Badut

89 5 0
                                    

muiz baru je balik dari bekerja..dia bekerja sebagai seorang badut..tak seperti orang lain..cita citanya agak pelik..dari kecik lagi dia nak jadi seorang badut ...
dalam almarinya penuh dengan koleksi baju badut dan macam koleksi lain yang berkaitan dengan badut ada dalam biliknya
baginya bekerja untuk menghiburkan orang adalah kesukaannya..melihat orang tersenyum dapat mewujudkan perasaan gembira dalam dirinya
kerana minatnya itu..muiz tak ramai kawan..kerana dianggap pelik...keluarganya sendiri tak bersetuju dengan minatnya..
jadi dia membeli computer untuk mencari kawan di internet..dia meletakkan nama chatnya sebagai "dangerclownman"
tiba tiba ada seorang lelaki ingin chat dengannya..lelaki itu bernama kamal
muiz selalu lah meluahkan perasaannya kepada kamal tentang orang sekelilingnya yang tidak menyukai apa yang dia minat..makin lama diorang menjadi rapat ...kamal lah satu satunya kawan yang muiz ada
setelah setahun berlalu masa muiz baru balik dari kerja..dia perasan ada jiran baru pindah masuk kesebelah rumahnya..
pada malam tersebut,muiz tinggal sorang je kat rumah..tiba tiba pintu rumahnya diketuk
bila muiz bukak pintu kelihatan seorang lelaki yang tak dikenali..tengah tersenyum creepy di depan pintu dan berkata "hai"...muiz trus tanya dia siapa...lelaki tu cakap dia jiran sebelah yang baru pindah
nama dia zul..muiz pun jemput zul masuk ke rumahnya..zul berperangai pelik..membuatkan muiz rasa macam ada yang tak kena dengan si zul ni
zul pun cakap" tadi saya ada nampak awak pakai baju badut..saya nak tengok baju tu bole"..muiz pun rasa pelik dengan zul tu tapi rasa teruja jgak sebab ada yang berminat nak tengok baju badut dia
dia pun bawak zul ke biliknya..dan tunjukkan almari bajunya yang penuh dengan baju badut...tiba tiba riak muka zul menjadi terlalu ceria sambil memegang satu baju dalam almari tu dan berkata" boleh saya pinjam baju yang ni?"
muiz terkejut sebab baju yang dia pegang tu ialah baju yang paling dia sayang..dan baju tu sendiri dia tak pernah pakai sebab baju tu baju bundle yang mahal yang mempunyai latar belakang misteri
baju tu pernah di pakai oleh seorang pembunuh bersiri,dan baju badut tu yang digunakan untuk membunuh
muiz trus menghalang zul sambil berkata"'maaf saya tak boleh kasik baju badut saya kat siapa siapa"..zul hanya trsenyum creepy dan berkata "hehe tak pela..kalau awak tak nak bagi,satu hari nanti saya akan ambil sendiri"..zul pun trus berjalan keluar dari rumah muiz
muiz rasa tak tenteram dengan perangai aneh jirannya yang baru ..ayahnya yang baru pulang dari kerja tiba tiba datang ke bilik muiz dan berkata "boleh ayah cakap sikit dengan kamu"..muiz hanya mengangguk
ayah muiz berkata"rasa nya dah smpai masanya kmu tinggalkan benda benda mengarut yang kamu minat ni,dan sambung business keluarga kita"..muiz brkata"kita dah pernah bincang benda ni,muiz tak minat business..tlong lah hormat apa yang muiz minat"
ayah nya tetiba menjadi marah,dengan nada yang marah berkata"kalau kau tak nak sambung business keluarga ni..kau kena keluar dari rumah ni!!"..ayah nya berlalu keluar dari bilik muiz sambil menghempas pintu bilik muiz
muiz menjadi runsing..seminggu telah berlalu..muiz masih tak memberikan jawapan kepada ayahnya..
masa sarapan dengan ibunya .tiba tiba ibunya berkata" masuk harini dah 5 orang kena culik di kawasan perumahan kita ni"..muiz hanya menjawab "oh yeke.."
