Perutnya yang lapar mendorong Jihyo untuk makan di kantin..Dengan badan yang tidak sihat di tambah pula perut yang benar-benar sedang kelaparan Jihyo sangat berharap agar Soo Ah dan konco-konconya tidak berada di sana..Sesungguhnya dia ingin makan dengan tenang..Tanpa Yoorin,Jihyo melangkah dengan berani menuju ke kantin..Temannya itu harus bertugas di perpustakaan seperti biasa..Jadi berani atau tidak,dia harus memberanikan diri..
Jihyo berasa lega apabila melihat Soo Ah tidak ada di kantin pada waktu ini..Tanpa membuang masa Jihyo terus mendapatkan makanan tengah harinya di tray yang telah di sediakan untuk setiap pelajar di sekolah itu..Jihyo memerhati sekeliling untuk mencari-cari tempat kosong dan ketika itulah dia melihat Soo Ah dan konco-konconya berjalan masuk ke kantin..Dia sangat berharap agar Soo Ah tidak melihat kelibatnya di dalam keramaian itu..
Setelah menjumpai satu tempat kosong di sudut kantin Jihyo terus saja duduk tanpa melihat siapa yang turut makan di meja yang sama..Apa yang Jihyo tahu dia ingin cepat-cepat makan dan beredar..Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Soo Ah tahu tentang keberadaannya di kantin pada waktu itu..
"Kau nak mati tercekik ke makan gelojoh macam tu?" tegur satu suara membuatkan Jihyo hampir tersedak..Rasa-rasanya dia kenal benar dengar suara garau itu..Suaranya yang selalu saja membuatkan dia terkejut akhir-akhir ini dan untuk kesekian kalinya dia terkejut lagi gara-gara lelaki ini..Tekaannya betul.. Tanpa di sangka Jihyo sedang duduk makan semeja dengan Junhoe..
Jihyo merenyih sambil mulutnya penuh dengan makanan..Dia malas membalas teguran Junhoe..Apa yang penting,dia harus segera menghabiskan makanannya..
"Apa yang kau kelam kabut sangat? kalau kau makan macam tu sebab nak mati cepat,aku memang tak kisah..tapi nanti tak pasal-pasal aku terbabit sama sebab makan semeja dengan kau dan lebih teruk lagi aku pula yang kena tuduh.."
Membuntang mata Jihyo mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Junhoe..Bahasa lelaki ini memang selalu macam ni ke? tak ada berbudi bahasa betul! Jihyo mengomel di dalam hati..Dia mula makan secara perlahan-lahan..
"Bukan aku dah pesan ke tak nak tengok muka kau kat kantin kalau aku ada?" Entah bila akhirnya Soo Ah perasan juga keberadaan Jihyo di kantin dan kini perempuan yang bergelar model ini sedang berdiri tegak di sebelahnya dengan memegang secawan air..Jihyo meneguk air liurnya..Dia sangat pasti air yang berada di dalam pegangan Soo Ah itu bertujuan untuk lemparkan kepadanya..Tidak mengapalah..Jihyo malas untuk melayan karenah Soo Ah..Dia meneruskan makan tanpa memandang Soo Ah sedikit pun..Junhoe yang berada di hadapannya turut makan tanpa menghiraukan kehadiran Soo Ah..
"Hei perempuan! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap?" soal Soo Ah kasar..
Sebenarnya pada mulanya Soo Ah tidak mahu pun ambil peduli tentang keberadaan Jihyo kerana sudah hampir dua minggu dia tidak melihat Jihyo makan di kantin jadi Soo Ah merasakan cukuplah setakat itu saja dia menghukum pelajar baru itu..Tetapi apabila melihat Jihyo duduk makan semeja dengan Junhoe,hatinya jadi sakit..Dia sendiri tidak pernah berpeluang untuk mendekati lelaki yang sangat di sukainya itu sedangkan Jihyo yang baru saja berpindah ke sekolah ini sudah dapat makan semeja dengan lelaki itu..
