8: Last Question

514 51 0
                                    

“Ba... Baiklah...”Draco mengalah.

“Apa sebab pipi kau lebam?”tanya Hermione lalu membuang pandangannya jauh daripada terus menatap anak mata kelabu milik lelaki itu.

Draco mengeluh. “Aku ditampar oleh ayah aku. Tiga kali.”pendek sahaja jawapan diberikan Draco, tidak mahu cerita pasal sebab kenapa ayahnya menamparnya.

Hermione hanya mengangguk sahaja.

“Giliran aku. Kenapa kau begitu ambil berat pasal aku hari ini?”tanya Draco laju.

“Itu sebab aku nampak kau duduk dalam hujan.”jawab Hermione bosan.

“Bukan, maksud aku alasa-...”

“Giliran aku.”dalih Hermione sebelum Draco bertanya lebih awal. Draco mengeluh marah.

“Kenapa ayah kau tampar kau?”

Draco menarik nafas dengan dalam. Dia tahu pasti gadis itu akan tanya soalan tu.

“Aku hanya dapat 9 gred Outstanding dan 1 gred Poor dalam peperiksaan.”

Hermione terdiam. Gred Outstanding adalah paling tinggi dalam peperiksaan. Hanya 1 gred gagal, Draco ditampar sedemikian? Itu sungguh tidak adil.

“Giliran aku.”

“Kenapa kau begitu bersungguh-sungguh kisah pasal aku? Tolonglah jujur.”tanya Draco serius.

Hermione diam. Wajahnya berpaling ke arah kanan tidak mahu Draco melihat wajahnya.

“Baiklah, sebab yang lainnya... Aku sukakan kau...”kata Hermione perlahan.

Draco terkedu. Bukan itu jawapan yang dia sangka akan keluar daripada mulut musuhnya.

Hermione merona merah tanpa diketahui Draco.

Walaupun sedikit, Draco dapat mengesan pipi Hermione yang memerah.

“Se... Sejak bila?”

“Giliran aku. Kenapa kau benci aku sangat-sangat?”tanya Hermione separuh terdesak. Wajahnya berpaling mencari anak mata Draco.

Draco terdiam apabila terpandang anak mata Hermione yang begitu setia menunggu jawapan darinya.

Draco mengeluh.

“Sebab aku benci muggles dan Mudblood.”

Hermione diam. Dadanya terasa sesak apabila mendengar jawapan dari Draco. Muggles ialah bukan ahli sihir manakala Mudblood atau sebenarnya ialah Muggle-born ialah ahli sihir daripada keturunan ibu bapa yang bukan ahli sihir. Istilah Mudblood itu sangat tidak beradab dan tidak sopan dalam perbualan beradab. Sebab itulah Hermione terasa hati.

Hermione terasa butir matanya panas. Air matanya hampir mengalir. Saat itu, terasa rendahnya dia di mata lelaki yang bernama Draco Malfoy.

“Aku dah tak nak teruskan sesi menjawab soalan ni lagi.”kata Hermione perlahan. Sebak menguasai jiwanya.

“Soalan terakhir.”

“Aku kata tak nak.”

“Tapi, aku tetap nak tanya!”

“Aku tak na-...”

“Bukan kau sukakan Weasel ke selama ni?”tanya Draco laju. Matanya memandang gadis disebelahnya penuh tanda tanya.

Weasel hanyalah nama panggilan yang diberikan oleh Draco. Nama sebenar ialah Ron Weasley, kawan baik Hermione dan Harry Potter. Mereka bertiga sentiasa mempunyai masalah dengan Draco dan kawan-kawannya.

Hermione mengeluh.

“Kami kawan sahaja. Lagipun, dia sukakan orang lain, Lavender Brown.”kata Hermione perlahan.

“Sejak bila ka-...”

“Kau kata tadi soalan terakhir kau!”marah Hermione tiba-tiba.

Draco diam memandang Hermione yang masih lagi kemerahan.

“Granger, kali ni... ni soalan terakhir aku...”pujuk Draco lalu menyelit rambut Hermione yang terjuntai di dahi ke belakang telinga gadis itu.

Hermione terkedu.

“Apa... Soalannya?”

















Bersambung.....

RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓Where stories live. Discover now