Gedebuk!
Bunyi sesuatu jatuh mengganggu Draco daripada mimpinya.
“Ergh... Tak guna....”desah suatu suara berbaur geram.
Draco terus membuka kelopak matanya. Badannya dibangkitkan dari pembaringannya.
“Granger!”terkejut Draco apabila melihat Hermione sedang terduduk di atas lantai.
Draco terus mendekati Hermione dan mendukungnya dengan kedua belah tangannya.
“A... Apa yang kau buat ni?”Hermione mula berasa malu dan segan apabila badannya begitu dekat dengan lelaki itu.
“Duduk diam-diam atas katil ni.”arah Draco. Kemudian, Draco terus meletakkan Hermione diatas katilnya tadi.
“Malfoy? Kau buat apa dekat Hospital Wing lewat malam ni? Kau pun demam ke?”tanya Hermione laju.
“Aku di sini sebab nak temankan kau. Kau saja yang demam, aku tak demam pun.”kata Draco.
Hermione hanya mengangguk perlahan.
“Kau nak kemana tadi?”
“Aku ingat nak balik semula ke dorm.... Tapi, kaki aku tak cukup kuat untuk berjalan, sebab tu aku jatuh...”kata Hermione seakan berbisik tetapi, Draco dengar dengan jelas.
“Sebelum tu, kau kena ambil potion.” Draco terus menghulurkan dua botol cecair kepada Hermione.
Hermione tanpa banyak bicara terus mengambilnya dari tangan Draco dan meminumnya.
Draco hanya memerhatikan sahaja Hermione.
Setelah Hermione meminum kedua-dua cecair tadi, gadis itu terus ingin turun daripada katilnya.
“Aku kata duduk diam-diam, kan? Kau rehat sahaja di Hospital Wing untuk malam ni.”kata Draco sambil menahan Hermione dari pergi.
Hermione mula kalut.
“Tapi... tapi, aku... Aku.... takut bersendirian.”kata Hermione tetapi menggumam ayat terakhirnya supaya Draco tidak dengar.
“Kalau macam tu, aku akan temankan kau.”
“Tapi...”
“Duduk diam dan kembali tidur. Jangan risau, aku akan temankan kau. Jadi, kau tak perlu takut bersendirian.”kata Draco lalu duduk di atas katil sebelah katil Hermione.
Hermione mula merona merah. Hanya mereka berdua sahaja di dalam Hospital Wing. Malam pula sudah lewat. Madam Pomfrey sudah kembali ke biliknya.
“Tidur sahaja, Hermione.”arah Draco.
Hermione mula rasa gelisah dan segan tahap dewa.
Hermione kemudian tiba-tiba turun dari katilnya dan berlari ke pintu hospital.
Draco yang melihat Hermione lari, terus sahaja mengejar gadis itu dari belakang.
Tiba-tiba, Draco terus menyambar pergelangan tangan Hermione daripada belakang.
“Le... Lepas!”pinta Hermione gelisah.
“Tak. Kau kena duduk dalam Hospital Wing malam ni. Kau demam! Lagipun, aku dah janji dengan Madam Pomfrey supaya temankan kau!”kata Draco.
Tiba-tiba, Draco terus mendukung badan Hermione.
Hermione meronta-ronta meminta dilepaskan tetapi, Draco cukup kuat untuk menahan rontaan Hermione.
Draco terus membaringkan badan Hermione di atas katilnya tadi. Kali ini, Draco turut berbaring di tepi Hermione. Tangannya memeluk pinggang Hermione.
“Malfoy!”marah Hermione sambil merona merah. Tangannya cuba untuk melepaskan pegangan Draco dipinggangnya.
“Lepaskan...”pinta Hermione perlahan apabila tersedar wajah Draco begitu dekat dengannya.
“Tak nak. Kau kena tidur. Jangan risau, aku akan temankan kau...”
“Bukan kau! Bukan Draco Malfoy yang akan temankan aku.”pinta Hermione kalut.
“Nak buat macam mana? Nak panggil kawan kau dari dorm Griffindor? Aku tak tahu password rumah korang.”kata Draco selamba.
“Lepaskan.”
“Tak. Kau tak boleh lari dari Hospital Wing. Dan, aku tak akan biarkan kau lari.”
Bersambung....
YOU ARE READING
RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓
FanfictionDraco Malfoy asyik menangisi nasibnya di tepi tasik yang bernama Black Lake. Hujan lebat yang turun seakan menangisi nasibnya. Lelaki itu bermandi hujan merenungi nasibnya sendiri. Namun, datang seseorang yang sanggup memayunginya dikala hujan lebat...