Ben pulang kerumah sedikit lewat hari tersebut kerana ada tusyen piano sehabis jam sekolah."Ben anak Ibu ! "
Ibu Ben muncul entah dari mana serupa perangai hantu,memeranjatkan Ben yang hampir hilang nyawa. Penat balik kelas dapat pula kejutan dan berjadual. Ben cuba mencari nafas baru
" Ibu dah dengar gossip kat sekolah! Anak mama ni couple dengan Fancy kan!"
Bersinar-sinar mata Ibu Ben bernama Honey. Adakah dia patut segembira itu?. Ben tak tahu nak kata apa. Macam mana dia nak selesaikan salah faham ni? Atau patut dia biarkan saja
" Sukahati Ibu nak anggap kami ni sebagai apa tapi tolong jangan sebarkan benda bukan-bukan"
Ben menghela nafas berat. Dia melangkah naik ketingkat atas,tempat bilik dia berada.
Ibu Ben dengan bersungguh mengangguk kepala. Dia sangat gembira akhirnya anak keras kepala dia dapat kekasih meskipun itu adalah Fancy,anak saudara dia sendiri.
Cinta monyet kan. Mereka memang comel.
Ibu Ben bekerja sebagai polis namun dia berhenti dan mengambil alih tugas suri rumah memandangkan suami dia bekerja dan direzekikan dengan gaji lumayan. Dia lebih suka duduk rumah dan melayan anak-anak.
Perut buncit dia disapu sayang. Adik Ben yang kelima akan lahir tak lama lagi!. Kali ni Puan Honey begitu berseri dan ceria maklumlah mereka akan dapat seorang lagi perempuan!
Dua lelaki dan Lima perempuan!
💞
"Abang Ben mainlah dengan Ciiiiii"
Malam jam 10 . Pintu bilik Ben diketuk kuat. Tak fokus dia nak mengulangkaji pelajaran ada saja gangguan.
ya tuhan dugaan apa dia dapat keluarga besar macam ni.
Ci berumur 5 tahun. Anak bongsu. Sepatutnya. Tapi nampaknya takhta tersebut akan diambil orang lain nanti. Buat masa sekarang biar dia berbahagia dulu
Ben menbuka pintu kerana tak sampai hati membiarkan Ci menunggu penuh harapan
" Abang belajar,Ci main dengan kak Mel" kata Ben sedikit dingin
" Kak Mel tak ada dekat rumah..." balas Ci sedih,dia memelum erat patung katak kesayangan dia
Iye katak. Sebab dia percaya cerita dongeng yang katak tersebut akan jadi seorang putera raja yang hensem dan akan menjadikan dia seorang isteri. Berangan betul budak ni.
Ben terkejut dengan berita tersebut. Jam dah 10 malam tapi Mel masih tak balik. Adakah dia tidur rumah kawan? Ataupun dia pergi ke kem.
tap tap tap
" Apa korang buat tengah jalan ni?"
Baru saja sebut sudah muncul!.Mel adik kepada Ben berumur 14 tahun. Dia lebih kasar berbanding Fancy. Agak rock dan tomboy tapi masih memiliki rambut ikal mayang sampai ke paras pinggang.
" Kak Mel !"
Ci berlari memeluk kaki kakak dia dengan gembira. Mel mengusap kepala Ci dengan sayang. Mel memandang Ben . Wajah sayang bertukar benci. Aura membunuh dapat Ben rasakan.
Apa dia buat salah kali ni?. Ini bukan kali pertama dia mendapat pandangan maut dari Mel. Perempuan memang menyeramkan ke kalau sedang marah. Lebih teruk Ben tak tahu apa salah dia! Parah!
" Abang cucuk mata tu nanti,berhenti pandang macam tu"
Ben menelan air liur dia. Otak dia masih sedang berkerja keras memikirkan apa kesalahan yang telah membuatkan seorang perempuan begitu naik angin!
![](https://img.wattpad.com/cover/178291086-288-k786137.jpg)
YOU ARE READING
For Him,Who?
فكاهةCerita mengisahkan seorang remaja bernama Fancy dan Ben serta kawan-kawan yang lain Ini hanya sebuah kisah yang tak patut dicontohi