1: The Tears

1.2K 84 4
                                    

N O T E

▶Cerita asal : Harry Potter
▶Genre: Fanfiction
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Sebarang unsur yang berbaur kebencian adalah dilarang.
Semua watak adalah milik penulis J.K. Rowling.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hujan yang turun lebat seakan menangisi nasibnya. Musim panas kali ini dikejutkan dengan hujan lebat. Ini adalah pengalaman baru di Hogwarts. Sekolah kepada ahli sihir.

Lelaki itu hanya duduk diam sahaja. Duduk bersendirian di atas bangku di bawah pokok. Dibasahi hujan sendirian. Namun, dia tidak kisah.

Ingatannya berputar mengingati peristiwa pagi tadi. Sebelum dia bertolak ke Hogwarts untuk menyambung pengajiannya untuk tahun ke-7.

Pastikan kamu buat tugas kamu dengan baik kali ini!”

Pang!

Satu tamparan hinggap dipipinya. Lelaki yang berambut perang keputihan itu terteleng kepalanya apabila menerima tamparan yang kuat dari seorang lelaki dewasa.

“Hanya 9 sahaja yang mendapat gred Outstanding dan 1 Poor? Kamu ingat keluarga Malfoy boleh terima ke, Draco Malfoy?!”jerit lelaki itu lagi, Lucius Malfoy.

Pang!

Sekali lagi tamparan hinggap di pipinya di tempat yang sama.

Draco hanya diam.

“Kali ini, kamu kena pastikan kali ini, keseluruhan 10 matapelajaran kamu perlu dapat gred Outstanding, faham?!”marah lelaki itu lagi. Draco hanya mengangguk lambat-lambat.

“Tempat ke-2 dalam akademik bagi tahun kamu? Siapa yang kamu tak dapat kalahkan tu? Siapa yang dapat tempat pertama dalam tahun kamu?!”tanya lelaki itu lagi semakin membara kemarahannya.

“Granger. Hermione Granger.”jawab Draco sambil berpaling ke luar tingkap tidak mahu memandang wajah Lucius.

“Granger? Mudblood? Kamu kalah kepada seorang Mudblood? Kamu sedar tak yang kamu kalah kepada dia?! Kamu tu Pureblood! Sedar diri sikit!”tengking lelaki itu lagi.

Pang!

Untuk kali ketiga, tamparan ayahnya hinggap di tempat yang sama.

Sudah lebam pipi Draco dibuatnya. Hujung bibirnya sudah pecah. Setitik darah mengalir dicelah bibir merahnya.

Draco diam. Disebabkan nama Hermione Granger, dia semakin kuat dimarahi. Semakin bertambah rasa bencinya kepada gadis itu. Benci.

“Sekarang, kamu pergi ke sekolah! Kamu sedang bawa nama Malfoy ke sekolah jadi, pastikan nama Malfoy tu terus bermaruah dalam setiap perkara, faham?!”

“Faham, ayah...”

Tanpa sedar air matanya mengalir bersama hujan yang membasahinya. Memikirkan hubungan antara dia dengan bapanya yang langsung tidak seperti bapa dan anak.

“Draco! Hujan tu! Masuklah ke dalam! Nanti kau demam!”panggil seorang rakannya yang sudah berada di tepi bangunan sekolah itu. Blaise Zabini menggelengkan kepalanya melihat Draco yang masih termenung.

Tiada sahutan langsung. Draco hanya diam langsung tidak berpaling menghadap kawannya.

“Draco! Hujan lebat ni! Nanti kau sakit!”jerit seorang lagi rakannya dari jauh. Jeritan Theodore Nott atau Theo juga tidak dihiraukannya.

Draco tidak kisah. Sekarang, tiada siapa tahu bahawa dia sedang melayan perasaan seorang diri dalam hujan. Ya, dia sedang menangis dalam hujan tanpa sendu.

Setelah beberapa lama panggilan dua orang rakannya, Blaise dan Theo tidak bersahut, dua orang sekawan itu akhirnya membawa diri masuk ke dalam bangunan sekolah Hogwarts membiarkan Draco sendirian untuk melayan perasaannya.










Bersambung...

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now