Peristiwa ini terjadi kepada kawan aku yang dia tak mahu disebut nama nya. Jadi dalam cerita ini aku gelar dia sebaga Mila . She's girl . Peristiwa ini jadi apabila Mila diterima bekerja di sebuah stesen minyak . Sementara menunggu Keputusan Spm, adalah lebih baik dia bekerja untuk serba serbi menampung keluarganya . Jadi, prosedurnya seperti biasa , dia di'briefing' tentang tugas" nyaa . Supervisornya kelihatan ramah dan mesra, sehinggalah beliau menegaskan bahawa tandas yang berada di situ adalah dilarang digunakan tanpa teman pada waktu malam , mukanya sangat merah padam, menunjukkan betapa seriusnya pesanan itu .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nak, dijadikan cerita, pada hari ke5 Mila bekerja. Ketika dia sedang mengambil air di lokernya, perutnya meragam, menyatakan bahawa esofogusnya harus beraksi . Kerana tak tahan, dia terpaksa pergi seorang diri dan pesanan supervisornya diendahkan. setibanya dia di tandas, dia lihat di kubikel pertama, 'ada orang' detik hatinya . Kerana pada locknya berwarna merah menandakan telah dikunci dari dalam dan hijau menunjukkan tidak dikunci, dia lega dan terus melepaskan hajat . Seusai melunaskan hajat, dia membasuh tangan di sinki, dan dia hairan mengapa lama sangat orang di dalam tandas ni. Dia mula meremang tanpa sebab dan berasa tak sedap hati . Ketika dia ingin keluar, tiba" kedengaran suatu suara yang mirip rakan sekerjanya memanggilnya 'Mila..... Milaa... ' sambil teresak" nangis. Mila pun segera mencarinya dan tersedar bahawa suara itu datang dari kubikel pertama, dan mengetuk" pintu sambil memanggil nama rakannya, tetapi tak bersahut . Mila mula risau , dia membongkokkan dirinya bagi melihat isi kubikel itu dari bawah pintu . Alangkah terperanjatnya bilaa, dia melihat suatu lembaga berambut panjang, bermata merah, bergigi taring juga sedang mengintainya di bawah dari dalam kubikel .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia jatuh terjelopok dan ketika ingin lari keluar pintu kubikel itu terbuka dan sempat dia melihat tangan yang berkuku runcing keluar dari kubikel . Dia berlari sekencang-kencangnya dan mendapatkan rakannya . Sesudah menceritakan perkara ini kepada supervisor, Beliau mengakui bahawa hutan berhampiran tandas itu memang tempat orang membuang jin dan hantu. Jadi 'mereka' suka mengusik orang" yang menggunakan tandas di situ