Pagi-pagi lagi model sambilan yang bernama Soo Ah sudah mengamuk dan terjerit-jerit seperti orang hilang akal di dalam kelas selepas menonton satu rakaman video yang telah di kirim oleh seseorang ke telefon pintarnya..
Beberapa orang pelajar perempuan yang lebih selesa di gelar sebagai konco-konco Soo Ah yang berada di sekeliling model sambilan itu turut terdiam dan membatu kerana ketakutan melihat kelakuan ketua mereka yang sudah tak ubah seperti orang kerasukan hantu..
Tanpa belas kasihan,telefon pintar edisi terbaru miliknya itu di lempar ke dinding kelas sehingga berkecai..
Mata-mata yang melihat hanya mampu menelan air liur masing-masing kerana sayang melihat telefon yang mahal itu sudah tidak berupa lagi..
"Kau memang sengaja mencari pasal dengan aku Song Jihyo..Kau tunggu pembalasan dari aku.." Gumam Soo Ah dengan riak muka yang penuh kemarahan..
Dengan perasaan yang penuh marah dan sakit hati Soo Ah mengimbas kembali mengapa kehadiran pelajar baru yang bernama Song Jihyo itu seakan-akan memberi ancaman kepadanya..
Ini bukanlah kali pertama dia menyusahkan hidup pelajar lain di sekolah itu,malah ada lagi penderaan yang lebih teruk Soo Ah pernah lakukan..
Tetapi,selepas Soo Ah melihat sendiri dengan matanya bagaimana Junhoe pernah memandang Jihyo dengan satu pandangan yang lain daripada biasa,Soo Ah dapat mengagak lelaki yang sangat di sukainya itu sudah menaruh hati kepada Jihyo..Bukan sekali tapi sudah berkali-kali Soo Ah menangkap perlakuan Junhoe setiap kali dia masuk ke kelas lelaki itu..
Pada mulanya Soo Ah langsung tidak berminat untuk terlibat dengan Jihyo kerana bagi Soo Ah pelajar baru itu hanyalah seorang gadis yang biasa-biasa..Soo Ah juga melevelkan kecantikan Jihyo tidak mampu menandingi kecantikan wajahnya malah ada lagi pelajar perempuan lain yang lebih cantik dari Jihyo..Keluarga Jihyo juga bukanlah orang berada cuma mungkin Jihyo lebih pandai darinya.. Tetapi itu tidaklah menjadi punca untuk Soo Ah mengganggu pelajar baru itu..
Soo Ah berusaha mencari idea bagaimana caranya untuk dia memulakan persengketaan dengan Jihyo..Kalian kini sudah pasti bukan,kejadian di kantin tempoh hari adalah sesuatu yang telah di rancang oleh Soo Ah dan konco-konconya dengan sengaja sebagai punca untuk Soo Ah memulakan rancangan jahatnya terhadap Jihyo..
Motifnya hanya satu..Soo Ah mahu menyingkirkan pelajar baru itu sebelum terjadi apa-apa antara Jihyo dan Junhoe..Sesungguhnya dia tidak sanggup sekiranya Junhoe menjadi milik sesiapa pun kecuali dirinya..
#########################
Suasana riuh dan bising yang agak luar biasa di koridor kelas 5A1 dan 5A2 menghairankan Jihyo yang baru tiba di sekolah..Nampaknya ramai pelajar perempuan yang sedang berkumpul dipintu kelasnya seperti melihat sesuatu yang luar biasa..Reaksi masing-masing kelihatan teruja dengan apa yang sedang mereka lihat..
Perasaan ingin tahu membuatkan langkah Jihyo semakin laju untuk masuk ke kelasnya..Kesesakan yang di buat oleh pelajar-pelajar perempuan menyukarkan Jihyo untuk masuk ke dalam kelas..Sebaik saja berjaya meloloskan diri dari pintu masuk,mulutnya terus ternganga dengan luas kerana terkejut dengan apa yang sedang di lihatnya..
Seorang pelajar baru lelaki yang memiliki paras wajah yang sangat tampan dengan rambut berwarna brown gold dan tinggi lampai sedang elok duduk di salah satu meja di kelas itu..Patutlah semua pelajar perempuan bersorak-sorak seperti melihat seorang artis..Yang paling mengejutkan pelajar baru itu adalah seseorang yang sangat Jihyo kenali..
"Kang Daniel?!" Jihyo melontarkan suara dengan nada terkejut..Pelajar baru yang berjantina lelaki itu menoleh apabila namanya di seru..Melihat Jihyo yang masih kaku berdiri,dia tersenyum dengan manis sekali dan terus berjalan ke arah Jihyo..
YOU ARE READING
She Is My Girl
Fanfiction"Sebenarnya saya sukakan awak.." Jihyo.. "Aku pun sukakan kan kau..can you be my girl?" Junhoe.. "Aku takkan mengalah dengan kau Jihyo..Junhoe aku punya.." Soo Ah..