3: Need It

591 61 1
                                    

Hermione sekali lagi diam tidak berganjak.

Draco mengeluh perlahan.

“Untuk kali ini saja.”kata Draco tiba-tiba.

“Apa?”

Draco melepaskan keluhan malas.

“Untuk kali ini saja, aku akan beri kau duduk di atas bangku ni sebelah aku. Kau tak lenguh ke jadi ‘patung’?”kata Draco seraya bertanya.

Hermione tergamam mendengar perlawaan Draco.

“Aku masih tak nak masuk ke dalam jadi sebab tu aku beri kau duduk. Banyak kali aku halau kau pun, kau tu buat macam orang pekak. Degil gila. Tak faham bahasa.”kata Draco dan mengutuk Hermione pada masa yang sama.

Hermione diam. Perlahan-lahan gadis itu mengambil tempat bersebelahan Draco.

Namun, Hermione memberikan Draco jarak yang sejauh mungkin demi keselesaan lelaki itu. Tangannya masih tidak lepas daripada memayungi Draco seorang diri.

Sekali lagi, Draco mengeluh tertekan.

“Kau tak payahlah nak payungkan aku. Risaukan diri kau tu dulu! Dari tadi basah lencun.”kata Draco malas.

Hermione berpaling ke arah Draco dengan senyuman sinis. Seakan senyuman gadis itu berbaur sindiran pun ada buat Draco.

“Kau risaukan aku ke?”tanya Hermione tetapi terus diam apabila mendapat jelingan maut daripada Draco.

“Ta... Tak, ka... Kau lebih perlukan payung ni daripada aku. Sudah sejam kau duduk dalam hujan tadi. Aku baru sepuluh minit saja.”kata Hermione perlahan sedikit tergagap namun, matanya masih memandang tasik itu tanpa perasaan.

Dengan menyumpah seranah dalam hati, Draco terus mendekatkan dirinya di sebelah gadis itu. Hanya sejengkal sahaja jarak antara mereka.

Hermione memandang ke arah Draco dengan pelik. Kerutan di dahi gadis itu muncul, tertanya-tanya sendiri tetapi, payung yang dipegangnya masih tidak lepas daripada memayungi Draco. Sungguh setia.

“Jangan kata apa-apa. Dan jangan salah faham. Aku tak nak pun dekat dengan kau sebenarnya.”kata Draco menyampah lalu memutar bola matanya dengan perasaan menyampah.

Hermione hanya mengangguk lalu membuang pandangan ke arah tasik itu sekali lagi. Suasana antara mereka sepi lagi.

Lama mereka senyap. Janggal, itulah mereka rasa.

Hermione tiba-tiba merasakan ada tangan yang menyentuh tangannya yang sedang memegang payung.

“Dungunya kau...”kutuk Draco lalu menggerakkan tangan Hermione yang memegang payung untuk memayungi mereka berdua.

“Aku duduk dekat dengan kau ni supaya kau tu berlindung daripada hujan juga. Bukan aku saja-saja nak duduk sebelah kau. Nak harapkan kau alih payung ni dari atas kepala aku, memang taklah.”

Draco terus melepaskan pegangannya di tangan Hermione.

Ergh.... aku pegang Mudblood!”keluh Draco tertekan.

Hermione diam. Walaupun dia terasa hati, dia tidak mahu tumpaskan air matanya di depan lelaki itu.

Hermione tahu yang lelaki itu mempunyai masalah jadi, dia hanya berusaha untuk bersabar sahaja daripada mulakan pergaduhan.

Sekali lagi, mereka diam. Hujan lebat masih lagi tidak berhenti. Langit pula semakin lama semakin gelap.

Sedar tak sedar, sudah setengah jam mereka di dalam hujan yang hanya berlindungkan satu payung merah.

















Bersambung....

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now