Chapter 4

153 24 0
                                    

Jihyo menghampiri Junhoe yang sedang baring di kerusi sambil menutup mukanya dengan sebuah buku..Jihyo serba salah sama ada mahu terus berbicara dengan lelaki ini atau pergi saja dari situ..Dia mengerling jam di pergelangan tangan..Waktu rehat hanya tinggal berbaki 10 minit saja lagi sebelum dia harus masuk ke dalam kelas semula..

"Awak.." panggil Jihyo berhati-hati..Sunyi..Junhoe tidak menunjukkan sebarang reaksi..

"Awak.." panggil Jihyo lagi..Kali ini Junhoe memberi reaksi dengan mengalihkan buku yang menutup mukanya..Dia kemudiannya bangun dan duduk di kerusi panjang itu..

Jihyo teragak-agak untuk meneruskan bicaranya..Dia bimbang jika kehadirannya ini hanya mengganggu..

"Kau nak apa?" soal Junhoe sambil memandang Jihyo yang masih diam membisu..

Pertanyaan Junhoe memberi sedikit kekuatan untuk Jihyo meneruskan niatnya..Tanpa di suruh Jihyo terus duduk di sebelah Junhoe..

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya di kantin tadi..kalau awak tak halang Soo Ah tadi pasti saya sudah basah lencun.."ucap Jihyo..Junhoe hanya diam..

"Saya Jihyo..Pelajar baru di sekolah ini..Saya rasa awak tahu kita sekelas kan?" Jihyo memperkenalkan diri dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Junhoe..Untuk beberapa minit huluran tangannya masih tidak di sambut..Jihyo menarik kembali tangannya..Nampaknya Junhoe tidak berminat untuk menyambut salam perkenalan itu..

"Tidak mengapalah..Saya nak masuk ke dalam kelas semula..Waktu rehat pun sudah habis..Saya cuma nak ucapkan terima kasih sekali lagi dan saya juga nak minta maaf sebab dah banyak menyusahkan awak..Saya pergi dulu.." Kata Jihyo lagi sebelum bangun untuk balik ke kelas..

"Kau kena lebih berhati-hati selepas ini..Kau belum kenal siapa Soo Ah..Aku yakin lepas ni banyak lagi yang dia akan buat pada kau.." Junhoe akhirnya bersuara..

Agak risau juga Jihyo mendengarnya..Benarkah Soo Ah seorang yang sangat menakutkan sehingga Junhoe memberinya amaran seperti ini..Dia mula merasa tidak sedap hati..

"Adakah Soo Ah tu seseorang yang sangat menakutkan sehingga awak memberi amaran seperti itu kepada saya?.." Jihyo bertanya kembali sambil memandang Junhoe dengan penuh persoalan di riak wajahnya..

"Aku tak takut pun pada perempuan tu..aku cuma nak ingatkan kau..kalau kau nak tahu lebih tentang dia,lebih baik kau tanya orang lain..aku tak berminat langsung dengan dia..apa yang boleh aku beritahu pada kau cukup perlu kau berhati-hati selepas ini.." Jawapan Junhoe langsung tidak membantu malah membuatkan Jihyo semakin risau dan tidak sedap hati..

"Hmmm..Baiklah..Terima kasih sebab mengingatkan saya..Saya pergi dulu.."

Junhoe memerhati gadis itu yang sedang berlalu pergi..Nampaknya hidup Junhoe tidak lagi boleh setenang dulu..Secara tidak langsung dia sendiri telah terlibat dengan sesuatu yang bakal mengkucar-kacirkan hidupnya selepas ini..

'Apa aku dah buat ni? Sejak bila aku jadi terlalu prihatin terhadap seseorang? Ahhh..Jihyo..Nampaknya kita akan selalu berjumpa selepas ini..'

Tanpa disedari ada sepasang mata leka memerhatikan Jihyo dan Junhoe sejak dari tadi sambil tangannya sibuk merakam sesuatu menggunakan telefon bimbit..Kelibat itu menyorok di sebalik pokok-pokok yang berada di kawasan itu..Setelah puas dengan hasil rakamannya,kelibat itu cepat-cepat beredar dari situ sebelum Junhoe menyedari kehadirannya..

#############

"Yoorin..boleh saya tanya sesuatu?" soal Jihyo kepada teman barunya itu ketika mereka di dalam kelas selepas waktu rehat..Sebenarnya Jihyo asyik teringatkan amaran Junhoe tentang Soo Ah sebentar tadi..Benarkah pelajar yang bernama Soo Ah itu seorang yang sangat menakutkan sehinggakan Junhoe seakan-akan memberi amaran kepadanya..

"Ya..tentu saja..kau nak tanya apa?" balas Yoorin sambil memandang Jihyo..

Sebelum menjawab pertanyaan Yoorin,Jihyo melihat-lihat keadaan sekeliling untuk memastikan tiada konco-konco Soo Ah di dalam kelas itu..Bimbang juga dia kalau-kalau ada yang akan terdengar perbualan dia dan Yoorin..Setelah memastikan keadaan selamat,Jihyo meneruskan pertanyaannya..

