9: Since When

500 50 1
                                    

“Sejak bila? Sejak bila kau... kau tahu... umm... perasaan kau.... tu muncul?”tanya Draco tergagap. Tangannya meraba belakang lehernya.

Hermione diam lagi. Lama.

“Sejak tahun pertama...”kata Hermione perlahan. Keluhan dilepaskan.

Draco tersentak.

“Ta... Tahun pertama?”terkelu lidah Draco.

Hermione tidak senang duduk.

“A... Aku nak pergi masuk.”kata Hermione lantas ingin berlalu pergi.

Draco sekali lagi lebih pantas memegang pergelangan tangan Hermione.

“Lepas! Aku tak nak duduk dengan kau lagi. Aku nak masuk.”Hermione cepat-cepat kata apabila tangannya ditarik ke arah Draco.

Terlepas payung merah itu daripada tangannya. Hermione sudah tidak kisah. Apa yang dia inginkan sekarang adalah lari daripada lelaki itu.

“Aku belum habis lagi!”

“Tapi aku dah habis!”

“Aku nak tanya lagi!”

“Kau janji tu soalan terakhir kau!”

“Siapa yang tidak tertanya-tanya bila ada yang kata dia sukakan seseorang?!”

“Kaulah orang itu?!”

Air mata Hermione akhirnya tumpaskan juga di hadapan Draco.

Namun, Draco tidak perasan. Air hujan yang mengalir di wajah Hermione menyembunyikan air matanya.

“Aku cuma nak tahu kenapa kau nak lari daripada aku sekarang ni?”

“Aku tak nak dimalukan oleh kau sekarang selepas kau tahu yang Mudblood ada hati pada kau, puas hati?”jerit Hermione lantang. Tangisannya mula kedengaran.

Waktu itulah Draco tahu bahawa gadis itu sedang menangis.

“Kau pasti ejek aku sebab aku ni, seorang Mudblood dah enam tahun sukakan seorang lelaki yang menganggap diri aku ni sebagai musuh. Sungguh menyedihkan.” Hermione melepaskan nafasnya.

“Aku nak pergi buat persediaan menghadapi tindakan yang mungkin akan kau lakukan dimana boleh memalukan aku memandangkan kau dah tahu perasaan aku.”kata Hermione sambil tersedu-sedan menahan tangisan.

Hermione terus ingin berlalu pergi.

“Tunggu, kenapa kau terfikir yang aku akan buat macam tu dekat kau?!”

“Sebabnya, kau tu Draco Malfoy! Kau tak sukakan Mudblood macam Aku ni. Aku ada darah Muggles.”kata Hermione bengang dan seakan mengutuk dirinya sendiri.

“Kau dah pernah buli aku dan kawan aku sebelum ni, tak mustahil kau akan lakukan benda yang sam-...”

Kata-katanya terhenti apabila ada yang menhentikannya.

Sebelum sempat Hermione habiskan ayatnya, Draco terus mengambil langkah dengan memberikan ciuman di bibir Hermione.

Gadis itu tergamam.

Hermione masih keliru dengan tindakan lelaki itu. Adakah Draco betul-betul menciumnya sekarang? Betulkah ini bibir Draco yang hinggap di atas bibir seorang Mudblood? Draco itu? Draco Malfoy tu?!

Ciuman pertama mereka di dalam hujan yang lebat. Pada cuaca yang tidak berapa nak elok. Suasana yang hampir gelap.

Lama Draco menciumnya, Hermione tidak tahu nak buat apa. Dia tidak membalas ciuman itu. Dan dia juga tidak melepaskan ciuman itu pergi.

Hermione tidak tahu nak buat apa.









Bersambung....

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now