Cinta.

10.3K 104 0
                                    

"Kau duduk je kat asrama tu. Aku tak nak kau main cinta dengan dia lagi. Sebab tu aku suruh kau masuk asrama. Jauh dengan dia. Dah. Tak payah nak buat muka si nopal dan bahenol pulak kat sini". Kata katanya amat buat aku derita.

Lelaki itu durjana. Dia sial. Hahahaha. Dia dah curi hati aku dan sekarang aku menderita kerana dia. Aku tahu dia pun begitu. Aku terpaksa tinggalkan dia. Demi mommy.

"Kau pergi asrama naik Grab. Jangan nak lari pulak. Aku tak dapat nak hantar. Kejap lagi ada meeting lembaga dekat Senai. Ni duit ni untuk 2 minggu. Kalau rasa tak cukup, call bibik je. Nanti dia suruh driver Halim hantar duit kat asrama". Pesan mommy.

Ya. Dia kalau marah dengan aku berkau aku. Aku faham. Salah aku pergi bercinta dengan budak pantai. Apa salahnya. Dia baik kot. Kat mata mommy je dia jahat. Aku pun tak tahu sebab apa mommy tak suka dia. Aku dah malas nak ambik tahu.

"Driver Halim kan boleh hantar? Kenapa nak naik Grab?" Tanya ku setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Driver Halim cuti hari ni. Anak dia kawin kat Kedah". Jelas mommy. Dia terus saja menjamah spaggetti carbonara itu.

Kami bersarapan tanpa daddy waktu itu. Daddy outstation ke Sydney atas urusan kerja. Jadi hanya aku sebagai anak tunggal di rumah itu, mommy dan bibik Salmah je yang bersarapan waktu itu.

Keluarga aku jenis yang tak pilih kedudukan untuk dijadikan sebagai kenalan atau pekerja. Kalau waktu makan, mommy dan daddy mesti ajak bibik Salmah dan driver Halim makan sekali. Barulah meriah. Lagipun mereka hanya ada aku sebagai penghibur hati mereka.

"Bibik. Barang barang untuk Danisha dah siapkan ke belum? Kejap lagi jam 10 dia kena gerak ke asrama barunya". Tanya mommy.

"Dah siap dah puan. Saya dah letak dekat luar. Nanti senang nak bawa masuk kereta". Jelas bibik Salmah.

Bibik Salmah ni orangnya cina muslim. Dia berhijrah ke sini dari Melaka atas bantuan mommy. Dah lama juga bibik Salmah kerja kat rumah kami. Rasanya dah hampir 15 tahun.

Sewaktu di Melaka 15 tahun yang lepas, nama dulunya ialah Mey Ling Chua. Dia telah didera oleh bapa tirinya dan hampir dirogol kerana bapanya seorang penagih dadah menjualnya kepada bapak ayam.

Jarang aku jumpa orang cina jadi penagih. Selalu melayu yang paling ramai.

Dia lari dari rumah dan semasa melintas jalan, dia hampir di langgar oleh mommy. Mujur mommy selamatkan dia. Kalau tak mesti bibik Salmah dah jadi hamba seks sekarang.

**********

Aku cium tangan mommy sebelum bergerak ke asrama. Kami saling berpelukkan dan aku rasa sedih nak tinggalkan mommy. Lepas ni siapa kan jaga mommy kalau aku takde depan mata dia.

Akhirnya air mata aku berderai.

"Jangan risau. Bibik Salmah akan jaga mommy di rumah. Lagipun setiap 2 minggu sekalikan Danisha balik 2 hari. Bolehlah mommy lepas rindu kat Danisha". Dia seakan tahu apa yang tengah aku pikir sekarang ni.

"Kat asrama nanti jaga diri ya, Danisha. Nanti kalau Danisha balik bercuti bibik masak sedap sedap untuk Danisha". Giliran bibik pula menyambut pelukan ku.

Argh! Aku tak boleh tinggalkan bibik. Masakan ikan keli goreng berlada dia sangat sedap dan aku tak boleh hidup tanpa masakan bibik Salmah.

Ceh.

"Okaylah mommy, bibik. Danisha pergi dulu. Kesian abang driver ni tunggu. Assalamualaikum".

Terus aku masuk ke kereta. Tempat sebelah pemandu. Aku suka duduk depan kereta sebab boleh nampak seluruh pemandangan masa driving. Driver Halim selalu bebel kat aku suruh aku duduk belakang tapi aku degil. Lama lama dia diam je kalau aku duduk sebelah seat driver. Hahaha.

Kesian driver Halim.

Kereta mula meninggalkan Villa Danisha.

Yes. Villa yang aku duduk ni dinamakan atas nama aku sebab villa ini adalah wasiat daddy dan mommy kat aku. Mana taknya. Akulah pewaris tunggal mereka berdua. So itu je yang mampu parents aku bagi kat aku.

Tapi sebenarnya parent aku berwasiat kat aku banyak doe. Daripada kereta, villa, hotel, syarikat dan juga sebuah zoo mini untuk aku. Diorang kata kalau aku nak wakafkan dekat orang awam boleh je. Tapi dengan syarat aku berumur 21 tahun. Aku sekarang baru je form 5. Relax lah dulu. Aku nak belajar dulu. Belum rasa nak pikir pasal wasiat lagi. Hehehe.

So masa dalam kereta aku just dengar radio je. Terasa kekok pula nak berbual dengan driver Grab ni sebab muka dia garang je. Tapi hensem. Heheh.

"So awak ni anak Tan Sri Dato' Dannielle Shah la ye?" Tanya driver tu tiba tiba.

"Haah. Em tapi macam mana awak boleh tahu ye?" Tanya ku pelik. Aku tak pernah show off kat media kot pasal diri aku walaupun daddy dan mommy selalu masuk media sebab kerja dia.

"Takdelah. Saya pernah nampak villa awak dalam Astro. Cerita Impiana tu. Tu yang saya kenal awak". Terangnya.

"Ouh". Lahai. Aku lupa pulak 2 minggu lepas ada shoot siri Impiana. Bengong. Aku yang conduct kakak tu dari dapur hinggalah ke bilik air.

Sebelum ni mama biarkan je aku decorate rumah. Sebab citarasa aku ni menarik. Bukan nak bangga tapi itulah the real Danisha.

Tak sangka pulak Pengarah Impiana berminat nak buat shooting Impiana masa tu. So aku layan jelah sebab mommy yang suruh aku buat macam tu. Aku kene serlahkan diri even aku tak suka. Nanti netizen cakap apa pulak. Lagi lagi aku ni anak dan pewaris tunggal syarikat milik daddy.



Btw, untuk chapter seterusnya aku nak 7 votes dari korang pulak ye. Dan macam biasa aku still akan mention 5 voters terawal dalam chapter lepas ni. See you all babe.

Korang vote, lah. Aku dah ready draf untuk nwxt chapter ni.

Btw, part hangat dan berlendir dan kekuningan itu aku tetap akan masukkan dalam cerita ni. Maybe banyak maybe sikit. So sabar ya wahai manusia.

Me Like YouWhere stories live. Discover now