11 tahun lalu
" Kenapa kita ada sedara miskin macam mereka ni,dah lah hodoh busuk pula tu"
" Memang aku tak mengaku ada pertalian darah dengan mereka,merosakan nama kami!"
" Hey budak kecil miskin pergi main jauh-jauh,sini untuk kanak-kanak yang ada kelas saja !''
" Ingat nama dia Fancy dia dah boleh berlagak,muka penuh parut ada hati nak jadi angel,Mimpi!"
Fancy yang berumur 5 tahun menendang udara. Kaki dia tak sampai untuk jejak ke tanah ketika dia naik ke atas buaian. Pendek,kecil dan tak bermaya
Sungguhpun Fancy tak faham apa yang mereka katakan pada dia. Melihat riaksi ibubapa dia sudah dapat dipastikan mereka berkata tak baik pada keluarga mereka.
Fancy cuba memekakan telinga. Terlalu bising dan dia bencikan suasana tersebut.
Ketika itu Ben mengampiri Fancy.
Ben tak suka ramai orang yang suka memegang dia jadi dia larikan diri dari majlis tersebut.
" Boleh saya teman awak,mereka tu jahat,suka sangat pegang saya"
Mengadu Ben pada Fancy.
" Boleh kalau awak tak kisah "
Fancy mengalukan kehadiran Ben. Mereka baru tahu mereka adalah sepupu. Ben tidak bermain buai takut dia akan muntah. Jadi dia hanya berdiri dihadapan Fancy
" Nak main teka teki" Fancy menyegih
" Boleh!" Ben mula teruja,dia suka main teka teki
" Teka budak kat sana tu lelaki atau perempuan" telunjuk comel Fancy mengarah pada seorang budak lelaki yang sedang enak memakan pasir
" Tengok berapa kali pun tahu dia tu perempuan" Ben memberitahu jawapan dia
Soalan Fancy begitu mudah buat dia mula bosan. Namun..
" Tet,salah! budak tu adalah lelaki"
Tak sangka jawapan Ben salah. Tapi budak tu pakai gaun kan? . Apa yang Ben tahu jika seseorang memakai gaun dia adalah perempuan.
" Awak menipu!" Ben tak puas hati
Fancy tersenyum lebar
" Awak tak akan tahu dia selagi awak tak kenal dia siapa,hantu pun boleh menyamar jadi malaikat kan"
Ben terdiam. Dia tak puas hati tapi..
Betul kata Fancy. Dia tak kenal siapa budak tersebut. Nasib baik dia tak mengurat. Eh bebudak ni lagak cakap macam orang dewasa
💞
IN tak tahu kenapa Fox begitu gigih memisahkan dia dari Lemon. Setiap kali mereka terserempak dengan Lemon. Fox akan secepat mungkin menarik tangan IN menukar arah tujuan mereka. Hanya untuk mengelak dari Lemon
IN tak sabar dengan kelakuan Fox yang melampau. Badan Fox di tolak ke dinding. Tubuh berada diantara Tangan gagah IN. Fox tergamam.
" Kau tahu kan aku suka Lemon,bagi aku peluang borak dengan dia,aku tak peduli apa masalah kau dengan dia"
Kata IN tegas. Walau selama ini dia selalu berlembut dengan Fox namun tidak kali ini. Terasa hidup dia dikawal oleh orang lain.
Fox juga keliru dengan apa yang dia lakukan sebenarnya. Kenapa dia pisahkan IN dari Lemon?. Perkara tersebut secara semulajadi berlaku. Fox sendiri tak sedar.
" Maaf....mungkin sebab aku terlalu tak suka Lemon..aku takut kau lebih sayangkan dia dari aku " Kata Fox sambil memeluk tubuh ketakutan
Mata Fox mula berkaca-kaca
Dia tak pernah melihat IN marah. Pelajar lain mula berbisik,menyalahkan IN membuat Fox sedih. Macam mak tiri yang mendera anak. Salah siapa sekarang ni!?
IN melepaskan lelaki tersebut. Kenapa dia tiba-tiba emosi ni?. Fox cuma cemburu sebagai seorang kawan,itupun tak boleh faham. Nak faham pun macam tak boleh diterima dek akal,mereka berdua lelaki kot,
Fox memegang hujung baju IN dengan berhati-hati,takut darah IN naik lagi,memang masak dia kalau kena maki,mahu seminggu tak datang sekolah,hatt tisu.
IN memandang Fox
" Jangan marah please"
Kata Fox dengan mata bersinar dan membuat wajah kasihan. Macam budak kecil yang minta maaf dengan ibunya. Boleh bayangkan? mata bulat,bibir kecil macam anak patung . Hati siapa tak cair.
Wajah IN mula merah padam. Bukan IN saja yang terkesan dengan muka comel plus kasihan Fox. Pelajar lain pun terlibat sama! Macam ada gelombang pula aura Fox ni boleh tersebar ke orang lain.
Kecomelan Fox memang tak dapat dinafikan.
" Alright Alright berhentilah buat muka macam tu"
IN cuba mengalihkan pandangan dari Fox namun gagal total. Kena ambil semula ujian ni. Eh?.
Wajah Fox terus ceria. Airmatanya dikesat cepat.
" Yeah IN tak marah lagi hehe''
Sekali lagi Fox menarik perhatian. Hidung IN berdarah....hormon jantan dia. Oh tidak. Ingin IN berkata kasarrr
💞
Ben dan IN duduk di bawah pokok . Memasing memandang ke langit biru. Otak mereka kosong seperti markah ujian bebudak tak reti nak belajar.
Sama-sama lemas di sana. Nasib tak mati.
Mereka ni teman mesra sejak masuk menengah tinggi tapi jarang berjumpa
" Dunia ni kejam kan"
IN memecahkan keheningan. Mereka tak bergerak. Hanya mulut berbicara . Ben mendiamkan diri. IN meneruskan cerita walau tanpa sahutan dari Ben.
" Macam mana tuhan boleh cipta seorang lelaki yang begitu comel,baik dan ada aura yang hebat..kami ni sebagai lelaki sado rasa berdosa sebab tersuka..."
IN mengesat airmata dia mengenangkan apa yang berlaku hari tersebut. Wajah Fox sering kali terbayang. Ben seperti dapat tangkap apa yang IN cuba sampaikan. Ini mesti tentang Fox
ada rumor mengatakan IN dan Fox ada hubungan istimewa. Hanat tul siapa yang buat fitnah ni.
" Aku faham perasaan kau"
Sebab Ben pun pernah terkena. Si budak Fox tu . Memang bahaya. Boleh dijadikan sebagai senjata peperangan. Raja yang bengis pun agaknya boleh cair melihat kecomelan Fox.
IN menangis syahdu dibahu Ben. Rasa berdosa yang teramat sangat. Ben masih tak menunjukan sebarang riaksi. Tak nak beri sebarang nasihat sebab ni kes berat. Berat sangat...
Dia tak tahu hendak berbuat apa. Hidup ni buat dia tak jangka apa akan berlaku seterusnya,macam hingus IN yang akan melekat pada baju seragam sekolah dia.
Ben menepuk bahu IN cuba memberi semangat
" Semoga kau berbahagia dengan,Fox"
Tangisan IN semakin kuat. Ben ni sengaja mengusik kawan dia. Macam seronok pula bila melihat dua orang lelaki digosipkan bersama.
Menyesal IN berharap Ben akan faham.
💞

ANDA SEDANG MEMBACA
For Him,Who?
HumorCerita mengisahkan seorang remaja bernama Fancy dan Ben serta kawan-kawan yang lain Ini hanya sebuah kisah yang tak patut dicontohi