di sebuah sekolah..masa tu kelas baru nak mula..syafiq datang menghampiri fendi yang tengah sibuk membuat kerja sekolah ..syafiq duduk di sebelah fendi dan berkata "wey kau ada dengar citer tak?"
fendi berkata "cerita apa?"..syafiq pn jawab " ada budak sekolah kita hilang semalam..kena culik dengan badut"
fendi mengerut dahinya,dengan muka hairan berkata"budak hilang tu aku tahu,tapi apa kena mengena ngan badut lak?"
syafiq ala ala mak cik bawang pun cakap" betul wey,malam masa dia hilang tu ada guard nampak budak tu kena heret dengan satu badut ni"..fendi trus tanya " abih guard tu tak halang?"..
syafiq sambil gelak ckap"guard pun pengsan wey tengok badut tu"..fendi pun cakap "ah biarlah,aku nak buat kerja sekolah"..
syafiq tiba tiba ckap"apa kata malam ni kita pergi tangkap badut tu"..fendi dengan muka terkejut pun jawab "hoi mengarut lah kau ni,tak nak aku"..syafiq dengan muka slumber nya cakap "eleh takut lah tu"
fendi just cakap balik"aku bukan takut,kalau jadi apa apa macammana?..hidup kita panjang lagi wey..kahwin pun belum lagi,lagipun aku tak percaya lah semua ni.."
syafiq cakap"wey kau tak percaya ..jom ikut aku"..
fendi pun ikut syafiq berjalan ke sebuah tandas di sekolah tu
syafiq pun cakap"kau masuk dalam tandas ni..kau pergi tandas yang ke tiga,lepastu kau bagitahu aku,apa kau nampak?"
fendi pun berjalan perlahan lahan..sampai di depan tandas no 3..fendi terkejut
ada banyak darah di dinding tandas tu..
syafiq dari luar tandas pun cakap"darah tu mungkin darah budak tu,aku rasa badut tu makan budak tu"..fendi dengan muka hairan trus kata"kau mengarut apa ni,sejak bila badut makan budak"
syafiq pun cakap " abih mana badan budak tu?mesti dah kena makan..kita kena tangkap badut tu..ah aku tak kira,malam ni kau kena ikut aku gak"...fendi dengan muka mengeluh berkata "adeih dia ni"
waktu malam pun tiba....
syafiq dengan fendi pun masuk kedalam kawasan sekolah senyap senyap
diorang pun tunggu depan tandas...selepas sejam takde apa pun yang berlaku..fendi mula menguap
syafiq rasa nak terkencing..dia pun masuk ke tandas untuk kencing..
dalam tandas yang gelap tu..syafiq masuk ke tandas yang ke 3..dia tak sedar yang dia masuk ke tandas nombor tiga..sebab dalam keadaan gelap..dia pun kencing
tiba tiba dia terdengar pintu utama tandas tu tertutup
syafiq terkejut..syafiq panggil panggil nama fendi..tapi takde sahutan
syafiq pun nk kluar dari tandas yang ke 3 tu....tapi pintunya tak boleh dibukak.macam ada orang yang menahannya dari luar
syafiq mula tak sedap hati...
syafiq tengok sekeliling .dalam keadaan gelap baru dia perasan..dia dalam tandas yang penuh dengan darah tu..syafiq mula rasa seram
syafiq meronta ronta nak kluar ..tapi tak boleh..pintu tu betul betul tak boleh dibuka
tiba tiba kedengaran suara orang menangis kat tandas sebelah..syafiq terkejut..
suara menangis tu mendayu dayu..membuat kan syafiq merasa seram
suara menangis tu terhenti..keadaan dalam tandas menjadi sangat sunyi
tiba tiba pintu tandas syafiq diketuk ketuk..syafiq tersentak..kedengaran suara seseorang yang membuatkan syafiq meremang...
suara itu berkata" bukalah pintu..saya ada belon ni"
syafiq dalam keadaan ketakukan menahan pintu dari dibuka..kerana ketukan pintu itu..walaupun dia tahu tadi dia tak boleh bukak pintu tu
keadaan menjadi sunyi semula..dari luar tandas tiba tiba kedengaran macam benda tajam diseret menuju ke arah tandasnya..
syafiq terbayang dalam kepalanya ..mungkin tu ialah kapak yang diseret..yang penuh dengan darah..syafiq ketakutan
syafiq cuba mendekati telinga nya ke arah pintu untuk mendengar bunyi apakah itu
tiba tiba dari atas ..kedengaran suara orang gelak..syafiq terkejut
bila syafiq pandang atas..syafiq terkejut kelihatan badut yang sangat hodoh makeupnya tengah menjenguknya dari tandas sbelah sambil berkata "hehe cari saya ke?"..syafiq menjerit...
badut tu melompat masuk ke dalam tandas syafiq
entah macammana selamat pintu tandas tu tiba tiba boleh dibuka..belum smpat badut tu nak buat pape..syafiq berjaya lari keluar dari tandas..
sempat syafiq menoleh ke belakang semasa berlari tu
syafiq nampak badut tu sedang menari dengan kapak yang berdarah dalam tandas tu..syafiq rasa seram
syafiq berlari sepantas mungkin tiba tiba kedengaran suara fendi memanggilnya "oiii "
syafiq trus berlari ke arah fendi dan bertanya "oi kau pegi mana,tinggal aku"...fendi pun jawab"eh tak ..tadi guard tu panggil aku,tanya aku buat apa dalam sekolah malam malam..so aku pergilah kat guard tu..yang kau ni kenapa?"
