Rehat

48 4 0
                                    

Ketika mentari sedang menari, Inspektor Soh masuk ke perkarangan rumahnya dengan gembira kerana diberi cuti selama 2 hari. Hatinya girang, dan kebetulan anaknya Hanna sedang diambang cuti persekolahan. Hanya dia la satu-satunya intan payung kesayangannya selain isterinya.
Kedatangannya disambut girang oleh isterinya Nurul. Soh berehat sebentar di luar rumahnya bersama isteri sambil menghirup kopi hasil tangan isterinya.
Kelihatan jirannya baru hendak berangkat ke tempat kerja seorang lelaki berwajah sugul, Soh mengangkat tangan cuba untuk menyapa jirannya tetapi disambut hambar oleh jirannya.
"Alah abang ni macam tak kenal pulak dia, sombong berjalan asyik nak tunduk je tak pernah nak bersembang atau bertanya khabar haih..." isterinya bersuara.
"Haish awak ni tak baik cakap macam tuh mungkin dia penat ke apa. Kita tak tau, lagipun dia tinggal dengan ibunya kan? Mungkin ibunya sakit... Kita tak tahu" balas Soh
"Hmm.. Ibunya pun sama dua kali lima je dengan diaa, kalau bersembang waktu sidai kain pun balas sepatah je dah macam mayat hidup" kata isterinya
Seorang gadis menyergah Soh dari belakang.
"Bahhhhh.."
"Ish kamu ni.. Terkejut abah"
Soh melihat anaknya dari atas ke bawah. Seraya berkata "haih kamu ni belum mandi ea?". "erm.. Cuti sekolah memang membuta je la kerja diaa" balas isterinya"
"Bukann sebab tu lah.. Hanna tak boleh tidur, tiap-tiap malam orang sebelah ni memekak je kerjanya" sungutnya.
"Memekak macam mana? Ibu dan abah tak dengar pun.."
"Bilik abah dan ibu dekat depan memanglah, tingkap bilik Hanna ni betul-betul menghadap lorong belakang rumah kita tu. Tiap-tiap malam anak lelaki makcik sebelah rumah tu menjerit-jerit panggil mak dia minta kunci pagar. Dia kata tak boleh masuk. Yang Hanna pelik tu, kalau dah tau tiap-tiap malam balik lambat bawak ajelah kunci.... Tak ada lah mengacau mak dia tiap-tiap malam. Tak pasal-pasal mengacau Hanna sekali nak tidur bengong betul! "
" Ish tak baik cakap macm tu, adalah masalah diorang tu. Takpa malam ni kalau diorang bising lagi, Hanna bagitahu abah biar abah cakap dengan dia ya..."
" okay.. " jawab Hanna

Malam itu.....

