Chapter 2

170 25 2
                                    

Jihyo mempercepatkan langkah ke stesen bas berdekatan rumahnya..Dia benar-benar sudah terlambat untuk ke sekolah..Sebenarnya ikutkan hati Jihyo tidak mahu ke sekolah hari ini kerana dari malam tadi Jihyo di serang sakit kepala dan badannya tidak sihat..Tetapi mengenangkan hari ini dia dan Yoorin harus membuat pembentangan untuk matapelajaran sejarah dia terpaksa juga gagahkan diri walaupun demam dan sakit kepalanya belum berkurangan..

Akibat berjalan dengan laju kepalanya semakin berdenyut-denyut..Sampai saja di stesen bas Jihyo cepat-cepat duduk di kerusi yang di sediakan..Di sebabkan bas pertama untuk ke sekolahnya sudah terlepas Jihyo terpaksa menunggu bas yang seterusnya..

Bau harum citrus yang menyegarkan menusuk ke lubang hidung Jihyo..Serta merta bau haruman itu memberi sedikit kesegaran dan kelegaan buat kepalanya yang sedang sakit...Jihyo benar-benar menikmati haruman itu..

'Siapakah gerangan yang memakai haruman ini?' Jihyo tertanya-tanya..Dia lantas melihat-lihat sekeliling dan tanpa di sedari matanya terpaku kepada seseorang yang turut berada di situ..

"Ohhh dia rupanya.." Jihyo berbisik sendirian..Untuk beberapa saat mata Jihyo masih lagi menatap jasad seorang lelaki yang berada di sebelahnya..

"Betullah kata orang pemilik nama Koo Junhoe ni memang seorang yang kacak..Untung betul gadis yang dapat jadi kekasih dia ni.." Jihyo berbisik sendirian lagi dan tanpa disedari bibirnya mengukir senyum..

"Kau tengok apa?" Serentak dengan pertanyaan itu,kepala Jihyo kembali berdenyut-denyut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau tengok apa?" Serentak dengan pertanyaan itu,kepala Jihyo kembali berdenyut-denyut..Nak pecah dadanya kerana terkejut..'Kau kalau tak terkejutkan orang tak boleh ke?' Mahu saja Jihyo menghamburkan kata-kata itu kepada lelaki yang berada di sebelahnya ini..Tapi kata-kata itu hanya berlegar di kepalanya saja..Lagipun cara Junhoe menegurnya tidaklah menggunakan suara yang kasar..Cuma dia saja yang berlebih-lebih..Jihyo memicit-micit kepalanya yang sakit itu..

"Aku tahulah aku ni kacak tapi tak perlulah kau tenung aku macam tu sekali.." begitulah bangganya ungkapan Junhoe..

Sekali lagi kata-kata lelaki bernama Koo Junhoe itu memberi kesan denyutan yang semakin berganda-ganda di kepala Jihyo..Untuk saat ini Jihyo benar-benar rasa menyesal kerana bertembung dengan makhluk yang sungguh menyebalkan ini..

Mujur bas yang di nanti tiba tepat pada masanya..Jihyo dengan kelam kabut bangun untuk menaiki bas tetapi tiba-tiba pandangannya berpinar-pinar..Kakinya terasa lemah untuk melangkah..Tubuhnya juga terasa lembik serta-merta..Jihyo membayangkan yang dia akan jatuh kerana tidak sempat berpaut pada tiang pintu bas tetapi dia dapat merasakan sepasang tangan telah menyambut tubuhnya dari terus terjatuh..

Jihyo betul-betul tidak percaya yang kepalanya kini elok terlentok di atas bahu seorang lelaki yang tidak pernah terlintas di kepalanya untuk berada sangat dekat seperti itu..Sekali lagi haruman citrus yang di pakai oleh Junhoe telah memberi kelegaan untuk sakit kepalanya..Rasanya mahu saja Jihyo mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lelaki ini tetapi nampaknya ucapan itu hanya tersekat di kerongkongnya..

"Kau ni memang lembik ke apa?" Soal Junhoe..

Mendengar soalan itu,Jihyo mengangkat kepalanya dari terus terlentok di bahu lelaki itu..

"Maafkan saya.." ucap Jihyo..

"Kalau dah tahu tak sihat kenapa pergi sekolah jugak? tak ke kau menyusahkan orang lain?"

"Maafkan saya..saya tahu saya dah susahkan awak..tapi boleh tak awak izinkan saya baring di bahu awak lagi? haruman dari minyak wangi awak benar-benar melegakan sakit kepala saya.." tanpa menunggu sebarang jawapan,Jihyo terus saja melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu lagi..Junhoe pula hanya membiarkan perlakuan gadis itu tanpa berkata apa-apa..Nampaknya dia juga seperti keliru dengan kelakuannya sekarang ini..Kenapa dengan mudah dia membiarkan Jihyo baring di bahunya Junhoe sendiri tidak tahu..

"Sampai bila kau nak tidur? Bahu aku ni dah kebas tahu? dan jarak sekolah kita ni bukan ambil masa sejam untuk sampai.." kata-kata Junhoe mengejutkan Jihyo yang terlena..Nampaknya sakit kepala yang di alami semakin berkurangan..Cuma demamnya sahaja yang masih belum berkurang..

"Ehh..kita dah sampai ke?" Soal Jihyo..Sempat Junhoe menjeling Jihyo apabila mendengar pertanyaan yang di rasakan agak bodoh..Bas telah pun berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah..Junhoe juga sudah bangun untuk turun dari bas..Sempat dia mengurut-ngurut bahunya yang kekebasan..Jihyo hanya tersengih melihatnya..Dia juga turut bangun untuk turun dari bas dan kali ini lebih berhati-hati..

Kelibat Junhoe setelah turun dari bas hilang dalam sekelip mata tanpa belum sempat Jihyo mengucapkan terima kasih..Dia kini sudah berada di dalam kawasan sekolah dan sangat mustahil bagi Jihyo untuk berbicara dengan lelaki itu kerana walaupun mereka sekelas kerana Jihyo pasti jika dia berbicara dengan Junhoe hanya kecaman yang menanti..Jihyo mengeluh kecil sebelum berlalu masuk ke dalam kelas..

She Is My GirlWhere stories live. Discover now