Day Five

4 0 0
                                    


Kelas memasak diawal pagi. Menu mereka hari ini adalah nasi kepal,pancake dan daging masak kicap. Semua menu adalah simple untuk dimasak. Cikgu Lin adalah guru masakan kelas 2-A,dia berharap tidak akan berlaku kebakaran lagi macam kelas sebelum ini.

Dia hampir trauma.

Kelas tersebut dibahagikan kepada 5 kumpulan terdiri dari 5 orang.

Ben bersama rakan lelaki dia yang lain menjeling ke arah Fancy yang sedang membaca label pada kotak serbuk pancake

Memasak bukan kemahiran Ben tapi dia rajin membantu ibu dia memasak di dapur jika ada masa terluang. Setakat pegang pisau dia tak kaku.

Fancy pula jaguh memasak. Gadis tersebut akan masak jika ada waktu terluang. Demi meringankan beban Puan Angel. Anak yang baik dan pandai.

" Macam mana nak potong daging ni?"

Soal Kawan Ben bername tag Fun . Daging didalam mangkuk besar hanya dipandang geli. Berwarna merah dan lembik.Tak sangka daging yang sedap dimakan macam ini rupanya.

" Macam ni potong kentang...Ouch!" kali ini orang lain pula bersuara didalam kumpulan Ben

Jari tergoris pisau menghasilkan luka . Trauma melihat darah maka pelajar tersebut pengsan di situ juga. Apa ni,ini bukan nak ambil suntikan nak pura-pura pengsan. Ben kesal.

Nampaknya dia kena teruskan dengan bantuan rakan yang tinggal. Lelaki memang jarang suka memasak tapi mereka boleh jadi hebat jika rajin belajar.

Hampir 2jam memasak akhirnya pelajar 2-A selesai memasak tanpa sebarang kemalangan lagi. Semua berjalan lancar. Syukur Cikgu Lin sambil menarik nafas lega.

Ben mendekati Fancy sambil membawa mangkuk berisi makanan yang kumpulan dia masak.

" Fancy,cuba rasa"

Fancy agak terperanjat melihat Ben yang tetiba ada di samping dia. Mulut dia pula kena sumbat dengan pancake. Ini paksaan. Kalau ada racun mesti Fancy mati on time.

Tapi pancake ni sedap sama macam yang Mama dia buat. Tak mampu berkata apa. Fancy hanya menunjukan ibu jari dia tanda bagus. Riaksi wajah dia jelas kelihatan bahagia

" Fancy,Ben korang berdua ni bercinta ke?"

Seorang rakan perempuan mencela drama mereka

Soalan tersebut membuat satu kelas ternanti akan jawapanya. Kalah soalan exam. Ini bebetul soalan aras tinggi.

Fancy menutup wajah dia malu sambil satu tangan memukul dada Ben.

" Belum masanya kami bercinta"

Ben menangkap tangan Fancy. Memegang dengan erat.

Jawapan yang dinantikan memberi sakit jantung pada para pelajar perempuan. Seakan dunia mula gelap dan tiada harapan untuk hidup. Perempuan lebih cepat mentafsir ayat tersebut.

Belum masanya maksud akan datang!

Tapi tak tahu bila.

Adakah Ben berharap,dia dan Fancy akan menjalinkan satu hubungan istimewa?

Fancy tak mampu melihat wajah Ben kerana malu

💞

Dua pelajar berdiri dihadapan kelas,termenung memandang keluar jendela koridor

Cikgu didalam kelas sedang seronok mengajar tanpa memperdulikan mereka berdua

Fox dan IN

IN adalah seorang pelajar lelaki yang berkarisma dan di minati ramai kerana pandai mengambil hati para gadis

For Him,Who?Where stories live. Discover now