Bang!
Bunyi dentuman pintu yang kuat. Dia sudah sampai di Hospital Wing.
"Sila senyap!"arah seorang wanita.
"Madam Pomfrey..."sapa Draco terus sambil menundukkan sedikit kepalanya.
"Saya masih boleh melawat, kan?"tanya Draco.
"Nak melawat siapa? Hari ini tiada pelajar yang ditahan di hospital."kata Madam Pomfrey pelik.
Draco terus meliarkan pandangannya dan mencari Hermione. Memang betul, tiada seorang pun pelajar.
"Dimana dia?"
"Siapa, Mr Malfoy?"tanya Madam Pomfrey.
"Granger."jawab Draco laju.
"Dia baru sahaja keluar dari sini tadi."
"Ta... tapi, dia kan demam? Bukankah dia sepatutnya berehat di sini?"tanya Draco pelik.
"Dia hanya datang untuk meminta sedikit potion. Jadi, saya telah berikannya separuh botol kecil potion untuk dia."kata Madam Pomfrey.
Draco terus bergegas keluar dari Hospital Wing lalu berlari laju di sepanjang koridor sekolah untuk pergi ke depan pintu bilik umum Griffindor.
Belum sempat Draco tiba di bilik umum Griffindor, matanya tertangkap satu susuk tubuh yang sedang berjalan seorang diri di koridor sekolah.
"Granger!"panggil Draco.
Hermione berpaling untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Apabila dia tahu siapa yang memanggilnya, kakinya cepat-cepat berlari untuk lari dari Draco.
Draco yang melihat reaksi Hermione terus berlari ke arah gadis itu.
"Tunggu! Granger!"panggil Draco ketika mengejar Hermione yang berlari darinya.
"Pergi, Malfoy! Aku tak nak jumpa kau!"jerit Hermione sambil berlari ke dewan utama iaitu Great Hall. Fikirannya sekarang hanyalah ingin lari jauh daripada lelaki itu.
"Tunggu, Granger! Tunggu!"Draco masih lagi cuba mengejar Hermione dari belakang.
Mujurlah dewan itu tidak ada orang. Hermione terus berlari ke meja makan yang berada di hujung dewan.
Kakinya perlahan-lahan berhenti dari meneruskan lariannya.
Hermione tercungap-cungap menarik nafas.
Hermione langsung tidak sedar bahawa dia sekarang tengah demam dan dia baru sahaja gunakan tenaganya untuk lari daripada Draco.
Sekarang Hermione berasa lemah. Nafasnya sudah tidak teratur.
Peluh panas daripada suhu badannya yang tinggi mengalir di dahinya.
Hermione akhirnya terjelopok di atas lantai kelemahan. Hermione merasakan badannya mula rasa pitam.
Matanya terpejam tidak bermaya. Nafasnya tercungap-cungap.
"Gran... Granger?"panggil Draco apabila melihat keadaan Hermione yang duduk di atas lantai dalam keadaan yang tidak bermaya.
Draco terus duduk mendekati Hermione yang duduk di lantai. Payung merah diletak ketepi.
Draco terus meletakkan tangannya di dahi Hermione. Satu saat sahaja, dia terus kalut.
"Kau demam panas!"terkejut Draco.
"Kau sudah minum potion?"tanya Draco.
Hermione masih lagi tercungap-cungap menarik nafas. Perlahan-lahan gadis itu menggelengkan kepalanya.
Draco terus duduk melutut betul-betul dihadapan Hermione yang sudah tidak bermaya.
Tanpa meminta izin, Draco terus sahaja meraba dan mencari di setiap poket baju Hermione untuk mencari potion yang diberikan oleh Madam Pomfrey tadi.
Setelah jumpa dalam jubah sekolah Hermione, Draco terus membuka penutup botol lalu diberikan kepada Hermione.
Namun, Hermione terlebih dahulu jatuh pengsan ke dada Draco.
"Granger!"
Bersambung.....
YOU ARE READING
RED UMBRELLA │ h.g. x d.m. ✓
FanfictionDraco Malfoy asyik menangisi nasibnya di tepi tasik yang bernama Black Lake. Hujan lebat yang turun seakan menangisi nasibnya. Lelaki itu bermandi hujan merenungi nasibnya sendiri. Namun, datang seseorang yang sanggup memayunginya dikala hujan lebat...