Chapter 5

154 29 2
                                    

Dengan riak wajah yang terpaksa,Junhoe masuk ke dalam kereta mewah di bahagian tempat duduk belakang..Hatinya sekeras-kerasnya mahu menolak permintaan appa dan eomma untuk ke pergi ke majlis hari jadi kawan kepada kedua orang tuanya itu..Sungguh..Dia benar-benar tidak mahu..Tapi apakah daya,kekerasan paksaan dari appanya terpaksa juga di turutkan tambahan pula rayuan dari eommanya membuatkan Junhoe tidak punya pilihan lain..

"Tolong berkelakuan baik sewaktu di sana nanti.." pesan appanya yang duduk di sebelah pemandu..Junhoe hanya diam dan tidak bereaksi sama sekali..Matanya lebih berminat dengan telefon pintar di tangan..

"June,kamu dengar kan apa yang appa cakapkan ni?" soal Tuan Koo apabila Junhoe tidak menyahut kata-katanya..

"Ya..saya dengar.." Jawab Junhoe akhirnya..Dia mendengus kecil..

'Macamlah aku ni budak kecil yang perlu di ingatkan itu dan ini'.. keluh Junhoe di dalam hati..

Puan Koo yang duduk di sebelah Junhoe senyum dan mengusap-usap bahu anak lelaki tunggalnya itu..Dia tahu Junhoe tidak berminat langsung dengan majlis-majlis yang mereka akan hadiri sebentar lagi..Dia faham benar dengan perangai anak lelakinya itu..Tapi sebagai anak kepada seseorang yang berpengaruh,mahu atau tidak Junhoe perlu menyesuaikan diri..

"Terima kasih ya kerana sudi temankan eomma dan appa hari ni.." ucap Puan Koo sambil mengenggam tangan anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang..

"Emm.." hanya sepatah itulah jawapan dari lelaki bernama Koo Junhoe itu tanpa menoleh sedikit pun kepada eommanya..

Setelah lebih kurang dua puluh minit perjalanan,keluarga Koo tiba di sebuah rumah agam indah berwarna putih yang tidak banyak beza dari rumah agam mereka sendiri..Nampaknya ramai juga tetamu yang sudah tiba..Kereta-kereta mewah keluar masuk dari pagar rumah agam itu..Ramai tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan juga ahli-ahli politik yang hadir ke majlis itu..

Setelah turut serta bertegur sapa dengan beberapa para tetamu yang juga kenalan appanya, Junhoe membawa diri dengan duduk di sebuah meja yang di sediakan khas untuk tetamu..Suasana majlis ini nampak meriah dan mewah...Maklumlah individu yang menyambut majlis hari jadinya ini bukan calang-calang orangnya kerana individu itu adalah seorang ahli perniagaan yang bergelar hartawan..

Tetapi Junhoe bukanlah seseorang yang jakun dengan majlis-majlis seperti ini..Malah dia rasa bosan dan muak dengan semua adegan drama mahupun sinetron yang di lakonkan oleh semua orang dalam majlis ini..Termasuklah appa dan eommanya sendiri..

"Hai June.." tegur seseorang..Junhoe berkerut dahi dan terus menoleh ke arah suara itu..Siapakah gerangan yang memanggil nama panggilannya itu sesuka hati..

Di hadapannya kini berdiri seorang gadis yang tinggi lampai dan berpakaian dengan elegan sekali..Dress singkat yang berwarna biru pastel itu menambahkan lagi kecantikkan gadis ini..Tetapi tidak bagi Junhoe..Sebaik saja dia melihat wajah gadis itu dia terus tersenyum kelat yang menandakan dia tidak senang langsung dengan kehadiran gadis itu di sampingnya kerana gadis itu adalah An Soo Ah..

"Kau nak apa?" Soal Junhoe kasar..Soo Ah menyebik..Tanpa di suruh dia terus duduk di sebelah lelaki itu..

Tidaklah hairan bagaimana Soo Ah boleh berada di situ kerana sudah tentu rumah agam ini adalah milik keluarga Soo Ah..Majlis yang keluarga Junhoe hadiri pada hari ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah majlis hari jadi Tuan An ayah kepada An Soo Ah..