Hanna membuka matanya tiba-tiba. Semacam sudah terlatih demikian setelah hampir seminggu dia terjaga tepat-tepat pada jam itu. Jam 2:57 pagi
Mata Hanna tidak mampu memisah dari jam jarumnya dlam biliknya. Tak semena-mena hadir satu rasa uang tidak menyenangkan. Otaknya ligat dicemari satu buah fikiran yang sebelum ini belum pernah terputik dalam kepalanya.
Kenapa tiap-tiap malam waktu yang sama? Betul-betul 2:57 pagi.
Hanna memasang telinganya walaupun tubuhnya masih keras meringkuk dia bwah selimut.
Tak lama saja lagi. Hanya beberapa saat sahaja lagi... Kata Hanna dalam hati
"Mak... Saya balik ni mak... Tolong bukak pintu pagar. Saya tak bawa kunci... Tolonglah mak... Saya sejuk ni.."
Ha.... Itu dia. Dia balik dah.. Suara hati Hanna bergema
Tapi malam ni bunyinya agak berbeza. Ada nada sendu di dalamnya. Agak sayu dan penuh desak. Membuatkan Hanna rasa kasihan pula pada jirannya itu.
Hanna turun dari katil. Perlahan-lahan dia mendekati tingkap, lalu membukanya sedikit. Hanna menjenguk ke bawah. Dalam samar-samar cahaya bulan, Hanna dapat lihat lelaki itu sedang mencangkung di tepi parit. Kepalanya tertunduk rendah. Hampir menurun ke celah dua lutunya.
"Hmm.... Mak... Bagilah kunci pagar tu... Saya nak masuk.. Saya rindu mak ni.."
"PERGILAAAAAHHH SYAITAAANNN!!!!!!... Kau bukan anak akuu!!"
Hanna terlompat ke belakang. Tiba-tiba satu suara menjeerit dengan kuatnya dari rumah sebelah. Kedengaran macam suara ibu lelaki tersebut.
Hanna berlari mendapatkan bapanya
"Abah... Bangun abah... Hanna dengar mak cik sebelah rumah tu menjerit kuat. Hanna dengar anak lelaki dia balik. Macam biasa duk laung mintak kunci pagar. Lepas tu Hanna dengar makcik tuh menjerit...."
Soh terus memacak bangun.
"Hanna duduk dengan ibu..." arahnya.
Hanna pun memanjat naik ke atas katil untuk duduk di sebelah ibunya yang turut bangun. Nurul menarik Hanna dekat. Memeluknya lembut.

Bam! Bam! Bam!

Soh mengetuk pintu depan rumah jirannya itu kuat. Berkali-kali sampai mulai terasa pedih pada penumbuknya. Dia juga memberikan salam yang panjang dan jelas. Namun masih tiada jawapan.
     Soh mula memasang tekad. Takkan dia hendak berdiam diri? Seorang wanita yang sudah lewat usia mungkin memrlukan pertolongannya. Soh pun bersedia untuk membuka pintu rumah tersebut secara paksa. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang untuk menyediakan diri serta menambah momentum untuk menghentam pintu itu ke daalam.
       Baru sahaj Soh ingin melancarkan dirinya, pintu itu terbuka sendiri. Seorang wanita tua yang kusut masai dan berambut panjang warna putih kelabu muncul berdiri di situ.
        "Nak apa?" soal perempuan itu dengan renungan yang tajam.
         "Maaf nama saya Soh, saya anggota polis. Saya duduk dekat rumah sebelah ni je. Anak saya dengar puan menjerit. Sebab tu saya datang menyiasat. Puan tak apa-apa ke?" Soh menanyakan penuh prihatin.
          "Tak ada apa-apa."
        Itu sahaja balasnya. Membuatkan Soh tak puas hati.
          "Boleh saya tau kenapa puan menjerit?"
          "tak ada apa-apa.."
          "Kalau puan ada masalah, puan beritahu saya. Macam yang saya cakap, saya polis. Saya boleh bantu puan"
           "Tak ada apa-apa.."
        Soalan Soh dijawab dengaan itu. Tak ada apa-apa. Mata perempuan tua itu pula langsung tidak bertemu dengan anak mata Soh. Sebaliknya dia asyik memandang ke arah belakang Soh. Seolah-olah ad orang atau sesuatu yang sedang berdiri di situ. Membuatkan Soh menoleh untuk lihat apa yang direnung wanita itu begitu lama, tetapi tiada apa-apa.
            "puann.. Boleh saya bercakap dengan anak puan?" pinta Soh dalam perhitungannya, mungkin si anak lebih responsif dan dapat membantu.
        "Anak saya?.."
        "ya, anak puan. Dia dah balik kan? Anak perempuan saya kata dia dengar anak puan balik tadi. Menjerit dekat tingkap belakang mintak puan bukakkan pintu pagar.."
         "Anak kau dengar suara anak aku panggil?"
          "Ya.."
          "Dia boleh dengar?"
      Soh mengangguk kemas.

Meremang Where stories live. Discover now