Bab 1 Jangan Benci Sangat

33.1K 668 5
                                    

"Dah lambat dah lambat!"

"Hah tulah. Mak Jah kejut dari tadi taknak bangun. Tengok sekarang siapa yang susah." Bebel si ibu

"Ibu orang dah nak pergi dah ni. Bye. Sayang ibu"

"Eh. Tak sarapan ke?"

"Tak. Nanti orang makan dekat luar" teriak Maisara Farhana yang sudah berada disebelah keretanya.

"Alamak fail aku!" Terkocoh-kocoh Maisara Farhana berlari semula kedalam rumahnya. Nasib baik dia ingat. Macam manalah dia boleh lupa hendak memasukkan benda terpenting itu.

Puan Khaisara memerhati sahaja tingkah anaknya. Macam macam hal. Kepalanya digeleng beberapa kali. Tidak berpuas hati sungguh dia. Hairan melihat anaknya yang suka melalui jalan susah. Sudah berkali kali dia beritahu anaknya untuk kerja sahaja di syarikat suaminya. Maisara Farhana seperti biasa. Hendak menimba pengalaman katanya. Heh, tidak faham sungguh dia.

Maisara Farhana tiba di bangunan H.A Holdings tepat jam 8 pagi. Mana boleh tepat. Dia seharusnya tiba lebih awal. Gugup? Semestinya. Dia sendiri hairan kenapa dia hendak gugup sedangkan ini bukanlah temuduganya yang pertama. Dia sudah melalui tujuh temuduga sebelumnya. Zaman sekarang, memohon kerja memang payah. Lebih-lebih lagi untuk graduan baru sepertinya yang pengalaman kerja hanyalah sebatas latihan industri. Maisara Farhana melepas keluh. Dari tadi, perasaan nya sungguh tidak nyaman. Bagai ada sesuatu yang bakal berlaku

Sebaik sahaja lif terbuka, Maisara Farhana berlari ke kaunter pertanyaan.

Puk! Dia tersungkur mencium jubin. Fail dan kertas yang sedari tadi digenggamannya berselerak merata.

"Lain kali jalan tengok depan"

Maisara Farhana sebal. Digagahkan juga dirinya untuk bangun. Teringat dia kejadian yang menimpanya sewaktu di Universiti. Persis sebegini. Cuma waktu itu. Dia sengaja dikenakan.

Ah sudah!  Dia tiada masa memikirnya hal menyakitkan hati sebegitu. Tubuh si jejaka dipandang geram. Lama kelamaan, tubuh sasa itu sudah semakin hilang dari pandangan. Dasar lanun!

"Nah" ujar satu suara beserta huluran kertas. Dia terlalu sebal sampai tidak perasan ada sosok yang membantunya mengutip semua yang berselerakan. Maisara Farhana menyambutnya dengan senyuman. Cepat cepat dia berdiri seraya berterima kasih.

"Amirul. Amirul Iman" si jejaka memperkenalkan diri. Tangan kanan dihulur minta bersalaman

Maisara Farhana menolak lembut dengan menggabungkan kedua telapak tangannya. Mereka bukan muhrim. Hijab yang Maisara Farhana pakai baginya bukan sahaja untuk menutup aurat, tapi juga menunjukkan bagaimana islam yang sebenarnya. Akhlaknya harus membanggakan agamanya. Hal yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat inilah yang dia amat pentingkan

"Saya pergi dulu" pamit Maisara Farhana sopan. Dia segera berlari ke kaunter dan mengambil angka giliran. Dia sendiri terkejut dengan hal yang diterapkan oleh syarikat ini. Sepanjang dia menghadiri temuduga, ini adalah temuduga pertama yang mengharuskan dia mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Semua orang dikehendaki duduk mengikut nombor masing masing. Bukan itu sahaja, bila tiba giliran masing masing, nama akan dipanggil dan dikehendaki masuk kedalam bilik yang ditetapkan. Seram! Macam hospital gayanya

"2501! 2501! " laung seorang wanita lantang.

Setelah 30 minit menunggu, gilirannya pun tiba. Formalitas temuduga kali ini membuatkan Maisara lebih gugup dari biasa.

Maisara Farhana membontoti sahaja langkah wanita yang memanggilnya sebentar tadi. Pelik benar dia dengan situasi yang dia lalui kini.

Maisara Farhana kemudiannya melangkah ke dalam pejabat, tempat dimana dia akan ditemuduga. Istilah tepatnya disoal siasat.

Ada empat orang semuanya. Maisara Farhana meneliti wajah mereka satu persatu.

Resume yang tadinya dia bawa kini bertukar tangan. Diteliti semua dokumen-dokumen serta sijil-sijil yang tadinya dia bawa.

Mata Maisara Farhana tertancap pada seorang pemuda yang kelihatan segak memakai baju kemeja berserta dengan kot berwarna hitam dan dikemaskan dengan tali leher berwarna coklat

Satu wajah yang sukar dia lupakan. Hatinya sudah memainkan rentak hebat. Sungguh kebetulan apakah ini. Sepanjang waktu, perkara inilah yang cuba dia elakkan. Berkali kali Maisara Farhana cuba menidakkan. Dia memang kelihatan agak berbeza, dengan jangkut nipis dan berbadan agak sasa, sedikit berbeza dari jejaka diingatannya. Semakin dia lihat wajah itu semakin sakit hatinya.

Mungkinkah ini yang dinamakan takdir?

Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now