5: Treatment

514 52 0
                                    

“Kau masih tak nak cerita masalah kau pada aku, ke?”tanya Hermione mengisi kebosanan.

“Kau terlalu menjengkelkan untuk aku ceritakan masalah aku.”kata Draco menyampah.

“Kau tak nak rawat pipi dan hujung bibir kau ke?”tanya Hermione lagi.

“Kau... Kalau nak berada di sini dengan aku, jangan banyak bertanya!”marah Draco.

Tiba-tiba, Hermione mengeluarkan tongkat sakti daripada poket baju sekolahnya.

Tongkat sakti itu dihala tepat ke muka Draco. Terkejut sakan lelaki itu dibuatnya.

“Kau nak sihir aku, ke?!”tanya Draco terkejut.

Hermione menayangkan wajah bosan.

“Rawat kaulah!”

“Tak payah, aku-...”

“Diam. Pegang payung ni!”arah Hermione memotong percakapan lelaki itu.

“Berani kau arah aku, Mudbl-...”

Aku tahu kau tak bawa tongkat sakti kau sekarang untuk rawat lebam di pipi kau tu. Kalau tak, kau mesti dah lama rawat diri kau sendiri, kan? Kau kan kedua terhebat selepas aku di sekolah ni.”kata Hermione bosan.

“Ap... Apa?!”tanya Draco tidak mengerti.

“Pegang jelah payung ni sekejap, apa susah?!”arah Hermione manayangkan muka naik angin.

“Ya, lah!”

Payung merah itu terus bertukar tangan. Kali ini, Draco pula yang memayungi mereka berdua.

Draco dapat lihat yang Hermione kelenguhan kerana memegang payung dengan begitu lama. Gadis itu meregangkan otot di bahu dan lengannya sebelum sekali lagi menghala tongkat sakti ke arah Draco.

Hermione menggumam bahasa lain lalu tongkat sakti itu bercahaya.

Draco memandang wajah Hermione yang begitu tekun merawat pipinya. Gadis itu menggigit bibir bawahnya, itulah tabiat yang dia selalu perasan apabila gadis itu begitu fokus akan sesuatu.

Draco mula memerhatikan gadis dihadapannya. Gadis yang bernama Hermione Granger lebih cantik daripada dahulu. Jika dulu gadis itu mempunyai rambut macam semak-samun pada tahun pertama mereka di sekolah, tapi sekarang rambutnya sudah bertukar kepada separa keriting yang beralun. Mukanya lebih matang. Matanya lebih bersinar. Lebih kelihatan kearah seorang gadis apabila senyap begini.

Beberapa ketika merawat Draco, kesan lebam di pipinya akhirnya hilang. Hujung bibirnya yang pecah juga sudah sembuh.

Hermione terus mendongak untuk memandang ke arah Draco. Apa yang dia nampak, Draco sudah pun memandangnya. Sejak bila? Hermione tertanya-tanya. Mukanya kembali merah.

“Dah siap.”

Draco menyentuh pipinya. Rasa sakit sudah pun hilang.

“Untuk ahli sihir yang terpintar dalam tahun yang sama, sihir penyembuhan kau mengambil masa yang lama.”komen Draco.

“Tu ke cara kau berterima kasih? Sungguh sopan.”sindir Hermione. Tongkat sakti miliknya disimpan kembali ke dalam poket.

“Aku tak akan berterima kasih kepada kau.”kata Draco.

Hermione hanya menjongketkan bahunya sahaja.

“Nah, pegang balik payung kau.”

Hermione hanya diam sahaja mengambil semula payungnya daripada tangan Draco.

“Hujan masih lebat...”gumam Hermione kepada diri sendiri. Kepalanya menunduk memandang rumput di tanah.

“Kau masih tak mahu masuk ke dalam?”tanya Hermione.

“Kau pergilah.”

“Aku tak akan biarkan kau dalam hujan. Nanti kau jatuh sakit!”

“Aku tak nak masuk ke dalam. Kalau aku masuk ke dalam dengan keadaan kau yang masih tak nak lepas payungkan aku, pelajar lain akan pandang pelik ke arah aku!”

“Jadi...”



















Bersambung.....

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now