ibunya berkata" ibu cakap pasal kes culik ni bersebab..ibu nak tanya ,muiz takde buat benda bukan bukan kan?"..muiz jadi pelik dan bertanya kenapa
ibunya sambung cakap"sebab ada saksi yang cakap yang culik 5 orang ni berpakaian badut.."..muiz terkejut
tiba tiba muiz teringat yang jirannya zul ada cakap yang dia nak baju badut muiz..muiz terus pergi ke biliknya dan cek dalam almari bajunya
muiz terkejut..baju badut kesayangan nya telah tiada dalam almari tu..muiz dalam hati berkata "hmm ni mesti kerja si budak zul tu"
muiz trus pergi kerumah jiran barunya untuk berjumpa zul
setelah pintu diketuk..keluar seorang lelaki bertanya "cari siapa ye?"..muiz berkata"bole saya jumpa zul"
lelaki tu dengan muka hairan berkata"encik salah rumah ni,dalam rumah ni takde orang nama zul"..muiz terkejut
"jadi zul tu bukan jiran aku,abis siapa zul tu yang sbenarnya,kenapa dia curi baju aku,dia ke penculik tu..."bermacam macam perkara yang bermain main di minda muiz
muiz trus balik kerumahnya dan masuk kebiliknya..masa tengah duduk atas katil..muiz terkejut..
sebab ada kapak yang penuh dengan darah tercacak kat pintu biliknya..dalam ketakutan muiz trus berjumpa ibunya dan berkata"tadi ada orang datang rumah ke?"..ibunya jawab takde  dan bertanya kenapa..
muiz hanya mendiamkan diri sebab tak nak membesarkan masalah itu..muiz masuk kebilik muiz terkejut lagi
sebab kapak tu dah takde..yang tinggal hanya kesan rekahan dan darah di pintu
muiz melihat sekeliling ...mesti orang yang letak kapak tu ada dalam rumah tu lagi...tapi tak jumpa sesiapa lepas pusing sekeliling dalam kawasan rumah
muiz mula rasa terancam..dia mula rasa dia ialah target yang seterusnya
dalam hatinya "hmm ni mesti kerja si  zul tu"
malam pun tiba ,masa dia tengah tido..dia terdengar bunyi seperti pintu dibuka..dia bangun memang betul pintu bilik nya dah terbuka
dalam keadaan gelap tu dia bangun nak tutup pintu tu...tiba tiba dia teringat
sebelum dia tido tadi ,dia dah lock da pintu bilik,..macammana pintu ni boleh terbukak..
tiba tiba dia dengar suara perempuan menjerit..tu suara ibu dia..muiz trus bergegas berlari pergi ke bilik ibu dia
kat depan bilik ibu dia,muiz dari jauh nampak ibunya kena ikat..ibunya meronta ronta untuk dilepaskan..tiba tiba muncul seorang lelaki yang bermake up macam badut dan memakai baju dia yang hilang tu di depan ibunya...dalam hatinya tu mesti zul
badut tu keluarkan berus dawai tajam dan badut tu cakap"hari ni kita gosok gigi ye,sebab bising sangat mulut awak ni.."..badut tu pun berus mulut ibunya..berdarah darah mulut ibunya
muiz yang ternampak perkara tu menjerit "oi berhenti"..badut tu berhenti dan berpaling ke arah muiz
badut tu tersenyum creepy nampak gigi bila nampak muiz..badut tu berjalan ke arah muiz sambil memegang kapak yang penuh dengan darah ke arah muiz
muiz rasa takut terus berlari ke biliknya..dan mengunci pintu biliknya
badut tu mengetuk ngetuk pintu bilik muiz sambil berkata"bukak lah,saya ada bawak belon ni"..muiz mula rasa takut
dekat pintu biliknya ada kesan kena kapak siang tadi..di balik rekahan tu..muiz perasan yang badut tu tengah ngendapnya dari luar
tiba tiba badut tu gelak..dan muiz dapat dengar bunci kunci di luar pintu tu.. bunyi kunci tu dimasukkan dalam tombol pintu..then pintu terbukak
muiz dah nyorok bawah katil melihat badut tu berdiri depan pintu sambil memegang kapak yang penuh dengan darah
tiba tiba muiz terkejut..badut tu tiba tiba baring melihat muiz dibawah katil sambil tersenyum ke arah muiz dan berkata" hai"..trus merangkak ke arah muiz
muiz yang dibawah katil menjerit ketakutan
muiz keluar dari katil..di tangan muiz ada pisau..muiz membaling pisau tu..terkena kaki badut tu,kaki badut tu berdarah
muiz trus berlari..keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam kereta..tiba tiba masa nak start enjin tu..ada suara orang menangis di seat belakang
muiz tgk ke seat belakang guna cermin pandang belakang kereta tu..muiz trkejut badut tu da ada kt seat belakang tgh senyum kat dia..