"Maafkan saya..saya hanya mahu makan sekejap saja sebab saya perlu makan ubat..saya tidak sihat dan saya harap awak benarkan saya makan di sini..saya janji tak lama..sekejap saja..ni pun sudah mahu selesai.." Jelas Jihyo seperti merayu..
"Aku peduli apa kau demam ke sihat ke..yang aku tahu aku tak nak tengok muka kau..kau ni memang tak paham bahasa kan?" Soo Ah membalas..Dia sudah bersedia untuk menumpahkan air yang di pegang ke rambut Jihyo..
"Yahh An Soo Ah!" Serentak dengan jeritan itu,Junhoe menahan tangan Soo Ah dari menumpahkan air ke rambut Jihyo..Soo Ah tergamam dengan tindakan Junhoe..Cawan yang berisi air jatuh ke lantai setelah Junhoe menolak tangan Soo Ah dengan kasar..
"Aku rasa dah cukup dia menjelaskan kenapa dia perlu makan di sini dan kau..apa hak kau nak halang sesiapa untuk makan di kantin? Kau ingat sekolah ni bapak kau yang punya ke?" Marah Junhoe..Dia sudah tidak peduli jika dia perlu menggunakan bahasa yang kasar seperti itu terhadap seorang perempuan..Tapi dia percaya perempuan seperti Soo Ah memang layak di bahasakan begitu..
Selama ini dia memang tidak ambil peduli walau apa pun kekejaman yang Soo Ah lakukan terhadap pelajar lain sehingga ada beberapa pelajar terpaksa berpindah ke sekolah lain..Junhoe memang tidak pernah ambil tahu semua itu..tapi kali ini Junhoe merasakan perbuatan Soo Ah semakin melampau-lampau atau..... sebenarnya dia cuba melindungi Jihyo? Ahh..Junhoe benar-benar keliru sekarang ini..
"Kau jangan masuk campur!" balas Soo Ah.."Hal ini tak ada kaitannya dengan kau sama sekali.." sambungnya lagi..Soo Ah dihujani rasa malu besar ketika ini..Dia tidak menyangka Junhoe akan memalukan dirinya itu di hadapan pelajar-pelajar lain lebih-lebih lagi di hadapan Jihyo..Dia benar-benar merasa malu..
Jihyo terkebil-kebil melihat adegan yang berlaku..Lebih-lebih lagi apabila Junhoe seperti cuba membela dirinya..Jihyo dapat melihat betapa marahnya Soo Ah ketika ini..
"Memang bukan masalah aku dan aku taknak pun ambil kisah langsung tapi kau kena ingat kat sini bukan tempat untuk kau tunjuk lagak..Aku datang sini untuk makan bukan nak dengar kau memekak macam orang gila! Lagi satu aku nak ingatkan kau..kalau dah perempuan tu,buat cara perempuan tak payah nak jadi samseng yang boleh merendahkan martabat kau yang sememangnya dah rendah tu..kau dengan konco-konco kau ni boleh pergi mampus!" teriak Junhoe lagi..
Kata-kata Junhoe umpama anak panah yang tajam tertusuk tepat di dada Soo Ah..Semua pelajar yang berada di situ sangat terkejut mendengar kata-kata Junhoe..Siapa sangka pelajar lelaki yang selama ini agak pendiam dan selalu bersendirian ini boleh membuatkan seorang yang bernama An Soo Ah ini terdiam dan malu besar..
Junhoe terus berlalu meninggalkan kantin..Soo Ah pula masih termangu-mangu sendirian..Api kemarahan sedang membuak-buak di dalam hatinya..Jihyo yang menyedari keadaan yang tidak selamat untuknya cepat-cepat berlalu pergi..
Tanpa Jihyo sedari pada saat inilah Soo Ah dalam diam sudah melancarkan perang ke atas dirinya..Apa yang akan terjadi kepada Jihyo? Kita tunggu saja nanti.....
YOU ARE READING
She Is My Girl
Fanfiction"Sebenarnya saya sukakan awak.." Jihyo.. "Aku pun sukakan kan kau..can you be my girl?" Junhoe.. "Aku takkan mengalah dengan kau Jihyo..Junhoe aku punya.." Soo Ah..