" Oi Lemon kau jangan nak lari,harini giliran kau bersihkan kelas"Rakan kelas Lemon sempat menarik beg yang di pakai gadis tersebut. Nampaknya tak terlepas kali ni.
Penyapu diberi kepada Lemon dan meninggalkan gadis itu bersama beberapa orang rakan yang lain. Dia mengeluh
Lemon,gadis berusia 16 tahun. Hobi dia adalah tidur dalam kelas dan membaca novel. Semua orang adalah kawan dia. Dikenali satu sekolah kerana pernah terlibat dalam kes menconteng kereta Cikgu Wiliam.
" Wah itu kan Ben! hensemnya! "
Rakan sekelas Lemon membuang pandangan ke luar tingkap. Kelas mereka berada di lantai bangunan jadi dengan jelas dapat melihat padang sukan. Miang sangat dorang ni.
Salah seorang dari mereka membuka tingkap ketika Ben menghampiri
Lemon hanya fokus pada sapuan dia. Nak cepat balik dan tonton drama kesukaan dia tu. Kalau lah dia cepat sikit tadi tentu dah dapat lari.
" Lemon,mari sini kejab"
Ben memanggil Lemon santai. Kawan Lemon terkejut sambil menangkup mulut mereka tak percaya. Adakah mereka berdua saling mengenali dan berkawan rapat?.
Ben sangat susah didekati sebenarnya. Itu tanggapan pelajar perempuan sebab mereka melihat Ben sebagai seorang putera raja yang patut di hormati. Halusinasi tahyul.
" I have nothing to do with you "
Kasar bahasa,Lemon
Dalam dunia nyata semua lelaki adalah jahat bagi dia. Tidak sesekali dia akan mesra dengan mereka. Terutama Ben. Ben dapat rasa yang Lemon dah salah faham pada dia. Urat di dahi muncul membentuk bintang,eh?
Ben membaling sesuatu,tepat mengena dahi mulus licin milik Lemon. Gadis itu tersungkur mencium lantai. Perit! Dosa apa dia buat? adakah ini balasan sebab dia suka ponteng kelas?. Lemon merintih kesakitan.
" Tu henfon kau,Cikgu Wiliam suruh bagi balik,you are not my taste,jangan perasan"
Kata Ben sinis. Wajah Lemon mula merah padam dia sempat memaki lelaki tersebut sebelum hilang dari pandangan.
Malu dia tak tahu nam buat apa,Tergamam
Gak sopan!
💞
Fancy melihat surat cinta dalam celah-celah buku sejarah dia. Bagaikan ada petir di waktu siang cerah. Dia lupa akan surat cinta tersebut...
Kepada Fancy,
Awak adalah cinta pertama saya dan saya nak awak yang terakhir bagi saya, sudikah awak terima saya sebagai kekasih?
kalau awak sudi beritahu saya secepat mungkin
yang benar
Fox💞Apakah?. Bisik isi hati Fancy. Ada ke orang menulis surat cinta seperti ini. Sungguh membosankan! Letak lah cincin harga 2k tak pun selit lah beberapa dollar,100 dollar pun jadi lah,baru lah ada efford orang kata. Ni lagi seorang berfikiran senget
Ben tetiba datang merampas surat tersebut dari tangan Fancy. Mata liar membaca setiap bait berkataan didalam surat tersebut. Fancy tersenyum kelat menunggu riaksi Ben.
Wajahnya ditakup menggunakan telapak tangan. Fancy mula mengusik
" Kau pula yang rasa Ba-dump Ba-dump "
Sengih Fancy. Ben rasa mual nak muntah tapi memang sesuai dengan personality Fox. Tak dapat disangkal itu memang surat dari Fox. Cinta awal dan akhir
Drama mana mereka terlibat ni? yang menyeramkan watak utama adalah Fancy. Mimpi buruk disiang hari
Ben tak peduli sama ada Fancy terima atau tidak lamaran tersebut.
Asalkan Fancy bahagia dia akan terima keputusan gadis tersebut. Melainkan Fancy mahukan nasihat. Tapi perangai macam ni,mana dengar nasihat orang.
" Tak ada ke lelaki lagi kacak bagi surat cinta,dia terlalu lembut untuk jadi boyfriend aku"
Nampak gaya Fox bukan ciri lelaki idaman buat Fancy. Nak yang hensem juga. Ingat muka pecah pun tak kisah.
" Bagi dia peluang "
Ben bersuara. Entah kenapa dia memberi Idea tersebut. Fancy memandang ke dalam anak mata Ben.
" Tapi Kau ada dengan aku pun dah cukup"
Fancy tersenyum gembira. Bila difikirkan balik tak ada lelaki yang lebih sempurna dari Ben. Dia adalah putera didalam sekolah ini. Dan Fancy bertuah Ben selalu ada disisi dia.
Ben berdehem kecil.
" kan"
Ben mengangguk setuju. Hanya mereka berdua..
yang tahu betapa perasan Ben,ingat dia paling hensem dan sempurna
💞
Fancy mengajak Fox bertemu selepas waktu sekolah
" Saya tak boleh terima awak,Maaf kita memang tak ada jodoh! "
Meskipun rasa bersalah ini adalah keputusan yang benar. Tak guna dating tanpa ada rasa cinta kan. Macam menuang didalam cawan yang berlubang
Fox hanya tersenyum sambil mendiamkan diri padahal Fancy tahu dia cuba sedaya upaya menahan airmata jantan.
Begini rasanya hati di hancurkan. Sekelip mata saja.
" Baiklah saya faham,tapi! boleh saya jadi kawan awak..ada dalam hidup awak sudah cukup buat saya bahagia"
Tak sangka Fox akan cakap macam tu. Dia masih tak putus asa kan?.
" Kita memang kawan kan"
Hubungan yang tuhan sudah tetapkan bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat yang sentiasa ada itu sudah lebih dari cukup
💞

YOU ARE READING
For Him,Who?
HumorCerita mengisahkan seorang remaja bernama Fancy dan Ben serta kawan-kawan yang lain Ini hanya sebuah kisah yang tak patut dicontohi