kepala muiz diketuk dengan kayu..muiz pun pengsan
bangun bangun dah pagi,muiz dah ada kat atas katil..muiz rasa pelik..apa yang berlaku malam tadi tu mimpi ke
muiz bangun mencari ibunya..kelihatan ayah nya tengah sarapan..muiz bertanya "mana ibu?"
ayah muiz berkata"ibu kamu ada tinggal kan note,dia kata dia balik kampung" sambil tunjuk note tu kat muiz ..muiz rasa lega semua tu mimpi
tiba tiba ayah muiz berkata "kenapa kepala kamu tu,ada orang pukul ke?"..muiz memegang kepala nya..tiba tiba muiz rasa sakit dikepalanya..muiz tringat smalam kepalanya di pkul oleh badut tu..
muiz  rasa keliru berkata dlam hati"jadi semalam tu bukan mimpi ke?"..muiz trus pergi kebiliknya..smalam muiz ada baling pisau ke arah badut tu dan mesti ada kesan darah di lantai..tapi takda kesan darah di biliknya
muiz pergi ke dapur semula..ayahnya dah takde..tapi note yang ibunya pegang ada kat atas meja..dia pun cuba matching note tu dengan tulisan ibunya memang tak sama..jadi yang kat note tu bukan tulisan ibu dia ..ibunya diculik
muiz tertanya tanya dalam hatinya"kenapa zul tu buat semua ni?"
malam tu masa muiz tengah tidur dalam biliknya yang gelap..muiz terdengar suara perempuan menangis
tapi muiz hanya memejamkan mata je..sebab terlalu mengantuk,tiba tiba dia dapat rasa ada air jatuh kemuka nya..dia pun pegang air yang jatuh ke mukanya
dia tengok air yang ada di tangannya ..bukan air..tapi darah..
muiz trus pandang keatas siling..muiz terkejut ibunya tergantung lehernya di kipas biliknya berpusing pusing ..menangis meminta tolong kat muiz
tiba tiba tali yang menggantung leher ibunya putus..ibunya jatuh ke muiz..masa jatuh tu..muiz dapat nampak yang muka ibunya sangat menyeramkan..
muiz terbangun dari tido..rupanya tu mimpi..
muiz dapat rasakan mungkin itu adalah clue..jadi muiz pergi ke bilik ibunya untuk cari apa apa petunjuk
muiz terperasan yang ada kesan darah merata tmpat di rumahnya....datang dari mana?
.muiz pandang keatas..jatuh dari atas siling rumah ke?
mungkin ada sesuatu atas siling rumah ni..muiz pun amik tangga dan naik ke atas siling rumah
atas siling rumah tu agak gelap..sebab takde cahaya masuk..jadi muiz tak nampak apa apa ..jadi muiz turun bawah balik untuk ambil torchlight
lepas ambil torchlight..muiz pun bukak lampu torchlight kat atas siling tu..muiz trkejut .badan muiz menggigil
kat atas siling tu ada banyak mayat..
dan ada baju badut dia yang hilang.....
..tiba tiba muiz terkejut..perkara yang muiz nampak ni membuatkan muiz jadi keliru..muiz nampak ada mayat seorang lelaki
dan mayat lelaki itu ialah mayat zul..kalau mayat dia ada kat atas siling rumah muiz..jadi bukan zul lah badut tu selama ni..abih siapa?

