Chapter 1

270 25 9
                                    

Roti berinti coklat itu di kunyah perlahan..Air mata yang turut mengalir di kesat dengan belakang tapak tangannya..Di satu sudut di tepi padang sekolah inilah menjadi tempat Jihyo bersendirian mengisi perutnya bila tiba waktu rehat sejak seminggu yang lepas..Dia tidak di benarkan makan di kantin sekolah akibat dari satu peristiwa yang tidak di sengajakan..

"Kau buta ke? jalan tak nampak orang ke?!" herdik seorang pelajar perempuan bernama Soo Ah sambil tangannya mengibas-ngibas kotoran yang melekat di baju sekolahnya itu..Bengang melihat kotoran yang banyak itu tidak semena-mena dia melayangkan satu tamparan ke arah pelajar perempuan yang sedang berdiri di hadapannya..

Ya..pelajar yang baru sahaja menerima tamparan daripada Soo Ah itu adalah Jihyo..Sumpah..Dia tidak sengaja langsung menumpahkan makanan tengaharinya itu ke baju Soo Ah..Entah macam mana kakinya tergelincir sewaktu hendak melangkah ke meja makan yang di sediakan..Di sebabkan ketika itu Soo Ah yang berada di hadapannya,maka baju sekolah pelajar itu yang menjadi mangsa..

Pipinya yang terasa pedih akibat tamparan Soo Ah sedaya upaya di tahan..Dia pasti sesiapa saja pada waktu ini dapat melihat keadaan pipinya yang menjadi merah akibat tamparan itu..Jika di ikutkan mahu menitik air matanya di situ juga..

"Maafkan saya..saya betul-betul tak sengaja.." ucap Jihyo..Tersekat-sekat suaranya..Tangannya meraba-raba pipinya yang terasa panas dan pedih..Siapa sangka hari pertama di sekolah baru,Jihyo telah di hadiahkan penampar oleh seseorang yang dia langsung tidak kenal..

"Tak sengaja kau kata? aku tahu kau sengaja tumpahkan makanan tu kat atas baju aku kan?!" begitu kasar sekali Soo Ah menjawab..Jihyo cepat-cepat menggeleng..Sesungguhnya dia tidak mempunyai niat seperti itu..

Pelajar-pelajar yang berada di lokasi yang sama hanya mampu mendiamkan diri..Tidak kiralah pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan masing-masing hanya mampu menonton adegan yang sedang berlangsung itu..

Bagi sesetengah pelajar,mencari pasal dengan seorang yang bernama An Soo Ah adalah satu kesilapan..Siapa tidak kenal dengan Soo Ah? seorang pelajar yang mempunyai pengaruh yang besar di sekolah tinggi itu..Berasal dari keluarga yang kaya-raya,memiliki paras wajah yang cantik dan di gilai ramai pelajar lelaki bukan saja di sekolah itu,malah di sekolah-sekolah lain yang ada di bandar itu..Kerana kecantikan dan pengaruh yang di miliki,dia berjaya menjadi seorang model sambilan yang menjadi rebutan agency-agency pengiklanan..

Tapi sayang..Kecantikan yang Soo Ah miliki hanya ada pada wajahnya tetapi tidak pada perangai dan sikapnya..Merasa megah dengan segala kelebihan yang dimiliki,Soo Ah menjadi seorang yang sombong dan bongkak..Dia sering saja menggunakan kelebihan itu untuk menindas sesiapa saja yang tidak di sukainya..Sebab itulah pelajar-pelajar di sekolah ini seboleh-bolehnya tidak mahu mencari masalah dengan seseorang yang bernama An Soo Ah ini..

"Mulai hari ni aku taknak tengok kau makan di kantin sekolah ini lagi kalau kau nak terus bersekolah di sini..aku rasa tak perlulah aku jelaskan apa yang aku boleh buat pada kau kan?" Soo Ah mengugut..Jihyo hanya menundukkan kepalanya..

"Jangan nak memekak kat sini boleh tak?? aku nak makan pun tak senanglah!" jerit satu suara..Semua pelajar menoleh ke arah suara itu termasuklah Jihyo..Termasuk ini dah dua kali dia terkejut kerana jeritan orang lain..

Pelajar lelaki itu adalah Koo Junhoe..Sama seperti Soo Ah dia juga salah seorang pelajar yang memiliki pengaruh besar kerana berasal dari keluarga berada..Memiliki wajah yang tampan dan seorang pelajar yang pintar..Tentu sekali Junhoe menjadi idaman pelajar-pelajar perempuan termasuklah Soo Ah..Tetapi nampaknya Junhoe sejenis manusia yang tidak pernah tertarik dengan hal-hal sebegitu..Dia lebih suka bersendirian dan jarang sekali melihat dia bersama pelajar-pelajar lain di sekolah itu..

Prangg!! Junhoe mencampakkan tray makanannya di atas meja..Selera makannya hilang sama sekali..Dia bangun dan berjalan menghampiri Soo Ah dan Jihyo..

"Kalau nak buat bising jangan kat sini tempat orang nak makan..kalau kau nak memekak sila pergi tempat lain..aku nak makan pun tak senang!" betul-betul depan muka Soo Ah Junhoe bersuara..Dia sempat menjeling ke arah Jihyo sebelum berlalu meninggalkan kantin sekolah..

