47. Doa-Doa Yang Terdapat di Al-Qur'an

293 17 0
                                    

Doa-Doa Yang Terdapat di Al-Qur'an

|  |  |

Amalkan Doa-Doa di Dalam Al-Quran Untuk Menjadi Mukmin Bertakwa
=

==
Seorang mukmin yang sentiasa dalam hidupnya berdoa kepada Allah SWT, kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya, berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdoa dan hanya bergantung pada akal fikiran dan ilmunya saja semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara. Perancangan macamana hebat sekalipun apabila ianya dibuat tanpa memohon pertolongan Allah SWT, maka ianya tidak akan berjaya dan kalau berjaya sekalipun ianya tidak akan berkat dan akhirnya akan menemui jalan buntu dan kegagalan.

▪Pertama : Doa Supaya Mendapat Rahmat.

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya : "Wahai Rabb kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Surah Ali 'Imran ayat 8)

▪Kedua : Doa di Mudahkan Urusan.

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Rabb kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Rabb kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Rabb kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Surah al-Baqarah ayat 286)

▪Ketiga : Doa Keluarga Bahagia.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Wahai Rabb kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa" (Surah al-Furqaan ayat 74)

▪Keempat : Doa Mohon di Berikan Kesabaran.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Rabb kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Surah al-Baqarah ayat 250)

▪Kelima : Doa Mohon Keselamatan Dunia dan Akhirat.

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya, "Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan lindungilah kami dari seksa api neraka." (Surah al-Baqarah ayat 201)

▪Keenam : Doa Mohon Kekuatan Iman.

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (16)

Maksudnya : "Ya Tuhan, sungguh kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami, dan selamatkanlah kami dan seksa neraka:" (Surah Ali-Imran Al-Qur'an

Semangat BerhijrahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang