Day Eight

2 0 0
                                    



IN lari dari Fox. Jarang berlaku tapi kali ni dia terpaksa. Dia terserempak dengan Lemon dan mempelawa gadis tersebut makan bersama dia disebuah kedai dessert. Lemon setuju tanpa banyak soal.

Kali ni dia akan perbetulkan hati dia. Makin lama dengan Fox makin sakit jiwa dia jadi. Bukan menghina kejadian tuhan. Sejujurnya IN bangga ada kawan macam Fox.

Tapi..

Sekali sekala terpaksa berpisah. IN pun ada tujuan hidup!.

💞

Lemon merasa dessert kegemaran dia. Tiramisu. Sangat cair dimulut dan rasa manis pahit begitu nikmat tak terkata

Nasib berpihak pada IN. Dia main teka saja dessert kesukaan Lemon. Tak sangka tepat ke sasaran. Ada bakat meneka ni.

" Sebenarnya saya ada benda nak beritahu awak "

IN bersuara. Betul ke keputusan dia tapi kenapa dia rasa macam serba salah?. Tidak,ini memang apa yang dia rasakan pada Lemon.

Lemon terkaku melihat wajah IN yang serius bercampur malu. Sangat tampan. Tak sangka ada jejaka tampan yang sudi belanja dia makan siap tahu dessert kegemaran dia lagi.

Jantung mereka berdegup kencang.  Kenapa Lemon pula yang gugup?. Adakah dia terlalu lama tak keluar dengan lelaki sampai jadi janggal macam ni.

IN membuka mulut

Tetiba Ben menepuk bahu IN membuat lelaki tersebut terasa kena renjatan elektrik. Terlampau terkejut. Dia fokus sangat dengan situasi dia dan Lemon sekarang.

" Aku nampak Fox duduk dekat tingkap kelas tadi,korang gaduh ke?"

Kata Ben memaklumkan apa yang dia nampak walau dia tak tahu apa urusan Fox dengan IN. Tapi dia dapat rasa dia patut beritahu IN.

Mata IN membulat. Tak tahu kenapa dia rasa serba salah tahap dewa. Pengakuan cinta dia pada Lemon dilupakan. IN berlari meninggalkan kedai dessert tersebut.

Suara Lemon tidak di hiraukan.

Lemon menongkat dagu dia sambil memandang keluar jendela. Rasa kecewa dengan tindakan IN meninggalkan dia demi Fox...

lagi-lagi Fox..

Naik menyampah Lemon. Dia mengengam erat garpu. Terasa ingin menusuk benda tajam tersebut dimata Fox supaya dia tak boleh goda orang lagi.

Ben tak tahu apa yang Lemon fikirkan. Dia nampak dalam mood yang tak baik.

" Ben,sapa lagi cantik,aku atau Fox?"
Soalan cepumas

Tapi soalan itu langsung tidak menggetarkan Ben. Sudah terang bersuluh..

" Fox"

Yang menjadi pilihan ramai..

Lemon menusuk Tiramisu tersebut dengan emosi. Ben tak mahu terlibat dengan masalah orang lain. Dia terus melangkah pergi

Dia cuma nak memaklumkan pada IN saja.

Lemon ni tak tahu apa masalah dia pada Fox

💞

Ruang tamu siap dibersihkan. Adik-adik siap mandi dan berpakaian wangi dan comel. Toto sudah dibentang didalam bilik.

Fancy menjahit patung untuk adik dia. Dia pakar membuat patung menggunakan stoking dan hasilnya memuaskan. Siapa saja akan gembira menerimanya.

" Ben malam ni pun tidur sini?"

Soal Mr.Handsome pada Ben yang sedang memotong sayur. Bahu dia dipeluk lelaki tua tersebut dengan mesra

" Kalau Papa tak keberatan"

Ben tak mahu menyusahkan keluarga Fancy namun cuma sini tempat dia boleh rasa aman dan tidur dengan lena.

" Lagi ramai lagi seronok,kamu dulu pun macam ni suka tidur sini sampai makayah kamu bengang,tapi sekarang mereka dah tak kisah"

Mr.Handsome bercerita sambil menunggu makan malam siap. Sebut saja makayah Ben,dia akan terus senyap.

Nampaknya remaja seperti Ben sangat sensitif jika sebut hal keluarga. Mr. Handsome akan lebih beringat lepas ni.

" Ingat tak masa Ben mimpi kencing malam,habis tilam kena air kencing dia lepastu dia murung seminggu tak datang"

Fancy menyampuk . Membuat muka mengusik. Wajah Ben mula merah padam kerana malu yang teramat sangat. Kenapa perempuan ni cerita benda memalukan!

" Haahlah pastu ada satu lagi,Ben pernah salah minum susu basi,kesian dia kena tahan hospital 2minggu,sejak tu Ben bencikan susu"

Puan Angel tumpang sekaki mengusik Ben

Ada kala keluarga Fancy boleh tahan mengusik

"Rindunya zaman kamu berdua kecik dan Mama masih muda"

Puan Angel mula berangan waktu dulu-dulu. Sempat dia terbayang memakai bikini ke pantai dengan tubuh yang masih slim.

Ben mengacau kuah kari yang hampir hangit.Membiarkan Puan Angel dan Mr.Handsome mengimbau masa lampau. Mereka tampak gembira bercerita

walau dulu mereka selalu dikutuk. Kuatnya hati mereka sehingga kini.

" Sedapnya bau,dah lapar ni"

Fancy muncul disamping Ben. Melihat kari yang lezat. Aroma bau yang begitu nikmat. Dah tahu kari tersebut sangat lezat.

Ben mengusap kepala Fancy . Fancy sebab utama dia berada disini. Hanya ketenangan ini yang dia mahukan.

Walau Fancy menolak cinta dia...

Ingat tak malam haritu Ben meluahkan isi hati dia?

Fancy menolak pengakuan lelaki itu mentah-mentah tanpa sebarang alasan. Cuma yang Fancy kata dia tak boleh terima cinta Ben.

Perempuan memang sukar dibaca..

🍀

Berbalik pada IN

IN lari macam orang kena kejar anjing. Dia tak tahu apa yang berlaku pada diri dia sekarang.

Fox nak bunuh diri ke!?

Sebab apa?...

IN melihat kelibat Fox serta merta dia berhenti berlari

" IN apasal kau lari-lari ni"

Suara Fox menyapa IN. Wajah cemas dan nafas yang tak stabil. Terasa nyawa IN dah melayang ke langit.

Melihat Fox sihat tak ada apa berlaku sedikit sebanyak membuatkan IN bertambah tenang.

Dia tidak mendengarkan soalan Fox tadi

" Nak balik sama-sama?"

Fox tak tahu apa yang berlalu pada IN dan soalan dia pun tidak dijawap.

" Jangan buat benda bodoh lain kali risaukan orang"

IN tetiba berasa marah. Fox mula bengang.

Apa salah dia!?

🍀

For Him,Who?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang