Sekali lagi Fancy mendapat surat cinta namun kali ini si penghantar hanya menyelitkan dibawah meja dia saja.Makin ramai peminat Fancy ni. Buat Ben bertambah cemburu dan murung. Dia pun belum dapat cinta Fancy inikan pula bertambah orang hantar surat cinta.
"Kehadapan Fancy, saya suka awak sejak minggu lepas semasa awak curi makanan saya dan blah macam tu saja,jumpa saya dibelakang sekolah harini kalau awak sudi terima cinta saya, Dari yang Ikhlas Key 2-D"
Fancy membaca surat cinta tersebut dihadapan Ben yang mood dia tak baik.
Surat itu disertakan bersama sekotak coklat. Fancy melihat tarikh pada kotak coklat tersebut.
"Eh coklat ni dah tamat tempoh..ni surat cinta ke surat ugutan?"
Curiga Fancy. Ben pun apa kurangnya,bertambah lah dia risau. Takut ada pembuli yang sengaja permainkan perasaan Fancy.
" Siapa yang kau curi makanan ni!?"
Mengamuk Ben. Nasib dia tak terbalikan meja. Fancy terkesima. Jarang dia melibat Ben naik angin. Tapi kali ni dia nampak Ben ni ada perasaan juga. Walau sebenarnya Ben sering menunjukan emosi dia.
Cuma Fancy tak ambil peduli. Apa ni Fancy?.
Fancy menggaru pipi dia cuba mengingatkan kisah tersebut.
" Aku tak tahu siapa punya makanan,iyelah ada atas bangku,kuih tart limited edition kot,ingat tak ada orang punya,aku pun makanlah"
Alasan Fancy tersangat tidak muhasabah. Buat Ben semakin pening kepala.
Macam mana kalau itu betul-betul surat ugutan?.. Mereka mana tahu kan.
Ben menghela nafas,cuba menenangkan diri dia.
" Aku temankan kau jumpa lelaki bernama Key ni''
Fancy dengan gembira menerima pelawaan tersebut. Kalau betul tekaan mereka yang lelaki ni nak cari gaduh dengan Fancy. Setidaknya ada Ben jadi gang
dua lawan satu.
Maju lu sini !
🍀
Seperti dijanjikan .
Ben dan Fancy tiba dibelakang sekolah dan terlihat seorang pelajar lelaki berada di sana sambil mendongak ke langit.
" Aku tunggu dekat sini,kau pergilah"
Kata Ben. Mestilah dia hanya perhati dari jauh. Tak mungkin dia nak ganggu mereka. Mana tahu lelaki itu memang serius sukakan Fancy.
Fancy memandang Ben seketika sebelum berjalan mendekati pelajar bernama Key tersebut.
Apa minah ni pandang-pandang,buat hati Ben jadi tak menentu..
🍀
" Saya Minta Maaf Fancy! saya tak tahu awak ada boyfriend sebab saya baru di transfer minggu lepas...dan hari awak curi makanan saya,itu adalah hari pertama saya disekolah"
Key terus menerangkan apa yang berlaku pada diri dia. Tapi Key ni dah salah sangka.
Fancy menggaru pipi dia yang tak gatal cuma rasa janggal. Apa patut dia jawap. Benar rumors tentang dia dan Ben sedang berdating tu memang dah tersebar.
Lagipun macam Key kata dia pelajar baru. Jadi hanya mendengar rumor saja dia sudah salah anggap.
" Sejujurnya saya belum ada boyfriend"
Fancy memandang tempat lain. Takut pula dia nak pandang mata Key. Badan dia tinggi dan tegap. Mata tajam macam ahli gangster yang selalu dia jumpa. Rasa seram.

YOU ARE READING
For Him,Who?
HumorCerita mengisahkan seorang remaja bernama Fancy dan Ben serta kawan-kawan yang lain Ini hanya sebuah kisah yang tak patut dicontohi