syafiq pun cakap"aku jumpa badut tu wey..dia nak bunuh aku..seram wey..jom lah balik"
fendi pun gelak sambil cakap"hahaha ye ye je kau ni..kau nak takutkan aku kan..tadi macam berani sangat"
kerana ketakutan syafiq ajak fendi pulang kerumah
diorang berjalan kaki pulang ke rumah..dalam perjalanan tu..syafiq rasa tak tenteram..dia rasa seperti diperhatikan..
dia rasa takut kalau badut tu ikut dia balik rumah..akhirnya sampai ke rumah fendi..rumah syafiq jauh lagi kedepan
fendi yang nampak syafiq dalam keadaan ketakutan berkata "wey kau ni kenapa macam cemas je...kalau kau takut nak jalan sorang balik rumah..kau stay je rumah aku"
syafiq bersetuju..diorang pun masuk kedalam rumah
kat dalam rumah...kelihatan ayah fendi tengah minum kopi kat ruang tamu sambil tengok tv..fendi memperkenalkan syafiq pada ayah fendi
ayah fendi pun cakap kat syafiq "kenapa kamu ni nampak macam dalam keadaan ketakutan,ada apa apa jadi ke?kamu semua ni dari mana?"
syafiq yang dalam ketakutan terus meluahkan apa yang terjadi tadi..
ayah fendi berkata "oh badut..pakcik ada kisah seram pasal badut,kamu nak dengar?"..fendi menepuk dahinya dan berkata "adoi ayah ni tak yah lah..nak takutkan orang pulak.."
ayah fendi berkata pada fendi" eh kau pun slalu dengar cerita seram ayah kan..bagi lah orang lain lak dengar cerita ayah"..syafiq pun cakap " boleh je pakcik..saya pun suka cerita seram ni"
ayah fendi pun cerita ..
ayah fendi : ada seorang budak nama nya kamal,kamal ni selalu kesunyian jadi suatu hari dia pergi kat komputer rumahnya dan bermain internetfendi : tengok apa lah kat internet
ayah fendi : oi jangan menyampuk cerita belum habis
ayah fendi : jadi dia ada chat dengan seseorang kat internet..dengan nama dangerclownman..akhirnya dia ada kawan..selama setahun diorang chat..
pada suatu hari, dangerclownman ni mintak alamat rumah kamal ni..sebab nak sent hadiah persahabatan yang ke setahun
ayah fendi : kamal mula mula tak nak bagi..sebab risau..tapi dia percaya kan dangerclownman sebab diorang dah chat setahun kotfendi : hmm tak seram pun
ayah fendi : oi sabar lah
ayah fendi : jadi kamal pun bagi alamat dia kat dangerclownman..lepas bagi tu tiba tiba dia rasa bersalah..sebab mak ayah dia pernah bagitahu jangan bagi alamat rumah kat sape sape di internet..tapi dia takut nak bagitahu mak ayah nya apa yang dia dah buat
ayah fendi : kerana rasa bersalah..so dia tunggu malam hari baru dia nak bagitahu kat mak ayah dia..bilik kamal kat tingkat atas..dalam gelap masa dia baring atas katil..tiba tiba dia dengar macam pintu utamanya di pecah
ayah fendi : dia dengar seperti orang menghempas hempas barang di tingkat bawah..kamal mula rasa takut terus berselimut
ayah fendi : tiba tiba pintu bilik kamal dibuka,kamal tanpa memandang kearah pintu berkata "itu ayah ke?"...orang tu menjawab "ye"..kamal tanpa memandang bercakap"kamal minta maaf ..kamal ada terbahagi alamat rumah kat orang yang tak dikenali"
ayah fendi : orang di pintu itu menjawab "tak pe ayah maafkan ..meh sini tengok ayah"
ayah fendi : kamal pun tengok ke pintu biliknya..kamal terkejut..dia nampak satu badut yang tengah tersenyum creepy memegang kepala ibu dan bapanya
ayah fendi : badut tu menjatuhkan kepala ibu bapanya kelantai dan mengeluarkan kapak menghampiri kamal..syafiq : seramnya pakcik cerita ni
ayah fendi : tiba tiba langkah badut tu terhenti..tiba tiba kedengaran suara bayi menangis di tingkat bawah..
ayah fendi : suara bayi itu ialah suara adik kamal..badut itu pun turun kebawah meninggalkan kamal..kamal terselamat..badut tu pergi mendapatkan bayi itu
ayah fendi : badut tu memegang bayi yang sedang menangis tu..hatinya tersentuh..dia tak pernah memegang bayi sebelum ni...mula timbul rasa kasih sayang dalam dirinya..dia pun membawa bayi itu pulang dan membesarkan nya..syafiq : eh macam tu je citernya?
ayah fendi : dan badut itu menamakan bayi itu "fendi"
syafiq terkejut..tiba tiba syafiq terperasan di dinding rumah fendi..ada topeng topeng macam muka badut..dan ada frame gambar muka badut di dalamnya
syafiq pandang kearah ayah fendi..ayah fendi tersenyum..syafiq pandang ke arah fendi..fendi menghalakan kapak kearah kepala nya..syafiq pun mati
sambil fendi mengeluarkan organ syafiq..fendi berkata "lagi berapa orang lagi ayah nak?"ayah fendi berkata pada fendi " perangkap lagi 3 orang..baru cukup ..dan orang tu akan bayar kita 1 juta"..mereka anak beranak gelak sesama mereka - tamat
YOU ARE READING
Meremang
HorrorIni adalah kompilasi Kisah" seram. Bunian and Badut daripada abstrakim 👑