"Saya nak tanya..betul ke Soo Ah tu seorang yang....

"Yang menakutkan maksud kau?" belum sempat Jihyo menghabiskan soalannya Yoorin terus mencelah..

"Syyhhhh...perlahankan sikit suara awak tu..."

"Kau tak perlu risau..semua pelajar di sekolah ini kenal benar dengan Soo Ah tu..Dia memang berasal dari keluarga yang kaya raya..Pasal rupa paras rasanya kau dah tahu kan dia tu seorang model sambilan.." Jihyo mengangguk-angguk faham..

"Bab yang menakutkan tu sekarang aku akan jelaskan..Di sebabkan Soo Ah mempunyai pengaruh di sekolah ni,dia boleh buat apa saja yang dia suka..Ramai dah yang jadi mangsa sampai mereka terpaksa berpindah ke sekolah lain..Sebelum ni dia tak lah terlalu mengganas sebab ada ramai lagi senior yang hebat dari dia..Tapi sejak setahun yang lepas,dia mula menunjukkan belang dia tu.."

"Keganasan apa yang dia buat pada pelajar lain?" Soal Jihyo lagi..Dia benar-benar ingin tahu..

"Macam-macam yang dia boleh buat tapi yang paling kejam aku rasa setakat ini,seorang pelajar junior perempuan di buli dengan teruk oleh Soo Ah dan geng-geng dia..Sampai masuk hospital dan terus berpindah ke sekolah lain..Tapi Soo Ah ni pandai dia takkan kotorkan tangan dia yang acah-acah suci tu untuk buat kerja-kerja membuli tu..Jadi selalunya geng-geng dia la yang buat..Kau nak tahu atas sebab alasan apa budak tu kena buli...?" Jihyo mengangguk laju..

Yoorin tersengih-sengih melihat reaksi Jihyo yang sangat berminat untuk tahu..

Belum sempat Yoorin menghabiskan cerita tentang Soo Ah,tiba-tiba saja muncul Junhoe di hadapan mereka sehingga membuatkan mereka berdua terkejut..

"Aku rasa ni barang kau..mungkin tercicir masa kau ke sana tadi.." kata Junhoe dengan muka seriusnya sambil menghulurkan sebuah beg dompet kecil berwarna merah hati betul-betul depan muka Jihyo..

Jihyo mengangguk dan terus mengambil dompet tersebut..

"Terima ka..." belum pun sempat Jihyo mengucapkan terima kasih,Junhoe pun berlalu ke tempat duduknya di barisan belakang..

Sebaik saja Junhoe menghilang,Yoorin terus memandang Jihyo dengan penuh makna..Jihyo yang memahami maksud pandangan itu hanya tersengih-sengih..

"Apa maksud 'kau kesana tadi'?"soal Yoorin penuh minat..

"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? lagi satu,sejak bila pula kau berkawan dengan Junhoe tu? kau dengan dia ada apa-apa hubungan ke?" soalan demi soalan di ajukan kepada Jihyo..

Jihyo merenyih mendengar soalan-soalan dari Yoorin..

"Tak ada apa-apa pun..Semuanya secara kebetulan.." Jujur Jihyo menjawab..

"Kalau awak nak tahu,dia lah pelajar lelaki yang menghalang Soo Ah dari menyiram saya dengan air rehat tadi..Kalau Junhoe tak halang pasti saya sudah basah lencun.." cerita Jihyo..

Yoorin serta-merta membulatkan matanya selepas mendengar cerita Jihyo..

"Kenapa awak buat mata macam tu? ada yang tak kena ke?" soal Jihyo apabila melihat reaksi Yoorin..

"Habislah kau Jihyo..Macam mana aku nak tolong kau ni?" Yoorin bersuara cemas..

Jihyo semakin pelik dengan kelakuan Yoorin..Apa salah yang dia sudah buat sehingga Yoorin cemas seperti itu?

"Awak kenapa ni? tolonglah beritahu saya..Jangan takutkan saya macam ni.." pinta Jihyo..

"Soo Ah sangat sukakan Junhoe..Dia tidak boleh dengar walau sebaris ayat yang ada pelajar perempuan lain berhubungan dengah Junhoe..Walaupun hanya bercakap sepatah perkataan..aku cuma risau kau akan jadi mangsa seterusnya.." Yoorin akhirnya meluahkan kebimbangannya..

Berkerut-kerut dahi Jihyo mendengar kata-kata Yoorin..Perasaan takut serta-merta menerpa dirinya..Dia yakin kini,peristiwa di kantin waktu rehat tadi akan menyusahkan dirinya selepas ini..Untuk sesaat dua Jihyo mengerling Junhoe yang sedang leka bermain dengan telefon pintarnya..

She Is My GirlWhere stories live. Discover now