Ini cerita dari rakanku Karim, Dia bukanlah seorang pemancing tegar, cuma sekadar cuma abangya yang ektrimis dalam memancing . Keluarganya juga tak asing dari dunia memancing ni kerana atuk dan kerabatnya juga adalah pemancing. Suatu hari, Atoknya pernah menceritakan kepada Karim, abangnya dan dua adik perempuannya (bedtime story katanya... haha) .Atok nya bercerita ketika mereka kecil , bahawa waktu yang paling banyak ikan adalah apabila bulan mengambang penuh 'time ni, kamu tunggu je at muara banyak ikan akan naik bahkan kamu tak perlu guna joran, hanya dengan jala kamu boleh dapat ikan dengan banyak sekali, tapi kamu kena ingat waktu ini, kamu tak bersendirian kerana orang tua" kata.... waktu ni laa langsuir akan datang untuk membaham semua ikan yang naik tu' cerita atuk kepada mereka. Nak dijadikan cerita, ketika mereka sudah besar Abg si Karim ni ajakla Karim dan adik perempuannya keluar senyap" untuk menjala ikan,pada tengah malam bulan mengambang . Karim dan adiknya pun berstuju . Malam tuh tepat pukul 1130 malam mereka bergerak ke lokasi, tapi Karim dah mengingatkan abangnya perihal langsuir itu, tapi Abang nye tak menghiraaukannya, kerana apa yang dia nampak hanyalah ikan yang bertimbun. Adik perempuannya hanya mendiamkan diri, tapi perasaan takutnya masih tersisa.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sesudah sampai, abangnya menyiapkan segala perkakas dan bergrak ke muara dengan berjalan kaki . Mereka mula menjala dan memang benar apa yang dikatakan atuk, sekali tebar beratus ikan sangkut, mereka semua gembira kerana dapat banyak hasil . Tiba" Karim dapat menangkap suara menangis dan mengerang berselang seli datang dari hutan . Mereka semua terdiam dan kaku . Wajah adik perempuannya sudah pucat lesi . Karim yakin abg dan adiknya pasti sedang ligat meneka bahawa itu adalah langsuir . Tanpa melengahkan masa, abangnya bergegas mengerahkan untuk kemas barang. Ketika sedang menyusun perkakas angin bayu mula meniup setiap roma mereka dan mereka mula rasa seram sejuk, suara tadi masih lagi kedengaran . Tiba" pokok" di hutan itu bergoyang" adiknya makin takut tetapi digagahkan oleh abangnya, abangnya mengarahkan adiknya supaya tak mengendahkan bunyian" dan gangguan tu . Ketika mereka mahu bergegas menuju kereta. Karim tertoleh belakang dan melihat seorang perempuan berambut pnjang bertaring sedang berdiri terapung sedang memerhati mereka dengan pandangan yang sangat tajam dan melontarkan senyuman yang menakutkan. Karim segera menutup matanya, dan cuba memberitahu kepada abngnya 'Abangg....... adaaaa hannnnnnttttuuuu..' abangnya memarahinya kerana menoleh dan menyuruhnya diam dan pejam mata.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Apabila sampai di kereta mereka segera pulang. ketika perjalanan pulang abangnya ligat membaca ayatulkursi sebagai pendinding. Ketika pulang adik perempuannya ternampak langsuir tadi sedang terbang mengiringi kereta meraka, tapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Apabila sampai, Karim memilih untuk mandi dan tidur . Ketika dia berjalan ke bilik mandi dia terlihat abang dan adiknya sedang menyiang ikan, 'pelik...diorang ni x penatke?' getus hatinya, dia pun malas nak pikir so , dia mandi dan bersiap untuk tidur . Ketika sedang berbaring atas katilnya, dia terperasan seperti ada lembaga hitam sdang bermundar mandir di tingkap biliknya, dia tau bahawa bnde tadi dah mengikutnya ke rumah jadi diaa pun membaca ayat" , sehingga tertidur. Ketika bangun, Karim terbau suatu bau yang sangat busuk sehinggakan meloyakan, dia keluar menuju ke dapur di mana punca bau itu dan terperanjat apabila mendapati bahawa smua ikan yang mereka dapat semalm membusuk dan dehinggapi lalat sehinggakan meloyakan, Karim tnya pda abangye 'kau...bukan siang ikan ke semalam ngn adik,, smue elok kan semalam?...' abngya bersuara 'eh..apa pulak lepas sampai umah ak trus mandi pehtu tidoo..' . 'Aku pun..' kata adik . Jadi memang sah ini smua kerja langsuir tuh...