muiz turun ke bawah untuk menghubungi pihak polis..belum sempat nak hubungi pihak polis..ayahnya tengah menggunakan telefon..lepas habis bercakap dalam telefon, ayah nya berkata "ada apa ni?"
muiz pun cakap "muiz jumpa ma..." blum sempat muiz nak habiskan ayatnya .muiz terperasan sesuatu..muiz pun berkata"kenapa ayah buat semua ni?"
ayahnya dengan muka hairan berkata"ayah buat apa?"..muiz tunjukkan jarinya ke arah kaki ayah nya yang tengah berdarah
ayahnya pun cakap"oh ayah jatuh tadi"..muiz tak percaya dan berkata" kenapa ayah bunuh mereka  sebab nak biar saya nampak jahat sebab saya tak ikut apa yang ayah nak?"..
tiba tiba ayahnya dengan muka panik nya berkata"hati hati badut tu ada kat belakang"..muiz pandang ke belakang takde pape..
kepala muiz diketuk dari belakang dengan objek keras..muiz pun pengsan
bangun bangun ..muiz dah diikat di dalam biliknya..muiz menjerit jerit mintak tolong tapi tiada sahutan
dia meronta ronta..akhirnya ikatan tu jadi longgar..muiz berjaya lepas..muiz perasan komputernya menyala..tak ditutup
kat screen computer tu ada chatnya ngan kamal..tapi dia takde chat kamal pun baru baru ni..dalam chat tu kamal ada hantar alamat rumahnya..
muiz tahu yang badut tu ayahnya..badut tu mesti nak pergi bunuh kamal..muiz bergegas keluar naik kereta hendak pergi ke rumah kamal
sampai je rumah kamal..muiz masuk ke dalam rumah..muiz nampak badut tu tengah pegang kapak sambil pegang bayi...
muiz yang tengah cuba nak halang tiba tiba langkah muiz terhenti.. muiz terpandang satu cermin yang besar dalam rumah tu
muiz terkejut..muiz nampak dia dalam cermin tu tengah pegang bayi dan kapak..serta tengah pakai baju badut..
muiz mula rasa pening dengan apa yang dia lihat..dia perasan kakinya berdarah..
......tiba tiba muiz teringat sesuatu..sebenarnya beberapa tahun lepas dia  pernah dimasukkan ke wad sakit mental
dan muiz teringat perbualan tentang penyakitnya dengan pegawai psikiatri..sebelum dia keluar dari wad
pegawai psikiatri tu berkata tahniah encik muiz ,akhirnya encik muiz dah sembuh tapi cuma saya nak nasihatkan kalau ada sesuatu perkara yang aneh,cepat cepat datang brjumpa kami
muiz bertanya"aneh macammana?"
pegawai psikiatri tu berkata "sebab penyakit encik muiz ni boleh menyebabkan halusinasi..kalau ianya tidak cepat dirawat,encik muiz akan mengalami komplikasi dari halusinasi tu.."
muiz bertanya lagi"halusinasi yang macammana?"   pegawai psikiatri tu berkata" mengikut kajian contoh halusinasi seperti melihat manusia yang tak wujud..contohnya....
"kalau encik muiz berjumpa dengan ibu bapa encik muiz cepat cepat dapatkan rawatan..sebab mengikut record kami,ibu bapa encik muiz dah meninggal masa encik muiz kecil lagi..jadi kalau diorang munculkan diri..itu hanyalah halusinasi..cepat cepat berjumpa dengan kami
muiz bertanya lagi"kalau saya tak dapat kan rawatan?"
pegawai psikiatri itu menjawab"klau encik muiz tak dapatkan rawatan,halusinasi yang dialami encik muiz akan jadi lebih teruk..contohnya
"encik muiz akan nampak orang makan,tapi orang tu tak wujud dan sebenarnya encik muiz yang tengah makan..kami cuma takut kalau encik muiz nampak orang membunuh tapi sebenarnya encik muiz yang tengah membunuh..jadi cepat cepat dapatkan rawatan
"sebab dalam rekod kami,encik muiz pernah nampak ibu encik muiz dibunuh waktu kecil,jadi mungkin trauma yang dialami tu boleh menyebabkan encik muiz akan mencipta babak babak pembunuhan dalam halusinasi encik muiz"
"peringkat terakhir halusinasi ni yang paling bahaya sekali bila encik muiz  nampak benda yang encik muiz minat tengah lakukan benda yang encik muiz trauma dulu iaitu membunuh..tp yang sbenarnya yang membunuh itu encik muiz bukan halusinasi"
pegawai psikiatri tu bertanya "hmm boleh saya tahu encik muiz minat apa"..muiz menjawab "hmm saya minat badut" tamat.....

Meremang Where stories live. Discover now