"Ini semua kau punya pasal! baju aku kotor kena marah dengan Junhoe lagi..kau ingat ya,aku tak nak tengok kau makan kat kantin ni lagi!" herdik Soo Ah lagi sebelum dia juga pergi dari situ meninggalkan Jihyo..Sempat Soo Ah menolak Jihyo sehingga gadis itu jatuh terduduk..

"Jihyo..kau tak apa-apa ke?" soal Yoorin yang baru saja tiba di kantin terus saja membantu Jihyo untuk berdiri..Jihyo senyum dan mengangguk..Pelajar-pelajar yang mengerumuni mereka sebentar juga sudah beransur pergi..

"Maafkan aku tak dapat tolong kau tadi..aku pergi ke perpustakaan untuk bertugas..aku terkejut bila di maklumkan yang kau kena marah dengan perempuan plastik tu.." kata Yoorin separuh kesal dan marah..Kalau dia tahu dari awal tadi pasti dia sudah datang ke kantin untuk membantu daripada di marahi oleh Soo Ah..

"Aku tak apa-apa Yoorin..Memang salah aku sebab tumpahkan makanan kat baju dia.."

"Dah mari kita pergi ke bilik rawatan..Pipi kau tu perlu di letakkan sesuatu untuk menghilangkan merah dan bengkak..Tak tahulah tangan perempuan tu tangan manusia atau pun besi.." marah Yoorin lagi..Jihyo hanya menurut kerana saat ini pipinya semakin terasa pedih dan berdenyut-denyut..

Akibat dari eksiden itulah Jihyo tidak lagi makan dan rehat di kantin kecuali jika ada Yoorin yang akan menemaninya..Yoorin adalah seorang pengawas perpustakaan di sekolah itu,jadi kerana tugas dia jarang-jarang sekali makan di kantin sekolah..Jika Yoorin sibuk Jihyo lebih suka menghabiskan waktu rehatnya selama 30 minit itu dengan makan bersendirian di kawasan ini..

"Makan pun menangis ke?" tegur satu suara sehingga mengejutkan Jihyo yang sedang mengelamun..Hampir tercekik dia ketika hendak menelan kunyahan roti di mulut..Cepat-cepat Jihyo meneguk air minuman..

Jihyo menoleh ke arah suara yang baru saja menegurnya..Agak terkejut Jihyo apabila melihat gerangan seorang pelajar lelaki yang bernama Koo Junhoe turut berada di situ..

"Jangan nak terkejut sangat..Tempat ni bukan untuk kau sorang.." Junhoe bersuara lagi..Jihyo pula hanya diam..

Dia memerhati Junhoe dari sisi pandangannya..Lelaki itu sedang duduk di bawah pokok selang beberapa langkah di sebelahnya sambil membaca sebuah buku..

'Sejak bila dia ada di sini?' Jihyo tertanya-tanya sendirian..'Pasti sudah lama sampai dia boleh nampak aku menangis tadi..malunyaaa'

"Maafkan saya kalau saya kacau tempat awak.." ucap Jihyo perlahan..Dia ingin cepat-cepat pergi dari situ..

Junhoe menoleh dan memandang Jihyo..Buku yang sedang di baca kemudiannya terus di tutup dan di simpan di dalam beg galasnya..

"Siapa kata ni tempat aku? aku pun macam kau jugak cuma tumpang berehat..tapi kalau kau nak kata ni tempat aku pun aku tak kisah sebab dah 2 tahun aku memang selalu di sini..Cuma akhir-akhir ni saja aku terpaksa berkongsi dengan orang lain..Lagi satu,kerusi yang sedang kau duduk tu biasanya jadi tempat tidur aku.." Junhoe bersuara sambil memandang tepat ke arah Jihyo..

Mendengar kata-kata Junhoe,Jihyo di serang rasa bersalah..Kalau dia tahu awal memang dia takkan datang ke sini..Patutlah kawasan ini agak terjaga walaupun terletak di sudut padang sekolah..Kawasan ini agak redup dengan pokok-pokok yang rendang..Jujur Jihyo rasa tenang sangat bila berada di sini..

"Saya janji saya takkan kacau tempat awak lagi..hari ni kali terakhir saya jejakkan kaki di sini ya..Saya akan pergi sekarang juga.."

"Kau nak ke sini lagi atau taknak terpulanglah..Aku tak halang..Macam yang aku cakap tadi tempat ni bukan aku punya..Dan kau?..Sampai bila kau nak makan sambil menangis? Aku cukup tak suka tengok orang yang lemah macam kau ni..Apa yang kau takutkan sangat?" pertanyaan Junhoe menusuk tajam ke dalam hati Jihyo..

Jihyo sangat faham Junhoe pasti tahu apa yang telah terjadi sehingga menyebabkan dia mangasingkan diri seperti itu..Manakan tidak Junhoe lah pelajar lelaki yang telah menghentikan Soo Ah dari terus memarahinya sewaktu kejadian tempoh hari di kantin sekolah..

Junhoe kemudiannya terus berlalu meninggalkan Jihyo yang masih termangu-mangu sendirian..

Terima kasih kerana sudi membaca..cerita ini hanyalah khayalan author semata2..i love Koo Junhoe soo much..untuk watak perempuan pulak sy sgt sukakan nama Jihyo..tiba2 teringat Song Jihyo..even dia lebih tua dari June tapi dia sangat cantik..harap2 1 hari nanti iKON akn jd guest dlm runningman..hehehe

She Is My GirlWhere stories live. Discover now