"Tak sangka ya kita akan berjumpa di majlis ini..Tapi tak menghairankan pun sebab appa dan eomma kau antara orang paling kaya di daerah ini..Jadi aku boleh andaikan yang orang tua kau dan orang tua aku mungkin kenalan rapat kan?"

Junhoe diam membatu kerana dia langsung tak berminat untuk tahu..

"Kau nampak kacak dengan suite hitam itu.." puji Soo Ah..

"Alangkah bagusnya kalau aku dapat berdampingan dengan kau,June.." kata Soo Ah lagi..

Junhoe menjeling Soo Ah dengan tajam sekali..Sungguh dia benar-benar tidak suka Soo Ah menyebut nama panggilannya itu..

"Jangan sesuka hati kau nak sebut nama panggilan aku.." marah Junhoe..Soo Ah hanya tergelak kecil seolah-olah mengejek Junhoe..

"Kenapa? kau perlu biasakan diri dari sekarang..Lambat laun nanti pasti aku tetap akan terus panggil kau dengan nama itu..Kau akan jadi milik aku June..Kau sepatutnya rasa bangga sebab seseorang seperti aku sangat-sangat sukakan kau..Kau tentu tahu kan di luar sana ramai lelaki yang ingin berdampingan dengan aku..Apa kau tak teringin ke mempunyai teman wanita yang sempurna macam aku ni eumm?" Dengan bangganya Soo Ah memuji dirinya sendiri..Junhoe tetap seperti biasa..Langsung tidak bereaksi..

"Aku rasa dalam 2 tahun ini aku dah cuba untuk menambat hati kau tapi masih belum berhasil..Sebenarnya sebagai seorang lelaki apa yang kau cari dari seorang perempuan sebagai syarat untuk kau memilih sebagai kekasih?" Soal Soo Ah ingin tahu..

Jujur dia mengakui Junhoe seorang lelaki yang agak misteri..Tidak banyak bercakap sewaktu di sekolah..Malahan tidak bergaul dengan pelajar-pelajar lain..Dia hanya dengan dunianya sahaja..Tapi jangan terkejut,Junhoe seorang pelajar yang sangat pintar di sekolah dan wajahnya yang kacak itu telah membuatkan Junhoe menjadi lelaki idaman setiap pelajar perempuan di sekolah mereka..

"Apa yang membuatkan kau berminat terhadap aku ha? aku rasa selepas apa yang kau jelaskan pada aku tadi sudah cukup membuktikan yang kau boleh dapat lelaki lain yang lebih hebat..minta maaf,tapi aku langsung tidak berminat dengan kau walaupun sekelumit.." bidas Junhoe..

"Jangan terlalu angkuh wahai Koo Junhoe..Silap hari bulan kau yang akan tersungkur di kaki aku nanti..Kau belum kenal aku siapa dan apa yang boleh buat untuk dapatkan kau.." Soo Ah mengugut.. Junhoe benar-benar sudah mencabar maruah dirinya..

"Hahahaha!!" Junhoe ketawa dengan kuat namun masih belum mampu menarik perhatian tetamu di majlis itu..

"Aku tak pernah mintak untuk kau sukakan aku sampai macam ni..Apa yang kau rasa dan apa yang kau mahu itu adalah hak kau sendiri..Tapi seperti yang aku katakan tadi,aku langsung tak berminat dengan perempuan macam kau..Selain dengan kecantikan wajah kau yang tak seberapa ni,aku harap kau juga seorang yang faham bahasa.." Junhoe mengakhiri kata-katanya dengan mengangkat punggung dan pergi dari situ..

Seperti panasnya letusan gunung berapi begitulah panasnya hati Soo Ah ketika ini..Kata-kata Junhoe betul-betul telah membuatkan harga dirinya seperti di pijak-pijak oleh lelaki itu..

"Kau terlalu angkuh Koo Junhoe..Kau ingat aku tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam keluarga kau? Semua itu ada dalam genggaman aku..Kalau aku yang bongkarkan rahsia itu,aku pasti keluarga kau terutama appa kau akan hancur.." Soo Ah berkata sendirian sambil menggempal penumbuk amarahnya secara sembunyi..Dia harus bijak mengawal emosinya di hadapan para tetamu walaupun hatinya kini terlalu marah dengan lelaki itu..

She Is My GirlWhere stories live. Discover now