Bab 7 Jangan Benci Sangat

11.4K 422 3
                                        

APA ?

"Ayah sorry but I can't"

"I've made my promise Hana. Please"

"But I can't"

"You will be happy. Trust me dear"

"No . Hana tak boleh dan takkan boleh kahwin dengan orang yang Hana tak kenal" 

"Hana jumpa dia dulu"

"Tak nak"

"Hana... please" Maisara Farhana berlalu ke bilik. Dia memang seorang anak yang penurut. Hampir semua kehendak orang tuanya dia turuti. Tapi kahwin bukannya hal yang kecil. Dia tidak mahu memperjudikan masa depannya

Pintu bilikku diketuk dari luar .

"Hana, mama ni. Buka pintu sayang"

Mungkin mama menyebelahiku. Maisara Farhana memulas tombol pintu membenarkan Puan Khaisara masuk

"Mama Hana tak nak" sayu

"Hana you should think  . Fikir pasal ayah jugak. Ayah dah buat janji tu masa kamu masih kecik lagi."

"Hana tak boleh . Hana tak kenal dia ma"

"Meet him."

Maisara diam. Dia tahu orang tuanya nekad. 

**

Seminggu Maisara berfikir. Melakukan solat istikhara sudah menjadi rutinnya. Tiada mimpi petanda yang dia dapat, tapi entah kenapa hatinya lembut untuk menerima permintaan orang tuanya. 

"Okay ma. Hana setuju. Tapi Hana tak rasa perkahwinan ni akan kekal. I will do it only for the sake of ayah"

"Hana trust me . You will be happy"

"I hope so ma"

"So nak jumpa dulu? Kenal-kenal"

"Nope. Better not. I feel like I might cancel the wedding if I meet him" Maisarah tidak tahu siapa bakal suaminya, tapi entah kenapa dia tidak ingin bertemu dengannya. Buat apa? Buat sakit hati saja.

"Betul ni?"

"Yes ma"

Dikahwinkan dengan seseorang yang aku tak pernah jumpa? Mustahil sungguh. Perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta. Berkekalan kah ia? Maisara buntu

"Babe, what's wrong" soal Shima menghentak telingaku

"Tak ada apa-apa"

"Bagitaulah. Aku tau kau tak okay sekarang ni"

"Aku nak kahwin" sayu

"Eh tak. Dikahwinkan" Maisara membetulkan

"What? Dengan siapa"

"Entah. Tak tau"

"Macam mana ...."

"Anak kawan ayah" Senyum ku lemparkan . Kelat

"Are you okay with that"

"No im not. But what choice do I have?"

"Babe, you will be okay. You do it for your father. Allah will always be with you. So don't worry"

"Thanks Shima"

"So bila kau nak jumpa future husband kau?"

"Hari akad nikah"

"Kau biar betul Hana. Kalau bakal suami kau tu buruk tahap nauzubillah macam mana? Kau tak menyesal?"

"Kalau dah dia memang jodoh aku nak buat macam mana. Lambat laun aku kahwin dengan dia jugak. Tapi kalau dia memang bukan jodoh aku. Tak kiralah macam mana pun, mesti takkan kahwin jugak punye" Terang Maisara Farhana selamba

"Ya Allah. Peliknya pemikiran"

"Tapi aku harap dia bukan jodoh aku lah. Aku masih belum sedia"


---

Flashback

"Kenapa dia mahu kenakan aku . Aku tak rasa aku ada buat salah pun dekat dia" sayu

"Hana, kau sabar ok. Kau selalu cakap Allah bersama orang orang yang sabar betul tak"

"Yes I know. Tapi cubaan ni terlampau berat. Dihina dan dimalukan"

"Allah tak akan uji hambanya dengan sesuatu yang kita tak boleh pikul. Sedangkan Nabi Ayub, betapa besar cobaan yang Allah beri kepadanya, berkat kesabarannya sungguh cantik jua pengakhiran yang Allah beri kepadanya. Setiap cobaan ada hikmah Hana. Hikmah yang Allah berikan terlukis indah sehingga tidak dapat kita jangka keindahannya"

Ya. Nabi Ayub a.s diuji dengan ujian yang begitu berat tanpa kita jangka kesabaran dan kesetiaannya kepada Allah S.W.T Diangkat kesembuhan tubuh badannya. Diberi Kesakitan yang teramat. Diangkat anak-anaknya yang dia begitu sayang Diambil hartanya tapi betapa dia setia kepada Allah. Sungguh kesabarannya, ketaatannya dan kesetiannya tak terjangka dek jiwa tak diduga dek akal. Sungguh sayu bila sirahnya terdetik dek telinga. Cobaan ku tidaklah dapat dibandingkan dengannya tapi kesabarannya memang sungguh mengagumkan. Aku yang mendapat cobaan yang tidak terbanding dengan betapa besarnya cobaan Nabi Ayub as juga sudah mengeluh. Sungguh hina diri ini. Sungguh jahil jiwa ini.

Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W juga pernah dihina. Junjungan baginda Nabi SAW yang amat mulia akhlaknya pernah dihina, dicaci, dimaki . Disaat tiada yang mempercayai, disaat hanya Sit Khadijah disisi, baginda sabar. Berkat kesabaran, ketaatan sifat mulia yang beliau tunjukkan, baginda berjaya menyebarkan dakwahnya serta membangunkan agama islam dan sekaligus melaksanakan wahyu Allah sebagai pembimbing manusia.

Dan sekarang aku tahu aku mesti tabah. Tidak kira apa, Allah bersamaku, Allah bersama orang-orang yang sabar.

Esoknya, Maisara Farhana memutuskan untuk pergi ke universiti seperti biasa. Seperti yang dijangka mulut-mulut, mata-mata yang tidak sudah-sudah memandang serong, mengata, mengutuk, menghina mengiringi setiap langkahku .

Maisara Farhana pelik. Sudah sebulan dia tidak melihat sosok Harris. Bahkan kejadian dia dimalukan pertama kali pun, Harris tiada disitu. Atau mungkin dia tidak perasan kewujudannya. Entahlah malas dia hendak fikir. 


Pang !

Kaki Maisara Farhana disadung seseorang. Kamal! 

Maisara Farhana terjelompok jatuh. Kepalanya terhantuk dengan bucu meja sebelum wajah mencium lantai. Maisara Farhana memegang kepala. Pedih! Darah keluar membasahi hijabnya

Penglihatan Maisara semakin lama semakin samar. Dia terbaring kaku dilantai. Tersungkur jijik dihadapan mata-mata angkuh

Ya Allah Tabahkan lah hati ini...

Jangan Benci SangatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang