Bab 3 Jangan Benci Sangat

14.5K 496 3
                                    

Flashback

Harris Syazwan, kau memang pelik. Kenapa lah aku mesti gelabah setiap kali jumpa dengan kau.

"So what's going on tadi? Apa dia cakap?"

"I hate him"

"Lah? Kenapa?"

"Mulut dia tu ada emas eh? Susah betul nak bercakap." Maisara sebal. Sepuluh patah dia cakap, sepatah saja balasannya.  

"Sudah seminggu sejak aku jumpa dia tempoh hari. Sepatutnya aku jumpa dia lepas lima hari. Ni dah tujuh hari. Aku rasa macam aku ni sorang je terhegeh-hegeh."

"Paksa! Kalau kau tak jumpa dengan dia macam mana dengan presentation kau nanti, macam mana dengan markah kau? Takkan kau nak buat semua sorang meanwhile dia senang lenang tapi markah kena dekat dia jugak. Bukannya senang nak buat semua seorang diri tau Hana"

Dia tahu Harris bukanlah sejenis free-rider. Tapi kenapa?

--

"Salman!" teriak Maisara Farhana. 

"Hah? Apa dia?" tanya Salman, si ulat buku. 

"Bagitau Harris, jumpa aku kat library jam 1:30. Urgent! Bagitau dia aku tunggu tau!"

**

Jam yang dari tadi setia menemani ditatap untuk entah keberapa puluh kali.

'Sekarang dah jam 2:15, maknanya aku dah berdiri kat depan ni macam orang bodoh dah sejam lebih?' Hati Maisara Farhana meronta sendiri

DUA JAM EMPAT PULUH LIMA MINIT KEMUDIAN ...

Melampau! Maisara Farhana sudah tidak betah. Dengan perut yang lapar, hati yang panas, dia memang rasa dibodohkan. Berkali dia menyedapkan hati bahawa lelaki itu hanya terlewat kerana ada masalah yang tidak dapat dia elakkan. Tapi dua jam lebih, masalah apa?

"Lebih kurang 30 minit lepas aku nampak Harris kat cafe. Tak lama lepastu dia chaw. Apa apa pun, kau balik jelah, takdanya dia akan datang. Lupalah tu kot"

Maisara cuba untuk mengawal amarah. Amarah yang membuak didada. Dia cuba beristighfar bagi menenangkan hatinya

Maisara Farhana membuka pintu library. Sebal.

Nampaknya terpaksa jugak lah dia menyiapkan semua nya seorang diri. Mahu tidak mahu, Maisara Farhana tidak ada pilihan .

Hampir 3 jam Maisara Farhana duduk di library . Rasanya cukuplah untuknya hari ni

Dia meneruskan langkah ke kereta yang sedia jauh terletak. Kereta Fortune yang ayah hadiahkan semasa ulang tahunnya sengaja disorok dari dilihat orang

Dia sebenarnya tidak mahu sesiapa tahu akan status dirinya yang sebenar. Biarlah mereka menganggapnya pelajar biasa daripada kampung dan menilai bakat dan kepandaiannya semata mata.

Maisara Farhana menusuri jalan raya ke gedung beli belah. Dia ingat hendak singgah beli sedikit barang dapur. 

Langkahnya terhenti. 

Harris ni memang nak kena! Kelibat Harris Syazwan di hadapan kedai permainan video dipandang lama. 

Flashback End

---

"Mama, Hana dah balik "

"Hah, macam mana dengan interview tadi? Okay?"

"Em. Macam tulah. Macam biasa"

"Duduk. Makan dulu. Makanan dah siap dah tu."

"Hana tukar baju dulu kejaplah ma."

"Kamu tu, kenapa nak menyusahkan diri interview sana sini? Pergi jelah kerja kat syarikat papa kamu tu"

"Alah mama ni. Kita dah bincang about this right?" protes Maisara Farhana

"Memang lah, tapi mama tetap tak faham lah kenapa kamu suka pilih jalan yang susah"

Soalan dari si ibu dibiar sepi. 

Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now