"Cik Maisara Farhana?"
"Hah? Apa dia?" Kalut Maisara Farhana bagai baru tersedar dari mimpi. Itulah gayanya kalau tidak fokus
"Saya tanya. Cik ada apa apa pengalaman bekerja ke sebelum ni?"
"Apa? Tak. Tak ada"
"Cik. Jangan nervous. Bawak bertenang. Kami dekat sini tak makan orang pun" bicara salah seorang dari mereka. Maisara Farhana tayang sengih.
Soalan diteruskan. Bermula daripada soalan-soalan mengenai dirinya dan akademiknya sehinggalah cadangan-cadangan yang dia boleh beri kepada syarikat. Yang pada mulanya Maisara Farhana jawab dengan gugup kini beransur baik.
Sesekali Maisara Farhana mencuri pandang jejaka sekitar umur 20an yang duduk dihujung sebelah kanan. Si jejaka tayang wajah selamba. Mungkin berada disitu bukanlah kehendaknya. Tebak Maisara.
Sudah berapa tahun berlalu, nampaknya si jejaka sudah tidak mengenalnya. Baru sahaja dia hendak menarik nafas lega, jejaka itu lantas bersuara. Wajahnya diangkat sedikit sekaligus menatap tepat kearah mata Maisara Farhana
"Kenapa awak memilih untuk bekerja disini?" Soalnya dengan wajah bersahaja. Bicaranya sama seperti dulu. Tegas dan sinis
"Maaf?"
"Tak dengar? Saya tanya, kenapa awak pilih untuk bekerja disyarikat ini?" Soalnya lagi. Maisara Farhana senyum sinis
"Mungkin encik tak tahu. Tapi saya disini bukan sebab saya pilih atau apa. Tapi saya dipilih. Saya langsung tak isi borang untuk menghadiri temuduga ni. Saya mendapat panggilan khas dimana saya dinilai melalui pencapaian dan bukannya permintaan" Maisara Farhana merupakan graduan cemerlang, Harris Syazwan sendiri tahu itu.
"Macam ni lah Cik Sarah."
"Maisara Farhana!" Maisara membetulkan. Dia sendiri tidak tahu tapi dari dahulu, Harris Syazwan adalah satu satunya lelaki yang memanggilnya Sarah. Tanpa keizinannya. Heh!
"Cik Maisara Farhana. Saya tak kisah kelayakan akademik apa yang awak ada. Soalan saya, apa yang membuatkan awak yakin untuk hadir interview ni. Well, just look at you.."
"Harris!" belum sempat Harris Syazwan habiskan katanya salah seorang daripada mereka yang zahirnya lebih berumur memberi teguran tegas. Mungkin tidak senang dengan adab si anak muda
Sesi temuduga diteruskan. Harris Syazwan memberi pandangan tajam ke arahnya.
Maisara Farhana keluar dengan perasaan yang berkecamuk. Dia tidak pernah menduga akan berjumpa semula dengan Harris Syazwan. Jejaka yang membuatkan dia kenal erti benci. Benci yang telah melukakan hatinya. Benci yang tidak mungkin bisa pudar. Kisah sewaktu mereka masih di menara gading kembali berlayar di tangkai memorinya.
"Wei tunggu " teriak Maisara Farhana. Dia tidak kira. Assignment ini mesti siap tak kira apa pun
"Harris!"
Apasal dia tak nak berhenti ni.
"Harris Syazwan!" Teriaknya lantang. Mujur tiada siapa berdekatan.
Ah
"Pekak ke?" teriak Maisara geram.
Harris Syazwan menoleh.
"Hai? So um... about Prof Hayati's newest project? Um have you heard about that?" Maisara cuba berbasa-basi. Sudah tentu Harris tahu. Briefing dua hari lalu pun dia hadir. Maisara Farhana sebal. Harris Syazwan menayang wajah tidak kisah.
"Dan saya ingat nak bahagikan tugas. Em, kita boleh bincang tak "
"Cakaplah"
"Kat sini ?"
"Yup"
Hish
Maisara menerangkan dengan ringkas perancangannya untuk projek kali ini. Dipasangkan dengan Harris ada suka dan duka baginya. Harris terkenal dengan kepintarannya. Dia dan Harris sering mempunyai sisi pandang yang berbeza. Bekerjasama dengan Harris mungkin dapat mengajarkannya banyak benda. Andai saja peribadinya sedikit berbeza.
YOU ARE READING
Jangan Benci Sangat
RomanceBerputiknya cinta, Berseminya kasih, Kalau dah benci Orang kata Jangan Benci Sangat nanti sayang kang susah. Maisara Farhana, dia terpaksa. Dijodohkan atas permintaan keluarga. Kahwin? Tak pernah terlintas dek akal "Kahwin kahwin ni aku tak kisah...