"Mungkin ada benda yang kau tak tahu"
"Aku tak nak dia tipu aku lagi..."ucap Farhana lemah
"Aku yakin dia ada sebab yang munasabah...Percayalah"
"Ok..Tapi kau kena teman aku..."putus Farhana sambil mengelap air matanya menggunakan tudungnya bawalnya.
"Ini personal matter korang...Aku tak nak sibuk"
"Yelah...Tapi kau jangan tinggalkan aku tau..."kata Farhana
"Takkan aku nak tinggalkan kau..."
"Aku duduk kat meja sebelah korang"
Zinnirah POV End
"Wey. Sorry lambat. Tak ada parking" kata Ziyyad yang baru tiba dari tempat parkir kereta setelah memarkir keretanya.
"Saya bagi awak 10 minit je" kata Farhana dengan angkuh sambil memeluk tubuh. Ziyyad yang menegur mereka juga di abaikan. Suka hati lah! Kawan Uwais ke Pak cik Adira ke!
"Aku nak cakap dengan Farhana. So kau pergilah duduk dengan kawan Farhana kejap" kata Uwais lalu nenunjukkan meja yang diduduki oleh Zinnirah.
Ziyyad segera menoleh kearah meja yang ditunjukkan Uwais. Seorang gadis duduk membelakangi nya. Rasa ingin tahu siapa gadis itu membuatkan Zafran segera berjalan ke arah gadis itu.
"Assalamualaikum" Zafran memberi salam.
Gadis itu segera menoleh ke arah orang yang memberi salam. Lalu dia menjawab salam.
"Waalaikumsalam. Ya. Ada apa?"jawab dan soal gadis itu
Ziyyad tergamam melihat gadis itu. Hatinya berdetak.
"Ni bukan Zinnirah ke?" bisik hati kecil Zafran
"Akhirnya dapat jugak jumpa cikgu Adira ni" bisik hatinya lagi lalu dia tersenyum.
"Kenapa encik?" soal Zinnirah lagi apabila soalannya tidak dijawab.
"Nama awak Zinnirah kan?" soal Zafran ingin kepastian
"Ya... Macam mana encik tahu nama saya?"soal Zinnirah
"Kan kita pernah jumpa kat Sekolah. Saya paksu Adira, Ziyyad".
YOU ARE READING
Milik Ziyyad Mateen
RomancePemergian ahli keluarga diusia kecil benar-benar meruntun jiwa seorang ZINNIRAH AISYAH. Tahun berganti tahun dia bangkit meneruskan hidup seorang diri demi satu tekad dan hasrat. Dia harus menjejak kembali dimana keberadaan satu-satunya ahli keluarg...