"Ambil lah roti ni sebagai ucapan terima kasih saya.." Jihyo menghulurkan sebungkus roti kepada Junhoe sebaik saja lelaki itu tiba di tempat biasa Jihyo menghabiskan waktu rehatnya..Sejak dari tadi lagi Jihyo menunggu kedatangan Junhoe..
"Terima kasih untuk apa?" Soal Junhoe dingin..Roti yang di hulur tidak di ambil malah dia terus saja duduk di sebelah Jihyo..
"Terima kasih sebab awak dah temukan dompet saya tempoh hari.." jawab Jihyo..
Junhoe memandang Jihyo untuk seketika sebelum matanya kembali leka melihat telefon pintar di tangannya..
"Aku terjumpa dompet kau yang tercicir di sini..Bukan aku susah-susah cari..Tak perlulah kau berterima kasih pada aku.." balas Junhoe tanpa memandang Jihyo..
"Apa-apa pun terimalah roti ni..Saya ikhlas bagi kat awak..ambil lah eumm?" Sekali lagi Jihyo menghulurkan roti yang di beli untuk Junhoe sambil tersenyum manis..
Junhoe mendengus kecil sambil tangannya menerima juga roti yang di hulurkan..Dengan pantas plastik yang membalut roti itu di buka dan terus menggigit sebahagian roti tersebut dan mengunyahnya..
"Puas hati?" Soal Junhoe sambil mengangkat keningnya sebelah..
Jihyo tersengih sambil mengangguk-angguk..
Melihat tindak balas Jihyo,Junhoe ketawa sinis..'Macam budak-budak' kata Junhoe di dalam hati..Mulutnya masih terus mengunyah roti..
Satu tin cola di letakkan sebelah Junhoe..
"Saya rasa awak tak suka susu jadi saya belikan awak cola..Minumlah.." Kata Jihyo..
Junhoe segera mencapai tin cola tersebut dan terus meneguknya...
"Walaupun awak nampak seperti seorang yang dingin,tapi saya percaya awak seorang yang baik..Saya suka lelaki macam awak.." pengakuan Jihyo yang tiba-tiba membuatkan Junhoe tersedak..Tersembur cola yang di minumnya..
"Maafkan saya.." ucap Jihyo..Cepat-cepat tisu yang berada di dalam poket skirt uniformnya di keluarkan dan secara automatik tangannya terus mengelap mulut Junhoe yang telah menjadi comot..
Sedang kelam kabut Jihyo mengelap mulut Junhoe,mata mereka bertaut..Tangan Jihyo terus kaku di bibir lelaki itu..Junhoe juga bereaksi sama..Untuk beberapa saat mereka saling bertatapan..Pandangan mata Jihyo yang redup membuatkan jantung Junhoe berdebar secara tiba-tiba..'Sungguh cantik sepasang mata yang berwarna hazel ini' bisik Junhoe di dalam hati..Jihyo juga begitu..Leka memandang wajah kacak yang sedang menatapnya dengan pandangan seribu makna yang penuh misteri namun tetap menawan..
Loceng yang berbunyi kuat menyedarkan mereka berdua..Jihyo dengan pantas terus bangun untuk balik semula ke kelas tanpa berkata apa-apa kepada Junhoe yang juga masih dalam keadaan terpinga-pinga..Di sebabkan terkejut,Junhoe juga tergesa-gesa berlalu dari situ tanpa mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas kerusi..
..............######################........
Jihyo memandang lama nota kecil bertulis tangan yang berada di dalam genggamannya..Seorang pelajar perempuan menyerahkan nota tersebut sewaktu dia mahu masuk ke dalam kelas selepas waktu rehat tadi..Di nota itu tertulis meminta Jihyo datang ke makmal lama bangunan sekolah Blok B..Jihyo mula rasa tidak sedap hati..Dia pasti ini adalah arahan dari Soo Ah..
'Apa pula kesalahan yang dia telah lakukan kali ini?' Jihyo tertanya sendiri..
Yoo rin yang perasan akan kegelisahan Jihyo mula bertanya..
"Kau ni kenapa? aku tengok kau macam gelisah je? Kau tak sihat ke?"
Jihyo menggeleng..Dia perlu berlagak tenang..Dalam nota itu juga berpesan supaya jangan memberitahu sesiapa tentang hal itu..
![](https://img.wattpad.com/cover/177097051-288-k808476.jpg)
YOU ARE READING
She Is My Girl
Fanfiction"Sebenarnya saya sukakan awak.." Jihyo.. "Aku pun sukakan kan kau..can you be my girl?" Junhoe.. "Aku takkan mengalah dengan kau Jihyo..Junhoe aku punya.." Soo Ah..