6: Give The Umbrella

504 51 1
                                    

“Jadi...”

“Ya, aku tak akan masuk ke dalam bangunan sekolah selagi hujan tak berhenti.”putus Draco.

Lama mereka berdiam diri. Menanti hujan lebat reda.

“Disebabkan emosi kau dah baik semula, aku akan masuk ke dalam dulu.”kata Hermione tiba-tiba.

Draco terus memandang ke arah Hermione.

“Nah, payung.”kata Hermione lantas menghulurkan payungnya ke arah Draco.

“Untuk apa?”

“Aku tak nak kau sakit. Kau mungkin duduk dalam hujan lebih lama lagi. Jadi.., nah, payung!” Hermione menghulurkan sekali lagi payungnya kepada Draco.

Namun, Draco tidak menyambut huluran gadis itu.

Hermione terus bangun daripada duduknya. Sekali lagi payungnya dihulurkan.

“Jadi, kau akan masuk ke dalam bangunan sekolah tanpa payung?”tanya Draco.

“Ya, lah. Nah, payung!” Hermione terus menarik tangan Draco untuk memegang payung itu.

Draco tersentak apabila tangan Hermione menyentuhnya.

Hermione terus ingin berlari ke arah bangunan sekolah tetapi, sempat dihalang oleh Draco.

Tangan Draco laju menyambar pergelangan tangan Hermione sebelum sempat gadis itu pergi jauh.

“Aku tak akan bawa masuk payung merah ni sekali dengan aku ke dalam bangunan sekolah. Aku dari Slytherin, takkanlah aku nak bawa masuk warna Griffindor!”

Overreacting!”

“Apa-apa sajalah! Nah, ambil semula payung kau.”

“Tak nak! Kau sedar tak yang kau duduk dalam hujan lebat selama sejam tadi? Aku ulang, kau duduk dalam hujan lebat selama sejam! Sejam!”

“Habistu?”tanya Draco sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Guna jelah payung tu! Kau nak duduk disini lama lagi, kan?”

“Siapa kata aku nak duduk di sini lama lagi? Aku cuma nak duduk disini memandangkan kau tak nak berhenti payungkan aku. Kalau aku masuk ke dalam, kau pasti ikut sama sebab kau nak lindungi aku daripada hujan. Aku pun nak masuk ke dalam sebenarnya!”balas Draco balik.

“Sekalipun kau nak masuk ke dalam sekarang, guna jelah payung tu! Ke kau nak berpayung sekali dengan aku?!”

“Tak mahu aku! Nanti orang lain fikir bukan-bukan!”kata Draco cepat-cepat.

“Jadi, guna jelah payung tu. Aku tak kisah. Aku boleh masuk ke dalam tanpa payung.”

“Aku tak nak pelajar lain tengok aku bawa payung merah ni! Sekali tengok pun dah tahu ni bukan milik aku.”

“Jadi, bila kau sampai di bangunan sekolah, buang je payung tu.”

Draco diam. Kemarahan mereka berdua semakin membara hanya disebabkan oleh payung merah. Hanya payung merah ni.

“Jadi, kalau kau pun tak nak payung ni, fine!” Dengan itu, payung merah di tangannya terus dilepaskan. Payung merah itu terus dibawa terbang oleh angin.

Mereka berdua sama-sama basah kerana hujan lebat.

Draco memberi senyuman sinis sambil memandang tepat ke dalam anak mata coklat Hermione.

Hermione terdiam. Kemudian, bibirnya pula yang mengukir senyuman sinis.

Draco pelik.

Hermione terus mengeluarkan tongkat sakti dalam poket bajunya.

Accio, umbrella!”

Tangannya terus menangkap payung yang kembali semula ke tangannya.

“Nah, payung!” Hermione terus mendekatkan dirinya kepada Draco memayungi lelaki itu daripada terus lencun.

Draco tidak lagi basah kerana hujan lebat. Hermione ada untuk lindunginya daripada hujan.

Draco terkedu.

“Ke... Kenapa?”






Bersambung.....

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now